Dec 25, 2021

LUSAIL STADIUM

Lusail Stadium @2021

Sabtu malam. Hari Krismas di Doha.
Doha, Qatar.

Seperti biasa, hari ini wak agak sibuk dengan tugasan potong rumput juga.

Cuma petang tadi, wak berlarian juga ke Lusail Stadium.
Naik tren LRT di DECC hingga ke penghujung stesen, Lusail QNB.

Tapi wak keliru sebenarnya.
Sebab stadium yg wak nampak itu tidak seperti dalam gambar di internet.
Rupa pun seperti kapal nabi Nuh sahaja.
Lagipun, banyak construction sedang berjalan.
Tidak kelihatan jalan masuk ke stadium.
Jadi, wak ambil gambiran satu dua keping sudah.

Balik, wak singgah di Corniche waterfront lagi.
Turun di stesen West Bay QP.
Tapi jalan pintas ke waterfront semuanya tersekat kerana construction.
Wak kena jalan jauh pula.

Ooh. Baru keluar dari stesen LRT tadi.
Ada ulat teksi tu teriak dari jauh lagi.
Wak buat muka tak layan sahaja.
Begitu juga  bila tiba di Corniche waterfront itu.
Ulat2 bot tambang dengan lagu hindustan pun teriak2 juga.

Dan di Corniche, wak tidak tunggu lama seperti petang kelmarin.
Kena bergegas pulang  ke gagang sebab bosskur sudah menanti di talian.

Movie lalat. Visaranai 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

LIHAT ANAK ARAB, TERINGAT ANAK SENDIRI; LIHAT ISTERI ORANG ARAB TERLUPA ISTERI SENDIRI

Arab boy at the counter @2021

Jumaat malam.
Doha, Qatar.

Agak sibuk hari ini.
Dengan urusan potong rumput dari pagi hingga ke petang.

Tapi harus ke Carrefour juga untuk beli barang2 dapur dan groceries juga.
Beli susu (low fat), biskut oreo, air mineral, buahan limau dan epal.
Total damage hari ini ialah 41.25 riyal.
Wak minta baki duit kecil 1 riyal untuk projek sedekah subuh yg ketiga.
Aminn.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oranges with leaves at Carrefour Doha @2021

Dec 24, 2021

MITOS MAKAN MAGGI BODOH AKAN JADI BODOH

Maggi made in Malaysia  sold in Qatar @2021

Jumaat.
Doha, Qatar.

Pagi ini wak tak berlarian kemana2.
Hatta tidak ke fantai sekali pun.

Lagipun hari ini hari Jumaat - cuti hujung minggu.
Stesen LRT pun hanya dibuka jam 2pm.

Bekalan makanan untuk sarapan pagi pun sudah kehabisan.
Masak maggi bodoh sahaja sudah.

Link. Memang Takkan Jadi Bodoh, Tapi Doktor ini Jelaskan 5 Bahaya Sebenar Makan Mi Segera.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Maggi made in Malaysia  sold in Qatar @2021
Updated.
Solat jemuah yg ke sepuluh.
Alhamdulillah.

Dec 23, 2021

SUNRISE AT FRIDAY BEACH

Friday Beach sunrise this morning @2021

Khamis.
Doha,  Qatar.

Pagi2 sudah berlarian ketefian fantai lagi.

Malam  ini sudah malam Jumaat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Friday Beach sunrise this morning @2021
Waiting for my sausage mcmuffin with eggs at McD City Center mall Doha @2021

SUNSET AT CORNICHE

Corniche sunset just now  @2021

Rabu malam.
Doha, Qatar.

Hari ini agak sibuk dengan tugasan potong rumput.
Memerap dalam bilik apartment sepanjang hari sahaja.

Petang tadi, tiba2 wak mahu berlarian ketefian fantai juga.
Tapi agak terlambat mahu tangkap matahari sebelum terbenam.

Tangkap dua tiga gambiran sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 22, 2021

THE PEARL

The Pearl during blue hour just now @2021

Selasa malam.
Doha, Qatar.

Hari ini, 21 Disember 2021, genap 3 bulan wak bermastautin di negeri pasir berdengung ini.
Setitik air hujan pun belum kelihatan lagi.
Semoga dipermudahkan urusan semua mangsa2 banjir di tanahari ya.
Aminn.

Petang tadi wak sudah berlarian ke pulau buatan The Pearl. (Arabic: اللؤلؤة قطر‎, romanized: alluluat qatar)
Ini adalah pertama kali wak kemari.

"The Pearl Qatar is a man-made island near Doha's prestigious West Bay District.  Featuring Mediterranean-style yacht-lined marinas, residential towers, villas, and hotels, the area also offers a luxurious shopping experience with premium designer boutiques and showrooms. The Island is also home to modern dining spots - from refreshing ice creams to five-star culinary experiences, and stands out for its pedestrian-friendly squares and plazas along with its wide range of landscaped gardens.

The Pearl is a popular visitor attraction by virtue of its elegance, inviting descriptions such as the 'Arabian Riviera'."

Di luar stesen metro Legtaifiya, ada saja ulat teksi menunggu.
Tapi wak lebih rela berjalan kaki.
Sejauh 3 kilometer adalah biasa.
Lepas itu komplen kaki melecet. Hahaha.

Bagusnya disini ada wifi gratis dimana2.
Kapal terbang pun berterbangan rendah diatas kepala.

Sempat solat maghrib di sana.
Tempat wuduk yg canggih.
Pertama kali ternampak alat pencuci kaki.
Sekali pijak memancut2 air membasahi kaki, atas dan bawah.

Bila balik ke stesen metro Legtaifiya.
Boleh pula wak tersesat ke rumah janda hujung selatan pulau.
Sibbaik ada offline google map.
Tapi wifi kan ada. 

Jumlah jalan kaki pergi balik ke stesen metro ialah 7.9km.

Sampai di stesen metro DECC, singgah juga di Carrefour.
Sebab nak beli spender baharu.
Yg lama banyak yg sudah longgar, atau pinggang wak sudah ramping.
Tapi ada orang kata, longgar sebab telur makin mengecut sebab lama sangat jadi bujang dan tak main. 
Ammvoiii.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 21, 2021

EDUCATION CITY

The Miraculaous Journey @2021

Isnin petang.
Doha, Qatar.

Usai solat asar di apartment.
Wak berlarian ke stesen metro National Library.

Ada 4 tujuan.

1 - the Miracalous Journey sculptures. [+ Link dulu ]

2 - mencari Spider sculpture sekitar bangunan Qatar National Convention Centre. Tapi tak jumpa disebabkan pintu bangunan ditutup.

3 - masuk perpustakaan negara National Library. Ada muzium tentang sejarah arab di tingkat bawah tapi kelihatan dari atas. Dan kemudian solat maghrib di surau.

4 - bersiar2 di taman Oxygen Park, tapi kawasan taman yg sangat besar. Lagi pun hari sudah gelap guliter. Mungkin kena ripit lain kali ya.

Masa ondway ke taman tadi, wak perasan ada tram Education City yg sedang berfungsi. Jadi wak pun naiklah (FOC) dan turun di stesen al Shaqab berdekatan stesen metro. Mula2 ada gerombolan budak2 arab lelaki remaja tanya arah Oxygen Park. Kemudian sedang mencari arah ke stesen metro al Shaqab, adalah 2 awek arab ni pun tanya ke stesen metro yg sama.

Balik singgah di City Center mall, terasa mahu meratah pizza pula.
Orang kata, jangan menzalimi diri sendiri kann.
Pesan very veggie sudah.

Nota lalat. Tadi malam rakan2 sekolah lama FB wak sudah pungut derma untuk rakan yg terjejas akibat banjir kilat KL. Majlis perkahwinan anak itu yg terbabit. Dahsyat sungguh bencana banjir di KL tahun ini kann.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Qatar National Convention  Center @2021
National Library @2021
Basement museum at National Library @2021
National Library @2021
5 Pillars of Islam at Education City Mosque @2021
Education City Mosque Station, Education City Tram @2021
Multaqa Station, Education City Tram @2021
The two young girls who were asking direction @2021
Very Veggie at Pizza Hut Doha @2021

KARIPAP MAKCIK DEPAN KUBUR P. RAMLEE SEMAKIN KECIL TAPI GELANG MAKCIK SEMAKIN BESAR

Nasi Lemak Depan Kubur P. Ramlee Jalan Ampang KLCC @2024   Rabu, 15 Mei 2024. Semalam wak perasan makcik dan pakcik nasi lemak depan kubu...