Jan 7, 2021

RINDU NAK NAIK FLIGHT


Sudah lama bebienor penulis tidak terbang ke mana-mana.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 6, 2021

DIY PLUMBING KITCHEN SINK


Semalam tengahari usai mesyuarat tingkap.
Penulis pun cuba perbaiki sinki dapur yg tersumbat.
Sudah lama isteri penulis (yg itu) berguling2 minta dibaiki.
Macam2 kaedah sudah dibuatnya.
Tuang air panas sudah.
Tuang soda bikarbonat sudah.
Pakai pam tangan sudah.

Senang sahaja rupanya.
Beli beberapa paip pvc putih 40mm (1 1/2 inci) sepanjang 1 kaki.
Beli 2 x elbow.
Beli 1 x tee.
Potong bahagian paip yg terlibat.

Bila dalam proses pemasangan semula.
Ada bahagian barang yg tertinggal.
Paip pun kurang beberapa inci.
Walaupun penulis terjumpa 1 socket dalam kotak peralatan.
Terpaksa jugalah penulis pergi beli lagi 1 kaki paip pvc putih.
Dan beli 1 x socket.

Pemasangan pun selesai.
Kos barang2 semua dalam rm13 sahaja.
Kalau upah orang kurang2 mahu kena rm30. Gitu.

Cuma bila penulis periksa semula pemasangan sepatutnya dalam internet.
Sepatutnya dipasang P-Trap dibahagian bawah paip itu.
Yo wes.
Nantilah buat kalau tersumbat lagi.

Ooh. Pasal loceng pintu yg tidak berfungsi.
Penulis sudah cuba periksa.
Tapi bukan kepakaran penulis pula.
Aduhai.
Jadi, penulis cuba panggil beberapa jurulektrik kawan2 lama.
Semuanya sibuk dengan hal masing2.
Nasib baik juga terjumpa mamat juruletrik ini dalam mukabuku.
Mamat juruletrik mukabuku datang petang ini juga.
Lepas cucuk sini cucuk sana.
Loceng pintu pun berfungsi semula.
Upah? Ikut suka hati wak lah," kata mamat India muslim yg masih muda itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 5, 2021

MENARA AQABAH & NASI GORENG PAK EH


Kebosanan mencipta kelainan.
Petang Ahad penulis sudah berlarian ke kompleks pusat bandar.

Usai solat maghrib, penulis berlarian pula ke Bukit Dahlia.
Pesan sate (tiada gambar) untuk kaum kerabat.
Dan makan nasi goreng kurang pedas.
Alone matcham biasa.

Movie lalat. The Last Photograph 2017.
2. Amélie 2001.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Ooh.
Sebelum itu, masa lepak2 di kedai mamak Perjiranan 9.
Penulis tertarik pada slot dokumentari di kaca TV.
Pasal kisaah seorang fotografer di Simpang Mengayau, Kudat.
Link: 2011 di Tip of Borneo bersama anak lanang.

Jan 4, 2021

KALAU TAK IKHLAS BAIK TAK PAYAH BUATLAH WAK


Itu antara ungkapan yang selalu kita dengar.
Bila kita berat untuk melakukan sesuatu.
Namun kita gagahkan juga diri untuk melakukannya.

Bila usaha kita untuk melakukan sesuatu ‘dicantas’ dengan ungkapan tersebut. Maka kita terus berundur.
Kita berrtindak meninggalkan apa yang kita lakukan.
Dalam hati kita bermonolog, “Betul juga tu, daripada aku buat tak ikhlas, baik aku tak payah buat”.

Lalu amal kita pun ditinggalkan kerana kita tidak ikhlas melakukannya.
Persoalannya, adakah kita akan sentiasa ikhlas untuk melakukan kebaikan?
Jika tidak, apakah itu bererti kita tidak perlu melakukan kebaikan kerana tidak ikhlas?


Ehh. Pasal gambar patung kerbau diatas.
Rasanya sudah lebih 5 tahun penulis tinggalkan kawasan ini.
Penulis singgah di bangunan Bank of China Jalan Ampang.
Kelmarin penulis sudah berlarian ke bank sebelahnya.
Atas urusan penggantian baharu kad kredit penulis yg rosak.

Nota lalat. Hujan masih turun 3 hari sejak hari Jumaat. Dengarnya banyak tempat di kawasan sekitar sudah dilanda banjir.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 3, 2021

LEO & NEKO

 


Penulis ada 2 ekor kucing.
Di rumah hinggap yg itu.

Leo yg tua (atas).
Macam kucing parsi (lah sangat) tapi bulu putih.
Isteri penulis (yg itu) beli di kedai haiwan.
Link: After Dawn - 5/3/2016 the day we bought a little kitten.

Neko yg muda (bawah).
Kucing biasa.
Penulis ambil di kabin semasa memotong rumput di Pasir Gudang.
Neko (ネコ) dalam bahasa Jepun ialah kucing ya.
Link: Pengalaman Menjaga Anak Kucing Yg Baru Lahir - 6/2017.

Nota lalat. Hari ini penulis buat satu akaun muka baharu di tigalalat.aminus3.com. Dulu penulis pernah buat di muka harimao.aminus3.com, tetapi sudah terlupa pula kata kekuncinya (baca, password). Yo wes.

Movie lalat. The Manchurian Candidate 2004.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 2, 2021

RAMALAN CUACA HUJUNG MINGGU


Hujan turun lebat dari semalam pagi.
Tidak henti-henti.

Movie lalat. The Secret in Their Eyes (Spanish: El secreto de sus ojos) 2009.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 1, 2021

UMUR YANG BARAKAH


Solat Jumaat dalam hujan lebat.
Tapi tidaklah sesadis solat di Rohingya yg basah lencun kerana masjid tanpa bumbung.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Nota lalat. Ini adalah hari pertama di tahun 2021. Penulis tiba2 terfikir mahu buat projek satu gambar hitam putih setiap hari untuk setahun! Gabatte wak.

Movie lalat. Clouds 2020.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

HARI RAYA AIDILFITRI OPEN HOUSE 2024

Jumaat, 26 April 2024. Hari raya aidilfitri Open House NOV 2024.