Jan 19, 2020

BUAH MENGKUDU KU SANGKA KANDIS

Sekinchan sunrise @2020

Semalam petang penulis sudah membuat rancangan untuk menghantar skuter bodol penulis itu.

Pelan A.
Disebabkan ada kereta pikap Hilux yg ganteng, gagah perkasa dan ada ruang barangan yg luas dibelakang.
Maka penulis bercadang untuk menaikkan sahaja skuter keatas pikap.
Itu dengan pertolongan dua kerat avang2 guard Nepal yg menjaga disitu.
Mungkin penulis akan berikan upah sedikit.

Pelan B.
Penulis pandu dan bawa sahaja skuter sejauh 123km.
Selama 2 jam setengah.
Boleh kematu telor.

Tapi sungguh penulis tidak sangka.
Buah cempedak nak jadi nangka.
Buah mengkudu kusangka kandis.
Ada tempat pemunggahan barang2 lori dibelakang bangunan.
Penulis terus minta izin avang2 guard Nepal.
Kata hendak naikkan skuter atas pikap.
Avang2 guard Nepal kata tak kisah.
Jadi penulis sudah jimat berjuta2 lemon.

Pantun lalat.
Buah mengkudu ku sangka kandis;
Kandis terletak dalam puan;
Gula madu ku sangka manis;
Manis lagi senyuman puan.
Ammvoiii.

Buah mengkudu (Noni, Morinda Citrifolia); Parit 2 Sekinchan @2020

Great Eastern Mall Jalan Ampang @2020

Tengahari penulis sudah berlarian ke hutan Taman Eko Rimba Kuala Lumpur.
Dibawah menara KL Tower.
Di Bukit Nanas yg tiada nenas.

Movie lalat. 1. Crown Vic 2019.
2. The Lucky Ones 2008.
Blog bukanlah hakmilik kekal.















Jan 18, 2020

JEMUAHAN NENGDI WAK

Masjid Ara Damansara @2020

Salam hari Jumaat kawan2 penulis semua2 lah.

Tajuk khutbah: Kebaikan membaca alquran.

Sebenarnya memanggil Grabcar atau Mycar agak mencabar di waktu tengahari tadi untuk ke masjid.
Dua kali penulis batalkan pesanan Mycar.
Tapi sungguh tak sangka. Buah cempedak nak jadi nangka. Ingatkan pemandu Grabcar tersangkut di tengah macet lebuhraya LDP sebab kena menghantar penumpang lain dahulu. Tiba2 sudah ada dihadapan mata. Lol

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Jan 17, 2020

SUNRISE



Assalamualaikum.
Selamat pagi semua kawan2 penulis.

Movie lalat. Hard Eight 1996.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 16, 2020

SELAIN SEBONGKAH BERLIAN

Sila goyang2 lalat anda untuk lihat nota @2020

Orang lelaki zaman now ramai yg pakai beg sailang.
Tapi penulis tidak masukkan sekali dompet dan telefon pintar.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 15, 2020

GOOD MORNING KELANA JAYA

Zenith Corporate Park Kelana Jaya @2020


Selamat pagi kawan2 semua2 lah.

Ada pantun dalam lirik lagu hutang (Floor88) yg budak umur 5 tahun pun boleh hafal.

Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu kemana?

Hafazan lalat. Surah alwaqiah dan surah arrahman.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 14, 2020

SUNWAY PENANG BRIDGE



Kalau orang Key Ell panggil "penang bridge."

Penulis tidak tahulah kalau orang negeri lain sebut apa.



Cerita lalat lain. Tadi mula2 nak makan sate, tapi penulis ubah fikiran. Boleh kan?
Makanya penulis singgah ke restoran Dayang Sarawak Corner Putrajaya. Penulis hendak makan mee kolok pula.
Dulu pernah cuba mee kolok di Dayang Sarawak Corner Ampang Point kan.
Tapi gambar mee kolok penulis akan letak kemudian.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Jan 13, 2020

STUCK IN TAMPIN



Semalam petang penulis sudah diarah berlarian ke kolej matrikulasi anak wedok di Kuala Pilah itu.
Untuk menghantar bungkusan plastik kekandanya.

Bulan lepas kan kereta proton saga anak lanang sudah dibaiki kotak gear. Link.
Tapi beberapa minggu sudah masalah tersentak masih berlaku. Aiyah. Tapi masih dalam waktu jaminan waranti.

Dari Masai ke Melaka tiada masalah bila melalui lebuhraya Plus.
Tapi bila melalui jalan lama dari Ayer Keroh ke Kuala Pilah, tiba2 gear kereta kembali bermasalah.
Masalah besar bila keluarnya tanda gear didashboard. Penulis kena matikan enjin dan mulakan semula.
Berpuluh2 kali juga berhenti tepi jalan, matikan enjin dan mulakan semula.

Usai hantar barang pada anak wedok, penulis pun pandu semula ke bandar Tampin. Keadaan gear kereta semakin teruk. Berpuluh2 kali dan berpeluh2 atas bawah juga penulis berhenti, matikan enjin dan mulakan semula. Ripit. Hari pun sudah senja.

Di Tampin penulis berehat sebentar dikedai mamak.
Memikirkan untuk memanggil trak penunda saja pulang ke Key Ell.

Usai solat di Mydin penulis cuba mencari trak penunda dalam fesbuk. Ejen itu kata harga rm500 siap upah. Aduhai.

Tanya kawan2 lain pun dapat harga yg sama.
Tapi sungguh tak sangka buah cempedak nak jadi nangka.
Ada kawan suruh panggil ejen insuran kereta.
Penulis telefon ejen insuran Auto Assist Etiqa.

Urusan yg mudah. Yg penting gratis!
Bagusnya Etiqa insurance yg penulis pakai untuk kesemua kereta2 penulis kerana perkhidmatan trak penunda percuma dalam lingkungan 200km, tidak seperti syarikat insurance yg lain hanya 50km sahaja.

Trak penunda boleh tiba dalamasa sejam.
Tapi penulis suruh datang esok pagi.
Sebab penulis seperti mahu tidur di rumah tumpangan saja malam ini. Ehem.

(Penat dan pening lalat. Nanti update kalo rajin.)

Movie lalat. Hunting Emma 2017.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 12, 2020

SKYPARK MENARA JLAND JB



Pagi pagi lepas subuh sepie tadi penulis sudah berenang2 ketepian tambak.
Tujuan untuk membeli suratkhabar dan sebongkah berlian.
Alone matcham biasa.

Ooops, hampir terlupa.
Semalam petang penulis berlarian ke Komtar JB, bukan Komtar Penang ya.
Hajat hendak menangkap gambar matahari tenggelam di tingkat atas menara JLand itu.
Daripada blognisalpunya sebenarnya yg penulis dapat tahu.
Penulis tiba di tempat parkir tingkat 4 pukul 6pm.
Ingatkan masih awal lagi, penulis pun bermakanan di medan selera tingkat 3.

Pukul 6.45pm penulis tiba di kaunter beli tiket tingkat bawah (baca, ground floor), tapi.
Awek kaunter kata pintu masuk sudah ditutup pada jam 6.40pm. Demm.
Penerimaan seterusnya pada jam 7.30pm.

Dipendekkan cerita, penulis sampai juga ke lantai kaca Skypark walaupun agak kuchiva kerana matahari telah melabuhkan cahayanya diufuk.
Gambar-gambar berikut untuk dilayani.

Blog bukanlah hakmilik kekal.























Jan 11, 2020

SIAKAP GORENG BODOH

Siakap goreng rm30 seekor @2020


Tengahari Sabtu penulis sudah berlarian ke restoran Rahmat Kampung Pasir Putih.
Sudah lama janji hendak makan ikan siakap goreng bodoh yg sedap itu.

Nota lalat. Baru bulan lepas anak taukeh kedai ini meninggal kerana terbabit dalam kemalangan jalanraya di pagi yg hening. Langgar pokok dan rentung terbakar dalam kereta katanya. Pautan hmetro.

Movie lalat. 1. Arizona Dream 1993.
2. Countdown 2019.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Pulau Ubin dilanggar todak @2020

Jan 10, 2020

LUNCH

HL low fat milk @2020

Malas pula penulis mahu turun ke kedai mamak untuk makan tengahari.

Minum susu kotak dan roti krim jagung sahaja sudah.

Kerana mendapatkan tidur tengahari walau 13 minit adalah amat berharga.

Blog bukanlah hakmilik.

So, I got my second bigger and crispier monitor @2020

After works into the bloody traffic jam on "penang bridge" and federal highway @2020

Jan 9, 2020

LAIN PADANG LAIN BELALANG



Hari pertama bertugas memotong rumput di padang yg baharu.

Semoga dipermudahkan.
Amin ya robbal alamin.

Movie lalat. 1. Black and Blue 2019.
2. Code 8 2019.
Blog bukanlah hakmilik kekal.

MAKAN NASI AYAM PENYET DI BAKSO JAWA DENGKIL YG SELALU PADAT

  Ahad, 12 Mei 2024. Petang sudah berlarian ke pekan Dengkil. Mahu makan nasi ayam penyet. Istimewanya hidangan nasi ayam penyet ada 2 ekor ...