Jan 13, 2020
STUCK IN TAMPIN
Semalam petang penulis sudah diarah berlarian ke kolej matrikulasi anak wedok di Kuala Pilah itu.
Untuk menghantar bungkusan plastik kekandanya.
Bulan lepas kan kereta proton saga anak lanang sudah dibaiki kotak gear. Link.
Tapi beberapa minggu sudah masalah tersentak masih berlaku. Aiyah. Tapi masih dalam waktu jaminan waranti.
Dari Masai ke Melaka tiada masalah bila melalui lebuhraya Plus.
Tapi bila melalui jalan lama dari Ayer Keroh ke Kuala Pilah, tiba2 gear kereta kembali bermasalah.
Masalah besar bila keluarnya tanda gear didashboard. Penulis kena matikan enjin dan mulakan semula.
Berpuluh2 kali juga berhenti tepi jalan, matikan enjin dan mulakan semula.
Usai hantar barang pada anak wedok, penulis pun pandu semula ke bandar Tampin. Keadaan gear kereta semakin teruk. Berpuluh2 kali dan berpeluh2 atas bawah juga penulis berhenti, matikan enjin dan mulakan semula. Ripit. Hari pun sudah senja.
Di Tampin penulis berehat sebentar dikedai mamak.
Memikirkan untuk memanggil trak penunda saja pulang ke Key Ell.
Usai solat di Mydin penulis cuba mencari trak penunda dalam fesbuk. Ejen itu kata harga rm500 siap upah. Aduhai.
Tanya kawan2 lain pun dapat harga yg sama.
Tapi sungguh tak sangka buah cempedak nak jadi nangka.
Ada kawan suruh panggil ejen insuran kereta.
Penulis telefon ejen insuran Auto Assist Etiqa.
Urusan yg mudah. Yg penting gratis!
Bagusnya Etiqa insurance yg penulis pakai untuk kesemua kereta2 penulis kerana perkhidmatan trak penunda percuma dalam lingkungan 200km, tidak seperti syarikat insurance yg lain hanya 50km sahaja.
Trak penunda boleh tiba dalamasa sejam.
Tapi penulis suruh datang esok pagi.
Sebab penulis seperti mahu tidur di rumah tumpangan saja malam ini. Ehem.
(Penat dan pening lalat. Nanti update kalo rajin.)
Movie lalat. Hunting Emma 2017.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Good morning Jalan Panglima Polim IV @2022 Ahad, 4 Disember 2022. Amaran lalat. Entri ini agak panjang dan mengandungi banyak gambiran. D...
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.