Jan 18, 2024

AIR WUDHU MASIH TIADA DI LANTAI BAWAH

 

KLCC view from Jalan Ampang this morning @2024

Khamis malam Jumaat, 18 Januari 2024.

Air untuk berwudhu di lantai bawah masih tiada.
Begitu juga kadang2 jaringan wifi didalam kantor juga tidak dapat dicapai.

Ooh.
Malam tadi wak teringin nak makan ayam goreng kunyit.
Tapi runner kata food truck Mat Rock di Bukit Indah sudah tiada.
Mungkin sudah pulang awal.
Bila dia ke Taman Kosas pun tidak ada juga.
Aiyah.

Movie lalat.
Divorce Italian Style 1961.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 17, 2024

INGATKAN SUDAH BAYAR, RUPANYA SURABAYA

Jalan Ampang this morning @2024


Rabu, 17 Januari 2024.

Pagi tadi sudah antri di gerai makcik nasi lemak depan kubur P. Ramlee. 

Bila mahu bayar, wak tanyalah kemana cuti lama2 sangat.
Pakcik itu kata Surabaya tapi tidak berapa jelas.

"Haa, sudah bayar?"
Terkejut juga wak.
Sebab kelmarin pernah ada orang tolong bayarkan sarapan disini tanpa pengetahuan wak.
Link: Someone Paid For My Breakfast This Morning.

Jan 16, 2024

ALTERNATIF MENGAMBIL WUDHU KETIKA BILIK MUSHOLLA TIADA AIR DI LANTAI BAWAH

Pakistan High Commission, Jalan Ampang KL @2024

 

Selasa, 16 Januari 2024.

Hari ini tiada air di surau di tingkat bawah.
Jadi kami ambil air wudhu di lantai 9.
Atau di lantai 1.

Jan 15, 2024

JANGAN SAMPAI MENYESAL BELI MOTOR SECOND HAND

KLCC Sunrise this morning @2024

 

Isnin, 15 Januari 2024.

Petang tadi singgah di kedai motor Waterfront. Ampang
Ebidmotor yg viral di laman FB.

Hujan turunlah lebat anjing dan kucing.
Tapi tidak lama.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Random photos today @2024

Jan 14, 2024

KALAU NAK LONTONG YG SEDAP DAN KENA IKUT TEKAK SENDIRI

Lontong Masai, Zarahman @2024

 

Ahad, 14 Januari 2024.

Pagi2 sudah berlarian ke pekan koboi Masai.
Tujuan mahu makan lontong Masai itu.

Tengahari pula berlarian ke pasaraya besar Lotus's.

Petang jam 4.30 pula isteri wak sudah hantar ke terminal bas.
Boleh pula jem teruk gara2 ada acara tarian naga di tokong. 

Jan 13, 2024

KEDAI REPAIR LAPTOP KERANA BATERI KEMBUNG BERDEKATAN KIPMART MASAI

 

Honda Wave Dash 110 @2024
Taman Rinting Masai

Sabtu, 13 Januari 2024.

Semalam kan sudah pulang dari KL dengan anak wedok naik bas.

Pagi2 tadi bersama2 anak wedok.
Mahu baiki laptop yg rosak papan kekunci (keyboard).
Dan bateri laptop yg sudah kembung (bloated, swelling, bulging).

Jan 12, 2024

LESSON LEARNED FROM PREVIOUS BUS TRAVEL TRIP

KLCC this morning @2024


Jumaat, 12 Januari 2024.

Ini blog Antara Doha dan Jakarta. 

Sudah bertahun2 wak naik bas City Express.
Antara KL dan Masai.
Jadi hari ini wak cuba pesan tiket bas dari syarikat SC Southern pula.

Sebenarnya wak perasan juga.
Ada 3 syarikat bas dalam perjalanan KL - Masai.
City Express, SC Southern dan LA Holiday.

Jan 11, 2024

TERINGIN MAHU MAKAN UBI REBUS TAPI TIDAK KENA WAKTU YG SESUAI

 

KLCC this evening @2024

Khamis malam Jumaat, 11 Januari 2024.

Petang tadi teringin mahu makan ubi rebus di Seksyen 4. Tepian Bangi
Tapi bila sampai, abam pelayan berkata.

"Ubi rebus pagi je wak,"
Yo wes lah.

Jadi wak pesan nasi goreng kampung dengan telur dadar.
Air suam.

Jan 10, 2024

PENGALAMAN BELI HELMET BARU YG MURAH DI JALAN SENTUL KUALA LUMPUR 2024

KLCC View this morning @2024

 

Rabu, 10 Januari 2024.

Tengahari sudah berlarian ke Jalan Sentul.
Tujuan untuk membeli helmet motorsikal yg murah.
Mula2 tengok helmet jenis GIVI yg cun dan jelitterr (RM200).

Jan 9, 2024

WHY IT IS A GOOD IDEA TO HAVE DATE STAMPS ON BLOG POSTS

KLCC View from Kampong Bharu @2024

 

Selasa, 9 Januari 2024.

Pagi tadi sudah berlarian ke warung Mak Leha Kampong Bharu lagi.

Tengahari juga sudah berlarian ke Ampang Campuran.
Dan kemudian berlarian ke Galaxy Ampang Mall.

Agak kelam kabut juga satu hari ini.
Satu persatu kunci hilang.
Mula2 tiba di lif kantor wak tidak temu gate pass untuk lif dan kantor.
Rupanya ada terselit dalam beg silang.
Kemudian tidak dapat kesan dimana kunci rumah.
Rupanya ada terselit juga dalam beg silang yg sama.
Disebelah petang pula kelam kelibut mencari kunci motorsikal.
Sebenarnya tercicir di pantri.

Gara2 faktor usia.

Jan 8, 2024

HE LIKES HIS NEW XIAOMI SMARTPHONE VERY MUCH AND I AM STILL STUCK WITH MY OLD HUAWEI

Makcik Nasi Lemak Depan Kubur P. Ramlee @2024


Isnin, 8 Januari 2023.

Pagi2 wak sudah menunggang motorsikal ke kantor potong rumput.
Sebelum parkir wak singgah di warung nasi lemak makcik depan kubur P. Ramlee itu.
Wak pesan mihun goreng lauk sardin dan telur goreng.
Minggu lepas makcik tidak kelihatan meniaga pula.

Petang tadi wak saja tanya bro ZAI.
Dia duduk disebelah wak.
Wak tanya dia pakai henfon jenama apa.
Dia beritahu, "Xiaomi 13 Pro, wak"
"Baru je beberapa hari pakai nih"

FOR SALE: RUMAH DOUBLE STOREY YANG CANTIK, RUANG YANG LUAS & LOKASI YANG STRATEGIK

  “RUMAH DOUBLE STOREY YANG CANTIK, RUANG YANG LUAS & LOKASI YANG STRATEGIK” FOR SALE | TAMAN NUSA BAYU, ISKANDAR PUTERI,JOHOR Propert...