Nov 8, 2023

WELCOME BACK TO BATAM AND ENTERING SHIPYARD FOR THE SECOND DAY

Welcome To Batam View from One Residence @2023

 

Rabu, 8 November 2023.

Pagi sudah janji dgn pak supir tunggu di lobi pangsapuri jam 7am.
Wak turun di lobi jam 6.55am.
Seperti biasa mgr AYU terhegeh2 lambat turun seperti biasa.
Buat resah pak supir sahaja.
Jam 7.11 baru terhegeh2 sampai.
Ditambah terpaksa jemput pak NGA dan 2 lagi rakan sekantor di hotel Vanilla di tengah2 bandar Nagoya.
Dan mengharungi macet yg tidak boleh dibawa berbincang.

Nasib baik di kantor ada disediakan sarapan kuih muih.
Sempena acara perbahasan hari ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Milo Made In Malaysia @2023
Welcome To Batam View from One Residence @2023
Welcome To Batam View from One Residence @2023

Nov 7, 2023

BACK TO BATAM ISLAND AFTER ONE WEEK

KLCC view this morning on the way to the Subang airport @2023

 

Selasa, 7 November 2023.

Jam 7 sudah gerak ke Subang airport.
Keberangkatan pesawat jam 10.20am.

Selamat tiba di Bandara Hang Nadim jam 12 siang.

Langsung ke galangan.
Ada perbahasan kerja.
Tapi singgah di hotel Vanilla simpan bagasi dan ambil pak NGA dulu.

Jam 5pm pulang ke kota Batam. 

Hantar pak NGA dan ambil bagasi.
Langsung ke pangsapuri One Residence Apartment di Batam Center.
Ejen sewa rumah sudah menunggu.

Kemudian keluar ke Mega Mall didepan itu dgn jalan kaki.
Tiba2 wak terpijak longkang yg agak dalam.
Aduhai.
Terseliuh buku lali.
Rasanya besok boleh jadi bengkak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Somewhere above Port Dickson @2023
Instrumentations @2023
Cranes at Pax Ocean shipyard Batam @2023
Seaview from One Residence Batam Center @2023
Swimming pool at One Residence Batam Center @2023
Mega Mall Batam Center @2023

Nov 6, 2023

JUAL BELI PAKSA MEMBUATKAN ORANG RAMAI MELENTING

 

Going to Platinum Park KLCC @2023

Isnin, 6 November 2023.

Tengahari tadi sudah berlarian ke bank BSN ranting Ampang Point.
Selepas itu nongkrong (lepak) sebentar di restoran Melayu di hujung lot kedai.

Wak makan 2 jemput2 pisang.
Tiada dalam gambar.
Dan 2 cekudoq.
Dan air teh O panas kurang manis.
Masa nak bayar tadi.
Boleh awek kasir tu suruh wak tambah lagi 2 jemput2 pisang.
Wak kata wak taknak.
Wak suruh dia kira sahajalah.

Petang turun hujan agak lebat.
Singgah di medan selera Ampang Jaya.
Wak pesan nasi ayam penyet dan sate ayam.

Movie lalat.
Stillwater 2021.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sate Ayam at Medan Selera Ampang Jaya @2023

 

Nov 5, 2023

LOTUS'S COMPLETE REBRANDING FORMER TESCO

Lotus's Ampang last night @2023



Ahad, 5 November 2023.

Pagi tadi sepatutnya wak sudah pun terbang ke pulau Batam semula.
Lembu kambing pun sudah ditumbangkan.
Orang kampung pun riuh rendahlah kerana sudah diberitahu.
Tapi tiba2 malam tadi mgr AYU panggil.
Penerbangan terpaksa ditangguh pada hari Selasa.
Gara2 masalah visa kerja di galangan kapal belum selesai.

Malam tadi wak berlarian ke Lotus's Ampang.
Perbezaan gambar lama pasaraya besar Tesco di tempat yg sama - 2010.

Terlupa pula wak mahu beli tin Milo untuk di bawa ke Batam.

Movie lalat.
Nyad 2023.
Safe House 2012.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Nov 4, 2023

TERJENGKET2 TERJENGUK2 MENENGUK BURUNG MEMBUAT SARANG DI TANJUNG BATU TELUK SENINGIN


Sabtu, 4 November 2023.

Pagi2 sudah berlarian di lebuhraya Hutan Melintang.

Ada jemputan majlis akad nikah. 

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Nov 3, 2023

DUA BIJI TELUR YG PALING SEDAP SEANTERO DUNIA




Jumaat, 3 November 2023.

Petang sudah berlarian di Taman Sungei Besi Indah. 
Boleh terlupa pula mahu beli air tin Buah Tunjuk Langit yg berkuasa tinggi itu.

Pekena roti kosong 2 keping.
Dan 2 biji telur setengah masak. 

Kamus lalat.
Telor - bererti pelat atau tidak dapat mengucapkan kata-kata dengan sebutan yang betul, terang atau jelas. Contoh ayat: Apabila mendengar telor percakapan gadis itu, saya agak dia berasal dari Batam.
Telur - benda yang mengandungi lembaga anak haiwan yang umumnya bersalutkan kulit yang keras. Haiwan dalam kategori burung, reptilia, ikan dsb. Contoh ayat: Ada dua biji telur ayam setengah matang di dalam piring kecil itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

ASAL USUL NAMA LABIS ITU ADALAH DARI ZAMAN PENJAJAH BRITISH BERKAITAN HAIWAN LABI-LABI

 

Khamis, 2 November 2023.

Info Sejarah bandar Labis.
Labis, kini Bandar Labis bermula dari sebuah kampung kecil di mana nama asalnya ialah Kampung Paya Merah. Nama Labis pula diambil dari haiwan labi-labi yang memakan sejenis rumput merah. Pada awal abad ke-20, Pegawai British telah datang meninjau di kampung ini bagi mencari tempat baru untuk dibangunkan dalam daerah Segamat.

Dari bandar Labis wak berlarian ke lebuhraya Plus.
Singgah sebentar di muzium Balai Polis Bukit Kepong.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 2, 2023

ANTARA KLUANG DAN LABIS ADA SESUATU YG MENARIK DISINI

Mahkota Darul Takzim di Bulatan Kluang @2023

 

Rabu, 1 November 2023.

Pagi sudah berlarian ke pasaraya besar Lotus's Masai. Seri Alam
Bersama isteri wak dan anak wedok.

Petang tadi sudah berlarian ke Kluang pula.
Tiada apa2 yg menarik di bandar Kluang ini.

Patah balik ke pekan Labis.
Ada yg sangat menarik disini. Sehingga sanggup mencari homestay muslim dan menginap disini. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Homestay @Labis - rm100

Nov 1, 2023

JUST TWO NIGHTS IN BATAM ISLAND

Hana Hotel Batam @2023

 

Selasa, 31/10/23.

Tengahari sudah belayar pulang ke Stulang Laut.

Bila tiba di terminal Harbour Bay Batam.
Kapal jam 9.30am (waktu tempatan) pun baru belayar.
Jadi kena tunggu kapal pada jam 1 tengahari.

Pak Dodi, isteri dan anak ada menghantar tadi.
Bersama mgr AYU.
Tapi mgr AYU tidak pulang sekali dengan wak.
Sebab dia ada perjumpaan lain.

Dalam pelayaran tadi.
Mereka mainkan wayang cerita "Captain Phillips" lakonan Tom Hanks.
Tapi videonya gak ada suara.

Kebetulan wak pun sudah siap mahu nonton filem guna laptop.
Cerita wayang "The Departed" yg lebih 2 jam.
Walaupun pelayaran mengambil masa 2 jam setengah.
Cerita yg wak tonton pun belum habis lagi.

Jadi wak sambung nontonnya di rumah.

Nota lalat.
Parkir di Berjaya Waterfront itu ialah rm5 sehari.

Movie lalat.
The Departed 2006.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sungai Jodoh Batam @2023
MMHE Shipyard Pasir Gudang Johor @2023
Berjaya Waterfront Stulang Laut Johor @2023

Oct 31, 2023

JALAN-JALAN DI BANDAR BATAM RIAU TANPA TUJUAN

Citra Plaza Nagoya Batam @2023

 

Isnin, 30 Oktober 2023.

Pagi tadi pak Dodi datang ke kamar sebentar.
Atas urusan kerja kantor potong rumput.
Sebab semalam sudah diambil laptopnya.

Selepas itu Wak terasa bosan.
Dan terus keluar berjalan2 di tengah bandar.
Tiada yg menarik.
Tidak lama kemudian Wak pun pulang ke gagang.
Wak pulang jalan kaki sahaja.
Tidaklah jauh kesasar dan ada google maps membantu.

Ooh.
Semasa berjalan2 tadi.
Adalah 2 3 orang gojek motor teriak2.
Mengejar Wak untuk tolong hantarkan kemana2.
Wak tolak pelawaan mereka sahaja.
Haha, sangat penasaran dorang kann.

Movie lalat.
Nowhere 2023.
Kong: Skull Island 2017.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Citra Plaza Nagoya Batam @2023
Nagoya City Batam @2023
Hana Hotel Batam @2023
D'Penyetz Batam Center Square (BCS) @2023
D'Penyetz Batam Center Square (BCS) @2023

Oct 30, 2023

AKHIRNYA TERPAKSA JUGA BELAYAR KE PULAU SECARA TIBA-TIBA

 

Ahad, 29 Oktober 2023.

Tengahari wak terus berlarian ke terminal feri Berjaya Stulang Laut.
Beli tiket pepe (PP - Pulang Pergi). RM181

Tapi tiket jam 1.45pm sudah ditutup jualan.
Terpaksa beli tiket keberangkatan jam 3.30pm.

Tukar duit rupiah dulu.
Kadar terkini, 1juta rupiah = RM320.

Naik feri jam 3.30pm pun berangkat menyusuri Selat Johor.

Jam 5.30pm (waktu tempatan) baru tiba di terminal Harbour Bay, Batam.

Di terminal, wak cuba aktifkan kad sim yg lama.
Tidak boleh kerana kad sim sudah tamat tempoh.
Terpaksa beli kad sim yg baharu. Rp100k

Nota lalat.
Di terminal Batam tadi Wak periksa kadar tukaran uang.
Ijuta rupiah = RM322.
Nasib baik Wak sudah tukar di JB tadi.
Kalau tidak, sudah rugi RM2 sahaja.

Periksa masuk (check-in) hotel sudah malam. Hotel Hana

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Pak Dodi Batam and Family 2023

SAKIT GEARBOX KEMBALI, RAYA HAJI NAK DEKAT DAH NI

  Menara Chulan Tower @2024 Selasa, 14 Mei 2024. Hari ini hantar cikputih ke bengkel. Sakit gearbox haruslah diubati.