
Anak lanang penulis sudah masuk tahun akhir di UniKL ini.
Anak wedok yg baru lepasan matrikulasi pula baru mendapat tawaran masuk UM.
Tapi ada krisis keluarga.
Tidak perlu dihebohkan disini.
Penulis sebagai orang tengah.
Haruslah berhati-hati.
Seperti menarik rambut dari tepung.
Rambut jangan putus.
Tepung jangan berserak.
Gitu.
Updated lalat.
Alhamdulillah.
Tadi (21/8) anak wedok dapat surat tawaran ke UniKL juga.
Bidang yg bondanya idamkan.
Kelmarin anak wedok beritahu "tidak minat" dalam bidang tersebut.
" 'Tak minat' bah, bukan 'tak suka' " terangnya.
Yo wes.
Updated lalat pasal anai-anai.
Ahad kelmarin isteri penulis sudah panik sebab tiba2 banyak anai-anai berterbangan dalam rumah.
Hari Selasa penulis sudah panggil pakar anai-anai untuk pembasmian.
Untuk rekod, harga diskaun rm1600. Waranti 2 tahun.
Aduhai, sakitnya disitu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.