Jun 10, 2023

APA KEUNTUNGAN MASUK KERJA HARI SABTU SETENGAH HARI

 

Sabtu, 10 Jun 2023.

Pagi Sabtu dikerah ke galangan potong rumput.
Kerja setengah hari.

Petang wak pesan Grabbike ke Mega Mall Batam.
Dulu wak pernah sampai ke sini bersama anak lanang, aQi - 2011 & 2017.
Usai solat di musollah, wak terus masuk ke restoran Pizza Hut.
Pesan personal veggie lover & es lemon teh.

Kemudian periksa dalam google maps.
Tidaklah jauh sangat untuk pulang ke kost.
Wak pun berjalan kaki sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

SOLAT JUMAAT DI MASJID AGUNG SULTAN MAHMUD RIAYAT SYAH TANJUNG UNCANG

Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah sunset @2023

 

Jumaat, 9 Jun 2023.

Tengahari tadi dari kantor potong rumput.
Kami berlarian naik travel (van) syarikat ke masjid agung itu.
Semalam kan wak lepak2 seorang diri disini.

Lepas itu makan siang (yakni lunch) di restoran Sari Utama.
Tempohari mgr AYU kata nasi ayam penyet disini tidak sedap.
Jadi wak pun mencabar diri wak untuk mencubanya tadi.
Biasa2 sahaja tidaklah seburuk yg diperkatakan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Batam sunrise this morning @2023
Batam sunrise this morning @2023
Lauk pauk nasi campur at Sari Utama Tanjung Uncang @2023
Joining the daily macet going home @2023

Jun 9, 2023

MASJID AGUNG SULTAN MAHMUD RIAYAT SYAH TANJUNG UNCANG SEBAGAI WISATA RELIGI

 Khamis, 8 Jun 2023.

Pagi Khamis ada perhimpunan keselamatan (toolbox) di galangan potong rumput.
Wak tidak beli apa2 sarapan di warung mie lendir tadi.
Sebab wak sudah rebus telur di kost tadi.

Petang Khamis malam Jumaat.
Wak turun dari travel (van) di masjid agung Tanjung Uncang.
Solat maghrib berjemaah sambil ambil 2 3 gambiran sudah.

Dari Tanjung Uncang pulang ke kost.
Pesan Grabbike sahaja. Rp52k (RM15)

Masa naik motor Grabbike tadi.
Berborak2 dengan mat supir itu.
Mula2 cerita pasal buah durian yg dijual di tepian longkang itu.
Mahal juga harga durian disini - Rp100k sekilo bersamaan RM30.

Kemudian wak komplen sebab bawa motor perlahan sangat.
"Kenapa ga bawa motor kenceng, mas?" 
"Wak nak apa?"
"Kencing?" salah faham dan sambil perlahankan motor.
"Kenceng lah, lajuuu," 
"Ooh, kencang!" dan rasa tercabar.
"Dulu saya bawa motor kencang wak!"

Perjalanan setengah jam atas motor terasa keras pula pantat (ponggong). Huhu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 8, 2023

AN AGREEMENT TO UTURN AND TAKE SUNRISE PHOTOGRAPHY AT WELCOME TO BATAM MONUMENT

Day 21/60 in Batam @2023

 

Rabu, 7 Juni 2023.

Pagi2 tadi sebelum menaiki travel (van) ke kantor potong rumput.
Wak sudah pinta pada pak supir dan teman2 wak.
Untuk muter sedikit di hadapan, di monumen Welcome To Batam itu.
Tujuan untuk mengambil gambiran matahari terbit.

Tapi selepas itu di warung mie lendir.
Kena belanja air untuk teman2 wak itu.

Masih masalah henfon wak guna simcard myxl.
Simcard yg wak mula2 beli bila sampai di Batam tahun lepas. 

Petang tadi sudah berlarian ke BCS Batam City Square.
Kedai yg sama.
Taukeh cina gemoy itu ada disitu dengan pembantu cewek.
Dipatok Rp50k hanya untuk perbaharui pendaftaran Imei henfon wak. 
Tak sampai 10 menit siap.
Tapi kena tunggu 15 menit untuk berfungsi kembali.

Sempat singgah dipasaraya untuk beli barang2 dalam kulkas, yakni petisejuk. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Day 21/60 in Batam @2023
Day 21/60 in Batam @2023
Day 21/60 in Batam @2023
Day 21/60 in Batam @2023
Day 21/60 in Batam @2023
Day 21/60 in Batam @2023
Day 21/60 in Batam @2023
Day 21/60 in Batam @2023
Day 21/60 in Batam @2023
Lontong Sayur Tanjung Uncang Batam @2023
MyBizcuit - Made in Malaysia @2023
Renewing IMEI on your smartphone @2023
Batam Center Square (BCS)

Jun 7, 2023

WHY DO MOTHERS CRADLE BABIES ON THEIR LEFT

 


Gloomy Tuesday morning @2023

Selasa, 6 Juni 2023.

Pagi tadi mengantuk pula ketika menaiki travel (van) ke kantor potong rumput.
Terasa seperti terkena jetlag pula.
Padahal baru pulang dari pulau Sumatera sahaja.

Cuaca pun mendung sahaja sepanjang hari.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

When I took these photos I didnt reckon that there is a baby inside the three wheels.
Tanjung Uncang to Batam Center @2023

Jun 6, 2023

DATANG TAK BERJEMPUT, PULANG TAK BERHANTAR

Jembatan Siak 4 (Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah)
Pekan Baru @2023

 

Isnin, 5 Juni 2023.

Jalan2 Sumatera Prelude
Jalan2 Sumatera Day 1 - Batam ke Pekanbaru via Tanjung Buton (feri)
Jalan2 Sumatera Day 2 - Pekanbaru ke Bukittinggi (travel van)
Jalan2 Sumatera Day 3 - Bukittinggi (pacu jawi)
Jalan2 Sumatera Day 4 - Bukittinggi ke Pekanbaru (travel van)
Jalan2 Sumatera Day 5 - Pekanbaru pulang ke Batam (pesawat)

Tadi malam wak tidur agak awal.
Terbangun jam 3 pagi.
Tapi selepas tahajjud ga bisa tidur pula.

Bila masuk waktu subuh jam 4.49am.
Wak pun solat dan siap bergegas ke Jambatan Siak IV itu.
Tidak lama disitu tidak seperti kelmarin.
Tidak sampai sepoh minit pun.

Kemudian kembali pulang ke rumah inap.
Terus terjah restoran lantai bawah untuk sarapan lah sangat.

Kemudian mandi dan bersiap untuk ke bandara (airport lah).
Checkout dan pesan Grabbike.
Punyalah perlahan bapak ni bawa skuter.
Cewek indon itu bawa pun lagi laju. Huhu.

Tiba di bandara baru jam 7.30am.
Pak supir motor tadi seperti tidak puashati kerana parkir.
Sebenarnya wak sudah cakap masukkan sekali dalam harga grab.
Mungkin dia salah faham.
Masih banyak waktu kerana wak pun tidak perlu checkin bagasi besar.
Terus checkin guna mesin dan masuk dewan berlepas, eh dewan berlapor?

Tapi sebelum itu ada culture shock juga.
Sebab di bandara Sultan Syarif Kasim II ini.
Wak tidak berjumpa tulisan Perlepasan atau Keberangkatan seperti dikebanyakan bandara lain.
Hatta di bandara Masai pun. Huhu.

Punyalah naif sampai kena tanya bapak satpam disitu.
Ooh. Perlaporan itu perlepasan lah wak, ato Departure orang kampung wak cakap.
Dan kena naik lantai 2 diatas.

Tiba jam 9.58am di bandara Hang Nadim Batam dengan selamat.
Masalah untuk mendapatkan Grabbike.
Kerana dipantau oleh pawancha yg cekik dara disitu.
Terpaksa berjalan kaki ke luar parkir airport.
Pak supir Grabbike sudah tunggu di bundaran depan masjid itu.
Tapi masih tidak boleh naik motor.
Kena jalan kaki keluar di luar pintu pagar yg jauh nun disana.
Berbaloi ke kalau tambang Grabbike cuma Rp29k (RM9).
Berbanding kalau naik teksi airport berharga Rp180k (RM53)!

Nota baki duit cash.
Rp100k x 19
Rp50k x 18

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Jembatan Siak 4 (Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah)
Pekan Baru @2023
Jembatan Siak 4 (Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah)
Pekan Baru @2023
Culture Shock in Pekanbaru airport, ie PELAPORAN is DEPARTURE!!
Pekan Baru @2023
Bandara Sultan Sharif Kasim II
Pekan Baru @2023
Between Pekanbaru and Batam
Pekan Baru @2023
Between Pekanbaru and Batam
Pekan Baru @2023
Between Pekanbaru and Batam
Kepulauan Riau @2023
Pulau Panjang, Batam @2023
Masjid Tanwirun Naja (Masjid Tanjak)
Bandara Hang Nadim Batam @2023

RUMAH BAHARU BERBALOI TANPA DEPOSIT DI KULAI JOHOR 2025

  Terokai Kulai - Baharu Rumah Teres Setingkat Menarik Betul Harga Bermula Dari RM288K TERES 1 TINGKAT 3 Bilik & 2 Bilik Air Keluasa...