Aug 27, 2020

INNB



Tengahari sempat lagi penulis berlarian ke Jalan Imbi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 26, 2020

PAVILION, SALOMA LINK



Selesema belum kebah.
Tapi masih mahu berlari-larian sahaja.

Selepas potong rumput, sempat lagi singgah ke Pavilion.
Saloma Link juga jangan dilupa.

Kepala pun semakin tingtong.

Blog bukanlah hakmilik kekal.























Dan tambahan gambar menara KL Tower pagi tadi:




Aug 25, 2020

BEFORE DAWN



Sekarang waktu solat Suboh semakin lewat.
Masuk waktu pukul 6.01am.
Harus gerak awal untuk elak kemacetan di lebuhraya.

Penulis selalu bayangkan orang yg bangun awal pukul 4 pagi.
Walaupun kena bertolak 2 jam lagi.

Penulis?
Bangun tidur, mandi cebur-cebur.
13 minit siap.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 24, 2020

LITTLE GREEN PLANT, DYNADRYL SYRUP



Penulis sudah beberapa hari selesema.
Hidung berlarian (baca, running nose) sepanjang hari.
Belum demam lagi.
Kepala masih tingtong tapi.
Kahak batuk pun makin pekat.

Ubat yg penulis ambil dari klinik di Masai pun sudah hampir kehabisan stok.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 23, 2020

AL FATIHAH UNTUK SAHABAT



Penulis merasa terkejut juga seorang sahabat telah kembali ke rahmatullah semalam.
Punca sakit paru2 berair.

Dulu pernah sama2 kerja di Pasir Gudang (1992-1998).
Kemudian satu padang selama setahun (2008) juga di Syarikat Bayar Mahal (lah sgt).

Al Fatihah untuk Abdul Hamid bin Mohd Sharif.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 21, 2020

Aug 20, 2020

SALAM MAAL HIJRAH 1442H/2020M



Hari ini cuti sempena Maal Hijrah atau Awal Muharam.

Beberapa ayat2 suci alQuran untuk renungan bersama.

۞ قُل يٰعِبادِيَ الَّذينَ أَسرَفوا عَلىٰ أَنفُسِهِم لا تَقنَطوا مِن رَّحمَةِ اللهِ ۚ إِنَّ اللَهَ يَغفِرُ الذُّنوبَ جَميعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الغَفورُ الرَّحيمُ
وَأَنيبوا إِلىٰ رَبِّكُم وَأَسلِموا لَهُ مِن قَبلِ أَن يَأتِيَكُمُ العَذابُ ثُمَّ لا تُنصَرونَ (Surah Az-Zumar 53-54)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

نِساؤُكُم حَرثٌ لَّكُم فَأتوا حَرثَكُم أَنّىٰ شِئتُم ۖ وَقَدِّموا لِأَنفُسِكُم ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعلَموا أَنَّكُم مُّلٰقوهُ ۗ وَبَشِّرِ المُؤمِنينَ (Surah al Baqarah 223)

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

Wallahualam.

Selamat bercuti kawan2 penulis semua2 lah.
Hati2 dijalanraya.
Majulah sukan untuk negara.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 19, 2020

UNIVERSITI KUALA LUMPUR, ANAI-ANAI ATTACK



Anak lanang penulis sudah masuk tahun akhir di UniKL ini.

Anak wedok yg baru lepasan matrikulasi pula baru mendapat tawaran masuk UM.
Tapi ada krisis keluarga.
Tidak perlu dihebohkan disini.

Penulis sebagai orang tengah.
Haruslah berhati-hati.
Seperti menarik rambut dari tepung.
Rambut jangan putus.
Tepung jangan berserak.
Gitu.

Updated lalat.
Alhamdulillah.
Tadi (21/8) anak wedok dapat surat tawaran ke UniKL juga.
Bidang yg bondanya idamkan.
Kelmarin anak wedok beritahu "tidak minat" dalam bidang tersebut.
" 'Tak minat' bah, bukan 'tak suka' " terangnya.
Yo wes.

Updated lalat pasal anai-anai.
Ahad kelmarin isteri penulis sudah panik sebab tiba2 banyak anai-anai berterbangan dalam rumah.
Hari Selasa penulis sudah panggil pakar anai-anai untuk pembasmian.
Untuk rekod, harga diskaun rm1600. Waranti 2 tahun.
Aduhai, sakitnya disitu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 18, 2020

PROMOTION 50% DISCOUNT AT KL TOWER



Bulan lepas (Julai 2020) kemasukan adalah gratis.
Bulan ini harga tiket diberi diskaun sebanyak 50%.
Kanak2 bawah 13 tahun tidak digalakkan naik.

Tapi harga masih tidak kecapaian bagi sesetengah orang.

Link: KL Tower.

Sebelum ini penulis hanya naik ke pelantar pemandangan (Observation Deck) sahaja.
Tapi hari ini penulis sudah naik ke pelantar pemandangan terbuka (Skydeck).
Memang ohsem.
Tapi tidaklah penulis berani masuk ke bilik kaca tergantung itu.
Boleh kecot telo sehh. OTL

Blog bukanlah hakmilik kekal.


























Aug 17, 2020

KLCC VIEW FROM LOTUS'S AMPANG 2024

  KLCC view from Lotus's Ampang @2024 Rabu, 15 Mei 2024. Petang tadi berlarian ke Lotus's Ampang. Tujuan mahu beli pembalut (casing)...