Feb 14, 2019

CARA MELAHIRKAN ANAK LUAR NIKAH DI HOSPITAL KERAJAAN

Unrelated photo. KLCC during dusk today on Akleh @2019.

Entri kali ini tiada kena mengena dengan diri penulis. Hanyalah rujukan semata-mata.

PENGALAMAN BERSALIN ANAK LUAR NIKAH DI HOSPITAL KERAJAAN

Nama aku N, berumur awal 20-an. Cerita aku agak panjang, sesuai untuk ibu2 yg tgah tgu masa nak bersalin, so xde la blur sgt apa kena buat bila oegi hospital dan keadaan dlm dwn bersalin.

Aku baru je melahirkan anak pertama, anak lelaki. Tapi anak aku anak luar nikah, dia dilahirkan sebelum ibu dan ayahnya sempat bernikah dan insyaAllah akan berkahwin xlama lagi. Doakan kami ye.

Dari mula aku dpt tahu aku pregnant, aku buntu xtahu apa nak buat. Aku mmg rahsiakan dari keluarga, x ada yg tahu aku pregnant kecuali rakan kat tmpt kerja. Sampai la masa aku dah sakit contraction, aku dan dia(bf aku) pegi ke hosp kerajaan untuk check jalan dah buka berapa cm.

Sakit contraction ni rasanya macam pinggang korang nak tercabut haha sakit tulang belakang ape semua, nak jalan pun macam cramp je tang pinggang. Baby mengeras dgn contraction ni lain rasanya, tp bila nk dkt bersalin, mmg baby kerap mengeras, sakit kat tulang vagina, sakit tulang belakang dan sakit bila nak berjalan. Nak heret kaki p toilet pun seksa yg amat. [+ bersambung di infoje (iiumc.com) ]

PROSES DAFTAR DAN CARA BUAT SURAT BERANAK UNTUK ANAK LUAR NIKAH (ANAK TAK SAH TARAF)

Pada tahun lepas, Mahkamah Rayuan telah memutuskan anak luar nikah boleh dibin nama bapa, tetapi masih ramai yang masih keliru tentang cara buat surat beranak anak luar nikah.

Setakat ini, proses pendaftaran kelahiran anak luar nikah atau anak tak sah taraf di JPN masih berjalan seperti biasa. Mahkamah Rayuan memutuskan hanya anak orang Islam yang lahir kurang 6 bulan daripada perkahwinan ibu bapa boleh menggunakan nama bapa yang sebenar. [+ bersambung The Asian Parent ]

PANDUAN BAGI IBU YANG MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH

Setelah mengendalikan kes-kes kecil dan menyediakan sedikit bantuan buat seorang wanita mengandung anak luar nikah ini. Di sini ingin saya berkongsi dengan semua pembaca sekelian apa yang seharusnya dilakukan sekiranya anda terlibat dalam kes seperti ini.

Sekiranya anda terlibat dengan perzinaan :
Pertama : Anda sepatutnya bertaubat daripada melakukan perkara haram itu lagi di masa akan datang.

Kedua : Mengetahui bahawa Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan perkhidmatan untuk anda. Anda perlu mendaftarkan diri di Pejabat JKM terdekat . Pihak JKM akan menguruskan anda sebaik mungkin. Kes anda akan dikendalikan sebagai kes rogol.

Bantuan atau perkhidmatan melalui JKM ialah :

~ Bagi Ibu - Pusat Jagaan Sinar Kasih, Batu Gajah , Perak : Ibu akan dijaga disini sehingga selamat melahirkan bayi.

~ Bagi bayi luar nikah - akan dihantar ke Rumah kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang.

Ketiga : Anda berhak mendapatkan rawatan ibu mengandung di Klinik kesihatan kerajaan. Anda perlu membuka kad ibu mengandung (kad merah) bagi membolehkan anda melahirkan anak dengan selamat di hospital kerajaan. Kakitangan hospital bukanlah hakim yang menjatuhkan hukuman terhadap dosa dan kesalahan yang telah anda lakukan. Mereka diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat!

Keempat: Sekiranya anda bernasib baik - terdapat orang/ keluarga yang sanggup untuk mengambil bayi anda sebagai anak angkat , anda mempunyai tempat pelindungan yang selamat sehingga melahirkan bayi. Anda seharusnya merasa bersyukur teramat sangat kepada Allah! .

Untuk menyerahkan bayi anda kepada keluarga angkat anda perlu mengisi Borang Akuan Berkanun yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. [+ rujukan Salwati ]

Unrelated photo. My Balls Your Chin! Masjid Pengkalan Udara Subang @2019.

PERLINDUNGAN, KETENANGAN BUAT WANITA HAMIL TANPA NIKAH

Hamil luar nikah. Bagi sesetengah orang pasti melihat kesalahan yang pernah dilakukan remaja perempuan itu dengan pandangan negatif, malah ada yang terus menjatuhkan ‘hukuman mati’ kepada pelaku tanpa sedikit ruang kemaafan atau peluang untuk mereka kembali ke pangkal jalan.

Namun, itu tidak berlaku di Rumah Kita. Di rumah ini, mereka menganggap remaja terbabit sebagai hamba Allah yang perlu dibimbing dan dicorak semula menjadi insan yang lebih baik.

Mungkin segelintir masyarakat memandang serong atas kesilapan dan dosa yang mereka lakukan sebelum ini tapi jauh di sudut hati penghuni, andai masa dapat diputar mungkin tidak sesekali mereka mahu terjebak dengan hubungan haram tanpa ikatan yang sah. [+ bersambung Harian Metro ]

FB PUSAT JAGAAN KASIH HAZIRA [+ 0192228354]

Pusat jagaan yang bagus untuk wanita2 yang tersilap langkah. InshaAllah dapat memulihkan mereka dari segi emosi dan rohani. Semoga selamat semuanya.

HUKUM KAHWIN SEMASA MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH

Hukum kahwin semasa mengandung anak luar nikah adalah sah, dan anak yang lahir lebih dari enam bulan selepas nikah adalah anak sah taraf.

Jadi, kalau mengandung anak luar nikah, apa yang perlu buat adalah nikah segera. Mungkin anak itu akan lahir selepas enam bulan, menjadikan dia anak sah taraf.

Kalau bermasalah untuk nikah segera di Malaysia, ada yang boleh bantu untuk nikah segera di Thailand, supaya anak itu mempunyai peluang lebih untuk dibinkan kepada ayah kandungnya. [+ bersambung Hamil Luar Nikah di Siam 2019.]

HUKUM BERNIKAH DENGAN WANITA HAMIL AKIBAT ZINA

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Januari 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah. Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya

• tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu,

• tidak dapat pusaka daripadanya,

• tidak menjadi mahram kepadanya

• dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya. [+ Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan]

Nota lalat. Semua maklumat dan informasi dalam entri ini diceduk dari pakcik google.com. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian hilang pendapatan yang paling sesal cukai pendapatan. Nasi sudah menjadi bubur. Yang korang susah hati dengan nasi dah jadi bubur tu kenapa? Bubur okay lagi what? Masih boleh dimakan lagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 12, 2019

KELEBIHAN SURAH ALMULK


Text book used durng a short kuliah session @2019.

Pagi tadi tiba-tiba penulis dipanggil untuk menghadiri majlis doa selamat syarikat ini.
Selepas penerangan dan solat hajat berjemaah oleh ustaz, ada pula ceramah ringkas dari bank CIMB tentang Skim Pesara Awam (baca, Private Retirement Scheme).

Ustaz ada memberitahu kelebihan surah al Mulk ialah untuk meringankan siksaan kubur.

Nota lalat. Tadi sempat lagi penulis rakamkan suara penulis menghafal surah al Waqiah. Ya, suara asli penulis pada hari ini, 12 Februari 2019 untuk rujukan masa hadapan. Jangan kecam. Ini bukanlah doa pengasih.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 11, 2019

A STORM IS COMING

IOI Puchong Mall powerline and a MRT station @2019.

Seperti kata orang dulu-dulu.
Kalau takut dilambung ombak,
jangan berumah banyak-banyak ditepian pantai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 7, 2019

TOBLERONE

A toblerone chocolate candy from oversea @2019.

Pagi-pagi tadi,
ada rakan sekerja letak satu cokelat Toblerone atas meja penulis.
Tidak tahu siapa yg bermurah hati.

Begitu juga,
penulis letak sesikat pisang dan sejambak buah rambutan kuning di pantri.
Sebelum pulang tadi,
penulis lihat pisang dan rambutan sudah habis.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 4, 2019

HOW TO SET UNIVERSAL REMOTE CONTROL CODES WITH PANASONIC AIR CONDITIONER | CHUNGHOP K-1028E

K-1028E Universal A/c Remote @2019

Hujung minggu yg agak sibuk.

1. Perbetulkan pelampung tangki tandas - SIAP.

2. Tukarkan pengawal jarak jauh untuk penghawa dingin bilik yg sudah rosak - SIAP.

3. Tukarkan rumah lampu kalimantang di garaj kereta - KIV.

4. Buat pendua kunci gril pagar rumah - SIAP.

Untuk perbetulkan pengawal jarak jauh Universal Chunghop 1028E untuk penghawa dingin Panasonic, ceritanya begini. Penulis sudah beli pengawal jarak jauh itu tetapi kerana terlepas pandang bila penulis sudah membuang kotaknya yg terdapat arahan didalamnya terlebih dahulu. Bila dicuba sendiri, masih tidak berjaya. Tapi akhirnya, penulis terjumpa tiubawak (baca, youtube) di laman sesawang Hak Nuk Man. Memang ada tatacaranya. Kacang sahaja. [+ Pautan lain: IT Jungles ]

Sempat juga penulis melayan anak lanang bocah cilik menonton wayang tajuk "How To Train Your Dragon".

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aeon Tebrau City @2019

Feb 1, 2019

Jan 30, 2019

PROJECT GIFTS

A mandarin orange hold by me @2019.

Semalam ada jurutera projek memberikan sehelai baju T pada semua pekerja di pejabat. Walaupun penulis beritahu tidak pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam projek tersebut. "Ambil sajalah wak," paksa jurutera projek berjambang itu.

Pagi tadi pula, tiba-tiba ada sekotak cenderahati tertulis "DN - Demi Negara". Corak rekaan seperti mantan kerajaan sebelum ini.

Selepas itu ada pula, kerani projek berikan sebiji limau mandarin disetiap meja. Kecil sahaja saiz bentuk limau mandarin itu, tidak sebesar limau mandarin yang penulis beli semalamnya.

Nota lalat. Binatang untuk tahun baru cina tahun 2019 ini  ialah babi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 28, 2019

BACHELOR BREAKFAST

Plaza Tol @2019

Pagi tadi ada rakan sekerja bawa roti canai ke pantri pejabat. Jadi penulis pun menjamah lah juga. Dua keping roti canai cecah dengan sambal tumis sudah.

Sambil itu, kebetulan HAR (jurutera bujang) datang dan bersama-sama makan roti canai di meja. HAR tanya penulis sekarang tinggal dimana dan datang kerja menaiki apa. HAR tinggal di Kajang. Bila penulis tanya HAR bila nak kahwin, HAR jawab, "ramai sangat awek lah wak, tak tau mana satu nak dipilih." Pilih yang beragama kata ustaz, penulis berseloroh. Atau kalau susah sangat, pilih kesemuanya, penulis tambah dengan gelak-gelak.

Kamus lalat. "Bachelor breakfast" bermaksud makan sarapan sambil berdiri di dapur, bukan makan dan duduk dimeja makan seperti lazimnya.

Nota lalat. Sejak akhir-akhir ini, lorong Smartag di lebuhraya kadang-kadang tidak dapat kesan kotak smartag penulis yang diletak di atas dashboard kereta. Tapi sekarang penulis kena tekan butang "On" barulah dapat dikesan. Mungkin sudah sampai hayat untuk diganti baru. Tapi penulis diberitahu bahawa pihak Plus tidak lagi menjual kotak smartag itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Under Akleh flyover, Jalan Tun Razak @2019.

Jan 24, 2019

HIDUP BAGAI ROLLER COASTER

Jalan Rollercoaster, Kajang.

Sebenarnya hidup ini sama seperti roller coaster. Adakalanya naik, adakalanya turun, bahkan turun dengan begitu cepat sampai terduduk. Ketika hidup kita naik diatas, kita deg-dekan (baca, saspen). Ketika kita turun dengan begitu cepatnya sampai kita terjerit-jerit.

Tapi satu perkara yang perlu kita ingat ketika naik roller coaster. Walaupun menegangkan, tapi kita tetap memutuskan untuk naik roller coaster juga kerana ingin menikmati pengalaman tersebut. Sama halnya seperti hidup yang kadang naik dan kadang turun. Hidup juga sebuah pengalaman, maka nikmatilah prosesnya. ;p

Nota tahunan lalat. Tahun 2016 dan 2018 (tidak tahun 2017) adalah tahun kemalapan penulis. Tidaklah perlu penulis sebutkan terperinci. Cuma penulis harapkan ada peluang untuk penulis bangkit kembali hidup seperti sebelum ini. Amin ya robbal alamin.

Updated. 16/3/2024. Jalan Rollercoaster Kg Sg Merab Luar ini sudah ditukar nama kepada Jalan Haji Mohd Amin. Dlm google maps masih belum diupdate.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jalan Rollercoaster, Kajang.

Jan 22, 2019

COMOLOT

Two anchors are better than one...

Tadi semasa penulis sibuk memotong rumput dikantor ini, tiba-tiba penulis terdengar dari arah belakang, jurutera gadis muda jelita cakap, "aku tak kisah comolot dengan dia tu." Terkezut juga penulis mendengarnya. Terutama dari mulut gadis yg muda walaupun penulis tidak perasan siapakah jejaka yang dia tujukan itu. Sampai kawan lelaki sekerja disebelahnya bertanya lagi, "eh ko tak kisah ke comolot dgn misainya?" Dan jurutera gadis tu masih menjawab dengan ayat yang sama.

Disebelah petang, ketika jurutera gadis itu tiada ditempat beliau, penulis pun bertanya pada rakan yg duduk disebelah penulis ini disebabkan penulis pun hendak tahu juga samada beliau mendengarnya ataupun tidak. "Ah, biasalah wak, dorg semua tu bengong sikit," katanya.

Penulis termenung sebentar. Dimanakah kemaluan budak-budak zaman generasi Y sekarang ini?

Kamus lalat. Comolot = cium mulut ke mulut.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 21, 2019

TERMITES KILLER

I just notice about the lapse expiry date ...

Minggu lepas, isteri penulis sudah beritahu ada anai-anai di dalam bilik simpanan itu. Habis sarung parang kontot arwah ayahanda dimakannya.

Jadi, sudah beberapa hari penulis mencari orang yang boleh membasmi dan menghapuskan anai-anai durjana itu. Bila sudah dapat dari laman FB, harga pembasmian pula yang mahal. Jadi, sementara ini dahulu, penulis belikan ubat sembur pembunuh serangga anai-anai. Tiga belas hinggit sahaja.

Kali terakhir penulis basmi anai-anai lebih kurang sepoh tahun yg lampau. Lama kann? [+ 14/6/09 Exterminating Termites in the Earth.]

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KLCC VIEW FROM LOTUS'S AMPANG 2024

  KLCC view from Lotus's Ampang @2024 Rabu, 15 Mei 2024. Petang tadi berlarian ke Lotus's Ampang. Tujuan mahu beli pembalut (casing)...