Oct 11, 2021

AL-KALADY BERIANI AYAM

al-Khalady chicken briyani QAR12 @2021

Ahad.
Doha, Qatar.

Hari ini penulis tiada rancang mahu berjalan ke mana2.
Walaupun banyak tempat lagi mahu diterokai.
Sebab sakit kaki melecet berjalan kelmarin sejauh 9km masih terasa sakitnya.

Cuma penulis mahu cerita sedikit.
Pasal pesanan makanan di sini.

Masa tiba di tempat tinggal (apartment) yg baru ini.
Rakan serumah (Prm) ada berikan penulis nombor telefon restoran india.
Boleh pesan makanan guna telefon sahaja.
Penghantaran percuma.

Mula2 penulis cuba juga telefon.
Tapi macam taukeh restoran sukar memahami pertuturan.

Jadi penulis berjalan kaki ke pusat belibelah berdekatan.
Pesan KFC (Q18), McD (20), Jollibee (Q18) dan makanan Siam (Q29) juga.
Tapi semuanya agak mahal.

Jadi penulis cuba lagi telefon restoran al-Kalady itu.
Rupa2nya senang sahaja.

Setakat ini penulis pesan beriani ayam (Q12), beriani kambing (Q16) dan kari daging (Q12).
Nasi putih (Q5) dan telur rebus (Q1).
Memang bahagian (portion) yg agak besar dan puas.
Yg penting lagi murahan dari makanan di pusat belibelah itu.
Dan boleh simpan utk makan kali kedua - jimat kannns.

Ehh. Tadi ada rakan sekerja Vietnam
Tin yg baharu sampai dari tengah lautan.
Dia pun pesan makanan dari restoran al-Kalady ini.
Tapi dia pesan beriani daging sahaja.

Nota lalat. Pasal restoran Jollibee pesaing KFC. | Jollibee ni restoran francais dari filipin. | Wak perhatikan semua pekerja2 kedua2 restoran ni adalah pinoy. | Dan dengar cerita, even pekerja KFC pun sanggup beratur nak makan ayam Jollibee. | Wak dah try dua2 francais ayam goreng kat Doha ni. | Personally wak masih sukakan ayam KFC berbanding Jollibee. | Nantilah wak nk try makan pizza pula. | Ada pizza hut dan ada pizza local jugak. |

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 10, 2021

SOUQ WAQIF, THE PEARL MONUMENT AND THE OUD COUTURE

The Pearl monument, Corniche @2021

 

Sabtu.
Doha, Qatar.

Pagi tadi penulis tidak kemana.
Potong rumput pun tidak.

Petang usai solat asar
Penulis pun berlarian ke tefian fantai juga.

Kali ini ke pantai Corniche (arab, كورنيش الدوحة).
Tujuan ke pasar Souq Waqif dan tugu The Pearl.

Akhirnya mendapat juga minyak attar pesanan rakan sekerja penulis dari Masai itu.

Hafazan lalat. Surah al-sajadah 32: 1-20.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

White rice, mutton curry, and 2 boiled eggs = 19 riyals @2021
DECC, Doha metro station @2021
Souq Waqif @2021
Souq Waqif @2021
Souq Waqif @2021
Souq Waqif @2021
Souq Waqif @2021
Souq Waqif @2021
Souq Waqif @2021
Souq Waqif @2021


Corniche, Doha @2021

Nota lalat. Tiba di bandar lama Souq Waqif, wak takde niat apa2 pun selain melihat sekeliling dahulu. | Selepas hilangkan lelah, wak berlarian ke tefian fantai Corniche terletaknya tugu mutiara The Pearl itu. | Ada laluan terowong  bawah tanah - senang dan mudah, tak payah nak lintas jalanraya. | Tapi disekeliling tugu, keadaan amatlah tak selesa dan mengecewakan dengan construction sedang berlangsung. | Di tugu mutiara ini, takde pulak keramaian atau pekerja warga asing (Bangla, Filipin dll) yg berkumpul beramai2 seperti dalam youtube dll. | Sebelum sunset, wak pun kembali ke pasar Souq Waqif semula. | Kali ini wak cuba bertanya satu kedai minyak wangi arab. | Kebetulan, minyak wangi yg kawan wak pesan dari Masai itu ada, walaupun tinggal satu kotak. | Wak sungguh gumbira kerana tidak ketemuan selepas dua Carrefour dimasuki. | Alhamdulillah, bercukur saja kann. | Mungkin wak akan cari sekotak lagi di lain masa dan ketika. | Bila kedengaran azan maghrib, wak pun berlarian pulang ke apartment. | Malangnya surau di stesen metro semuanya tutup kerana pandemik. |

The Corniche @2021
The Corniche @2021
Souq Waqif @2021
Souq Waqif @2021
Souq Waqif @2021
Doha nightime @2021
Oud  Couture perfume @2021
Nota lalat. Wak try 360 degree utk pertama kalinya. Not perfect though. Website: Panoraven & Embed Responsively.

Oct 9, 2021

KATARA TWIN TOWERS SUNRISE AND 9KM WALKING

Katara Twin Towers @2021

Jumaat.
Doha, Qatar.

Pagi2 subuh sepi-e penulis berlarian ke tefian fantai.
Terletaknya projek Katara Twin  Tower itu.

Pergi penulis guna Uber.
16 riyal.

Balik ingatkan nak berjalan sahaja.
Sampai stesen metro boleh naik tren.

Tapi penulis tak sangka.
Buah cempedak nak jadi nangka.
Tren hanya bermula jam 2 petang.
Sebab hari ini hari jumaat.
Demm.

Maka bermulalah perjalanan kakiku yg  paling jauh pernah penulis jejaki.

Movie lalat. Jarhead 2005.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

============

Near al Wardah bridge @2021

Nota lalat. Memang masa nak pergi ke Katara Twin Towers tadi, wak pakai wifi apartment utk pesan Uber. | Tapi masa nak balik pula, henfon wak kan takde data ya. | Masa kat Metro station tadi pun ada wifi tapi tak boleh connect. | Mamat security afrika tu pun tak pakai smartphone. | Tapi makguard kat mesia leh je pakai smartphone main  tiktop hari2 kanns. ;p | Biasa tren mula pukul 6 pagi.. | Tapi sebab hari Jumaat hari cuti di Qatar, tren hanya bermula jam 2 petang. | Jadi wak terpaksalah berjalan sejauh 9km dari Katara Twin Towers tadi ke apartment. | Melecet  jugalah kaki. | Dengan bahang panas terik. | Nasib baik ada tandas awam ditengah2 park dalam perjalanan. | Teguklah air paip. | Harap maklong. |

Walking from The Pearl to City Center Doha @2021
===
My walking track this morning @2021
On the to the nearest mosque @2021

Nota lalat 2. Solat Jumaat pertama pada minggu ke tiga di Doha. | Alhamdulillah wak dapat bersolat didalam masjid berdekatan. | Pengalaman pertama bersolat jemuah di  tanah arab selepas dari Mekah & Madinah. | Lepas azan, khatib terus baca khutbah. | Khutbah pun tak panjang. | Tak sempat nak terlelap mata. } Pasal jarak sosial mula2 masuk jemaah memanglah ikut arahan dan tanda dgn selang antara jemaah. | Tapi bila habis khutbah dan nak mula solat berjemaah, tiba2 berterabur berebut2 masing2 nak rapatkan saf didepan. | Aduhai. |

Oct 7, 2021

FROM THE TOP OF THE BUILDING

Qatar Tribune newspaper @2021

Khamis.
Doha, Qatar.

Hari ini penulis mula bertugas dari bilik pejabat ditingkat atas menara.
Tapi masalah kena guna kunci khas.
Kalau tidak kena kacau rakan setugas yg lain.

Ooh.
Pasal makanan tengahari tadi.
Penulis pesan nasi briyani kambing sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KLCC VIEW FROM LOTUS'S AMPANG 2024

  KLCC view from Lotus's Ampang @2024 Rabu, 15 Mei 2024. Petang tadi berlarian ke Lotus's Ampang. Tujuan mahu beli pembalut (casing)...