Nov 25, 2015

GIVEAWAY POSKAD VINTAGE (BAHASA JERMAN)

Assalamualaikum kawan-kawan semualah. Hari ini penulis hendak sertai segmen Giveaway sebab sudah lama rasanya tak sertai. Lagipun sekarang ini penulis juga sedang hebat menyertai projek postcrossing - menghantar poskad biasa dari seluruh dunia guna cara lama.




Syarat-syarat giveaway kali ni:

1. Follow blog JINDRISSKA.blogspot.com DONE
2. Komen beberapa entri, dengan tujuan nak membodek empunya blog. DONE
3. Buat satu entri tentang giveaway ni, letakkan banner, beserta backlink, kemudian publishkan. DONE
4. TInggalkan URL blog engkorang di ruangan komen entri disana. DONE


Hadiah-hadiah yang disediakan adalah:





Penulis juga doakan semoga berjaya untuk para peserta semuanya. Amin. Majulah sukan untuk negara.


Giveaway bermula sekarang!!!

SUSHI AND SOME DECOS



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 5/30
Post of the Day: 2/4

PETANG kelmarin yang biasa-biasa, selepas tugasan memotong rumput, penulis teringin hendak menjamah ikan salmon panggang. Sushi King di Ampang Point sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



STILL THE TALLEST TWIN TOWERS IN THE WORLD

"Damn! They still got the tallest buildings in the world,"

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 5/30
Post of the Day: 1/4

PENULIS masih ingat dulu masa Taiwan mendapat bangunan tertinggi didunia dengan Menara Taipei 101nya, mantan perdana menteri (yang itu) masih boleh berkata, "takpe, apanama, kita masih ada bangunan tertinggi didunia, dua bijik!"

Nota lalat. The world's 10 tallest buildings (2011):
1. Burj Khalifa, Dubai (2010)
2. Taipei 101, Taiwan (2004)
3. Shanghai World Financial Center, China (2008)
4. The International Commerce Center, Hongkong (2010)
5. Petronas Twin Towers (1998)
6. Nanjing Greenland Financial Center, China (2009)
7. Willis Tower, United States (2009)
8. Guangzhou International Finance Center, China (2009)
9. Jin Mao Tower, China (1998)
10. Empire State Building, United States (1931)
Source: Laurencebradford.com (2011). In 2015 may differ.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




Nov 24, 2015

GOLDEN HOUR

Golden hour at last evening sunset in Kuala Lumpur, Malaysia.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 6/30
Post of the Day: 4/4

SELAMAT malam kuala lumpur.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

HOW TO SPOT A FAKE NIKON CAMERA LENS

"Damn! This lens is fake," said Hulk.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 6/30
Post of the Day: 3/4

DUA minggu lepas, penulis telah menghantar Sigma lens yang sedang sakit ke pusat servis di PJ itu. Bila penulis sampai di pejabat Sigma Malaysia, ahmoi kaunter beritahu bahawa juruteknik (baca: technician) sedang bercuti selama 3 minggu. Peliknya, takkanlah cuma ada seorang saja juruteknik berkelayakan yang bekerja di syarikat lens Sigma Malaysia itu? Walaupun begitu, mereka menerima juga Sigma lens yang penulis hantar untuk dibaiki.

Nota lalat. Sila abaikan tajuk dan gambiran poyo diatas sekadar hiasan semata-mata.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

NB 410



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 6/30
Post of the Day: 2/4

KELMARIN penulis telah membeli topi yang baharu di bandar koboi itu. Mula-mula penulis nampak topi logo jenama lain yang berharga RM29.90. Ahmoi yang bekerja disitu kata itu harga tetap. Tapi bila penulis belek-belek, penulis rasa berkenan dengan topi jenama New Balance ini kerana ada angka 410 (ehem). Bila penulis hendak membayar, penulis lihat harganya berlainan iaitu RM39.90 pula. Penulis hendak tukar ke topi logo jenama yang mula-mula tadi, tapi nyonya (taukeh) itu kata harga boleh dikurang jadi RM30. Penulis tawar lagi jadi RM25, nyonya kata setuju dan penulis pun terus membayarnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

WAITING

Taman Tun Aminah bus station.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 6/30
Post of the Day: 1/4

PENULIS letak gambar kandid sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 23, 2015

SUNSET AT MACHAP



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 7/30
Post of the Day: 4/4

PETANG kelmarin perjalanan yang biasa sahaja. Penulis pun tidak terlelap seperti biasa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

SOTONG PUTIH MASAK HITAM

Tesco Seri Alam.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 7/30
Post of the Day: 3/4

KADANG-KADANG penulis mengidam (bukan sebab mengandung ya) sotong putih masak hitam atau sotong masak dakwat masakan arwah bunda penulis semasa dikampung. Kalau penulis terlihat sotong putih ini dipasaraya, penulis akan teringat arwah bunda penulis itu. Juga, penulis akan ingat teka teki dulu-dulu, "banyak2 binatang, binatang apa yang tulangnya satu?" Nostalgia kan. Tapi sekarang tiadalah siapa yang ingin memasak sotong putih masak hitam kegemaran penulis masa kecil-kecilan dahulu. Kasihan kan nasib badan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

TOP COMMENTATOR BLOG MUMMY JULIA YANG JELITA KATANYA

Keris Melaka

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 7/30
Post of the Day: 2/4

KELMARIN penulis pun mendapat hadiah cenderahati dari blogger Mummy Julia yang jelita dari Melaka. Alasannya kerana penulis menjadi Top Commentator bulan October. Alhamdulillah, penulis merasa berbesar hati juga dihargai sebegini. Tanpa kawan-kawan yang best-best itu siapalah penulis yang ini kan. Mummy kanns. Semoga kita tetep menjadi rakan-rakan siber yang baik-baik sahaja. Dan penulis hanya mampu membalasnya dengan serangkap pantun:

Pulau Pandan Jauh Ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang juga.


Nota lalat. Penukaran Domain Blog www.notachentamummy.blogspot.com ke www.juliaali.blogspot.com

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Top 10 Ohsem Blogger Oktober 2015 by Mummy Julia.

ANOTHER BLUE SKY IN THE MORNING

6.52 am and the lamp is still on

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 7/30
Post of the Day: 1/4

HUJAN hari hari ditengahari. Bersyukur saja kan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

BELAKANG RUMAH ADA KLCC 2024 DAN TOPI "BERAK" SEKARANG JADI TRENDING

Jalan Daud Kampung Baru @2024   Jumaat, 4 Mei 2024. Pagi sudah berlarian ke Jalan Daud. Wak cuba nasi lemak Kak Chuk. Tapi tiada lauk kerang...