|
Rain Vortex at Jewel Changi Airport @2023 |
Ahad, 14 Mei 2023.
Pautan lama.
Bandung Day One via Changi Airport 2013.
Sambungan dari Bahagian 2 - Merlion 2023. (KLIK)
Sebelum itu dari Bahagian 1 - Tulipmania di Gardens by the Bay 2023. (KLIK)
Dari stesen MRT City Hall.
Wak naik jurusan East Coast.
Tiba di stesen Tanah Merah tukar tren ke Changi Airport.
2.18pm. Berjalan kaki dari stesen MRT airport ke Jewel.
Dewan besar yg ada air terjun buatan dari air murahan JB.
Tidak lama disini.
Berjalan kaki semula ke stesen MRT.
3.18pm. Tapi wak naik bas no 858 sahaja untuk ke Woodlands.
Pakai kad visa.
Aduhai - sejam setengah baru tiba di Woodlands Interchange.
4.59pm. Tukar bas 950 untuk ke JB.
Pakai kad visa.
Sebab takut tak clear masa keluar bas.
Walaupun duit syiling masih banyak didalam kantung seluar.
Urusan di CIQ Woodlands berjalan lancar.
Sekarang cuma scan sahaja passport.
5.25pm - sudah lepasi CIQ JB.
Cuma kena berjalan kaki lagi ke parkir.
Limpas Merlin Hotel yg penuh tukang urut atasan dan bawah.
5.52pm - tiba ke parkir cik Jnulekasnova yg menanti seharian.
Bayaran parkir sebanyak RM12 sahaja.
Post mortem jalan2 ke Temasik 2023.
Tiket Tulipmania 2023 = SGD53 (RM182.29 Visa)
Wang tunai = SGD100 + SGD13
MRT Kranji - Woodlands = SGD (Visa)
MRT Woodlands - Gardens by the Bay = SGD (Visa)
Air botol Coke = SGD 3.20 (tunai)
MRT City Hall - Changi Airport = SGD (Visa)
Air mineral = SGD2.30 (tunai)
Baki wang tunai = SGD97 + SGD10
Total perbelanjaan = SGD3.20 + Visa
Nota - akan dikemaskini bila bil kad kredit diterima. Harap2 tak kena scam.
Nota beli makanan di JB.
Nasi lemak = RM3
Roti2 dan jajan = RM20
Di pulau Temasik.
Wak tidak membeli suratkhabar dan sebongkah berlian seperti selalunya ye.
THING I REGRET NOT TO BRING THE MOST
Memang wak tak bawa bank kuasa (powerbank).
Tadi malam ada teringat mahu pinjam bank kuasa kaum kerabat - tapi terlupa pula.
Nasib baik wak bawa 2 henfon.
Maka dapatlah pertahankan bateri dan tangkap gambiran2 disini.
Cuma tak boleh larikan apps Relive.
Akhirnya aras bateri henfon utama tinggal 20%.
Walaupun begitu, aras bateri henfon kedua masih ada 70%.
THE SUMMARY
Begitulah serba sedikit pengalaman wak ke Pulau Singapura (Temasik) balik hari.
Wak segera letak disini agar wak tidak lupa.
Tidak perlu tunggu berbulan2 untuk update blog! Kanns. (hehe, ayat cliche)
Untuk yg tertinggal keretapi.
Bahagian 1 - Tulipmania, Gardens by the Bay (LINK)
Bahagian 2 - Merlion (LINK)
Bahagian 3 - Vortex Rain, Changi Airport (LINK)
Jangan cakap wak tak payung ye. ;p
Blog bukanlah hakmilik kekal.