Jan 19, 2023

CARA MENCARI BARANG YG MUDAH HILANG DI RUMAH

Eggs at Transmart I bought today @2023

 Selasa, 17 Januari 2023.

Sudah seminggu menghadiri mesyuarat di lantai 8.
Mahu buat kerja yg hakiki pun banyak yg tertangguh.

Petang sudah berlarian pulang ke kost.
Mgr EIN ikut tapi dia singgah ke Blok M Plaza.

Wak terus ke Blok M Square di seberang jalan.
Masuk ke supermarket Transmart.

Wak beli telur satu papan, yakni ada 15 biji telur - 28rb (rm8)
Dan buah epal hijau - 43rb (rm13)
Total damage berbelanja hari ini ialah 70,3rb (rm21).

Tiba di kamar kost pula terlupa kunci letak dimana.
Seluk kocek beg pun seperti tiada.
Siap wasap ibu pengurus.

"50rb pak kalo mau dibikin baru,"
"Sekarang pake duplicate, nnti satpam berikan,"
"Ehh, udah ketemu buk kuncinya."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 18, 2023

TEMPAT NONGKRONG MAKAN KAKI LIMA SURGA KULINER YG ENAK DI JAKARTA SELATAN

Jalan Bulungan @2023

 Senin, 16 Julai 2023.

Antara kantor potong rumput.
Dan kost rumah sewa wak.
Setiap sore akan bermula gerai2 kaki lima mula dibuka.
Gerai2 akan dibuka sehingga tengah malam.
Dan pagi2 bila berjalan di kawasan ini akan dibersihkan semula.

Sejujurnya wak tidak pernah mencuba lagi makanan ditempat seperti ini.
Apa lagi sekadar nongkrong (lepak2) di sini.

Cerita lalat lain.
Pagi tadi ibuk pengurus kost sudah wasap.
Ditanya dimana wak berada.
Sebab bapak sekuriti tidak nampak wak keluar pagi tadi.
Ibuk pengurus kost kata mahu dimekap kamar wak ini.

Wak beritahu boleh sahaja mekap kamar.
Tapi seharusnya di ketuk dulu pintu kamar kann.
Ada orang atau tiada didalam.
Jangan melulu terus dibuka pintu kamarnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 16, 2023

NASI LEMAK MALAYSIA ORIGINAL TERBAIK DI TENGAH KOTA JAKARTA

Karet Sudirman Jakarta @2023

 Ahad, 15 Januari 2023.

Dulu masa wak mula2 datang ke kota Jakarta kota kolaborasi ini.
Tidak tahu mana mahu cari nasi lemak seperti di tanahair.
Sehingga wak berlarian ke restoran Paparich di Lippo Mall Kemang.
Tapi roti canai jenis tisu pula.
Sila metabrak di SINI.

Pagi2 Ahad tadi wak sudah berlarian ke tengah bandaraya.
Dari terminal bis Blok M.

VISITING CAR FREE DAY IN JAKARTA

Informasi tentang Jakarta tanpa mobil: di SINI.

Ingatkan mahu naik bis nomor 1N atau 1P langsung ke stasiun Setiabudi itu.
Tapi wak baru perasan hari ini hari minggu (Ahad).
Bis nomor 1N dan 1P tidak berfungsi sehingga jam 10 pagi.

Mahu senang boleh langsung naik MRT.
Dan tiba di stasiun MRT Setiabudi.
Tapi harga tiket busway Transjakarta kan cuma sehinggit.

Jadi wak naik bis nomor 1 sahaja lah.
Turun di halte busway Karet Sudirman.
Kemudian jalan kaki ke kemah jualan nasi lemak Malaysia.
Tidaklah jauh sangat.
Lagipun berjalan bersama2 ribuan orangramai disitu.

Ini bukanlah kali pertama wak sampai di gerai ini.
Rasanya ini kali keempat kot.

Wak pesan nasi lemak telur.
Dan roti canai kosong.
Dan teh tarik dingin (ais).
Total damage = 40rb (rm12) sahaja.

Nota lalat.
Tapi kalau mahu makan nasi lemak di hari biasa.
Boleh lah pesan nasi lemak 25 di Gandaria.
Tapi tiada roti canai dijual di situ.

Dan sebagai rujukan.
Restoran sebenar khemah nasi lemak tadi itu ada di GH Corner Kelapa Gading.
Lokasi yg agak jauh dari kost wak menginap ini.

CAUTIOUS WHEN WALKING MIGHT BE ON BUS LANE

Kemudian wak berlarian ke Taman Mini Indonesia (TMI) yg agak jauh.
Dari halte busway Tosari.
Naik bis nomor 1 tujuan Bundaran Hilir.
Kemudian berjalan kaki yg disediakan ke halte Semanggi.
Agak jauh tapi masih boleh diusahakan.
Yg penting tidak perlu bayar tambang lagi.

Bagusnya pengangkutan umum di Jakarta ini.
Selagi tidak keluar dari halte itu hanya bayar 3,5rb (sehinggit) sahaja.

Tunggu bis nomor 9 ke halte Garuda Taman Mini.
Kemudian barulah keluar.
Naik angkutan umum - 5rb (rm1.50) sahaja.

BADUT MENJENGKELKAN DI TAMAN MINI INDONESIA

Tapi bila sudah tiba di pintu gerbang.
Dan mahu bayar tiket online (25rb perorang).
Wak tiba2 ubah fikiran.
Disebabkan cuaca yg panas terik.

Jadi wak pun pulang ke kost.

Dari taman mini wak ambil grabbike.
Sebab macam susah sahaja mahu naik angkutan umut macam tadi.
Ke halte Garuda Taman Mini tadi - 15rb (RM4.50).
Dari halte langsung naik bis nomor 9 ke halte Semanggi.
Kemudian berjalan kaki balik ke halte Bundaran Hilir.
Sambung naik bis nomor 1 langsung ke terminal Blok M.

Hafazan lalat.
Surah at-Taubah ayat 128-129.
لَقَدْ جَاۤءَكُمْ رَسُوْلٌ مِّنْ اَنْفُسِكُمْ عَزِيْزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيْصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِيْنَ رَءُوْفٌ رَّحِيْمٌ
. فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللّٰهُ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ ۗ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ ࣖ

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Karet Sudirman Jakarta @2023
Karet Sudirman to Setiabudi Jakarta @2023
Near MRT Setiabudi Jakarta @2023
To Tosari bus station Jakarta @2023
To Bundaran HI Jakarta @2023
From Bundaran Hilir to Taman Mini via Semanggi Jakarta @2023
Tosari Bus Station Jakarta @2023
Oh hi! Tosari Bus Station Jakarta @2023
Returning from Taman Mini to Jakarta @2023
Taman Mini Indonesia Jakarta @2023
Cars back on the main road in Jakarta @2023

Jan 15, 2023

PERBEDAAN BLOK M PLAZA DAN BLOK M SQUARE

Lebak Bulus Grab MRT Station @2023

 Sabtu, 14 Januari 2023.

Hari ini wak dikerah ke kantor potong rumput.
Sehingga terpaksa membatalkan beberapa temujanji.

Petang wak sudah berlarian naik mrt dari Blok A ke Lebak Bulus Grab, 7rb.
Tujuan asal mahu ke Ramayana mall di Ciputat.
Dari Lebak Bulus Grab keluar ke stasiun bis.
Petugas suruh naik bis nomor S21.
Punyalah lama tunggu dengan orangramai berpusu2.
Setengah jam juga di situ.

Akhirnya bis no S21 tiba juga. Tapi ga bisa masuk karena udah penuh. Kena tunggu bis kedua yg ingatkan lama setengah jam lagi. Tapi tiba2 ada bis umpan yg cilok di belakang. Terpaksa tunggu lagi sebab bis tidak berhenti betul2 di depan pelantar. Dan bis itu ga bisa maju ke hadapan kerana masih ada bis2 nungguin di hadapannya. Jadi macet gitu.

Tiba2 wak tukar fikiran.
Turun bis dan patah balik ke stasiun mrt.
Wak pesan Grabbike - 19rb.

Naik mrt turun di Blok M Plaza, 8rb.
Mula2 mahu ke supermarket Family Market di bawah.
Tapi mahu mencuba ke supermarket Transmart di Blok M Square pula.
Mana tahu lagi murahan.

Beli telur dan buah epal hijau.
Dan air mineral botol - 62rb.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

With consortium partner @2023
Singgar Mulia with Pak Hilman and team.
Haji Nawi MRT Station @2023
Lebak Bulus Grab MRT Station @2023
On the way to Lebak Bulus Grab MRT Station @2023
Miscellaneous photos of Jakarta Selatan @2023
Boiled Corn seller at Blok M Square @2023

Jan 14, 2023

TODAY IS FRIDAY THE 13TH

Old tree at Jalan Bulungan @2023

 Jumaat, 13 Januari 2023.

Tengahari wak berlarian ke masjid RSPP (Rumah Sakit Pusat Pertamina).
Seperti biasa wak solat di lantai 2.
Boleh terlelap seketika selepas solat.
Bila bangun tinggal wak seorang sahaja dilantai atas ini.

Selepas itu mahu makan nasi ayam penyet berdekatan.
Boleh pula ayam kehabisan.
Terpaksa tukar ke ikan nila.
Ga ada tempe dan tauhu goreng.
Minta sop kosong.
Nyaman juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

I saw this old man at the same place since yesterday @2023


Looking outside from the meeting room @2023
Masjid RSPP @2023
Nasi Ikan Nila Penyet @2023

Jan 13, 2023

19 JAMADIL AKHIR 1444

An apple a day keeps the doctor away @2023

 Khamis malam Jumaat, 12 Januari 2023.

Pagi berlarian ke kantor potong rumput.
Alone matcham biasa.

Lagi dua purnama mahu masuk bulan Ramadhan al mubarak.
Aminn ya robbal alamein.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Zoom in to a half moon this morning @2023
Jalan Bulungan Jakarta Selatan

Jan 12, 2023

THIS WEIGHT I CARRY EVERYDAY

My daily backpack @2023

 Rabu, 11 Januari 2023.

Sebenarnya sudah lama wak cadang mahu beli ketel (cerek) air.
Di tanahair wak tengok harga jenama Tefal pun sudah mencecah rm200.
Kalau yg tiada jenama dapatlah dalam rm50.

Tapi bila wak periksa ketel air atas talian di seberang.
Boleh pula harga menjadi belasan ringgit sahaja.

Maka kelmarin (Senin) wak sudah pesan ketel air atas talian.
Mahu bayar ada masalah teknikal pula.
Nasib baik boleh COD (bayar masa terima).

Petang tadi kebetulan wak ada di kantor.
Semasa budak penghantaran tiba di lantai 5.
Maka wak pun bayarlah harga COD - 58rb (rm16).
Wak kasi uang 70rb - simpan uang lebihan.

Nota lain lalat.
Minggu lepas sebelum wak berangkat ke seberang.
Wak ada pergi farmasi berdekatan.
Wak beli ubat kolesterol untuk 2 bulan.
Kemudian wak beli ubat demam dan selesema (mengantuk).
Boleh pula misi kaunter tu tawarkan pil Vitamin C.
Wak layan sahaja.
Wehh, siapalah tak mahu sihat senantiasa kann.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Vitamin C pills - Citrus C Bioflavonoid @2023

Jan 10, 2023

JALAN KYAI MAJA

On Jalan Kyai Maja Jakarta @2023

Selasa, 10 Januari 2023.

Petang sudah berlarian pulang dari kantor potong rumput.
Singgah di Blok M Plaza mall.
Masuk ke supermarket beli 4 buah epal hijau.
Dan juga beli sabun mandi.
Total damage = 99,5rb (rm30).

Nota lalat.
Kiai Maja. Sosok ulama di era kolonialisme itu kini berada di Sulawesi Utara (Sulut). 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

HARI-HARI MAHU MAKAN TELUR REBUS


Macet at Block M Plaza mall @2023


 Senin, 9 Januari 2023.

Dalam perjalanan pulang ke kost.
Petang sudah berlarian ke Blok M Square mall.
Tujuan mahu mencari dan membeli penyambung LAN untuk laptop wak.
Di kedai no 1 dijual dengan harga 475rb. rm133
Tak jadi beli sebab terasa mahal sangat.
Wak angkat beg dan mahu terus pulang.
Tapi tiba2 terasa mahu ke kedai yg lain di belakang.
Jumpa kedai no 2 menjual penyambung yg sama.
Tapi dengan harga yg lebih murah, yakni 275rb. rm77

Dan sempat singgah di kedai Indomaret (7 eleven).
Beli telur 10 biji dan roti Primebread (Gardenia).

Nota lalat. Semalam wak sudah tambah nilai pulsa henfon. 100rb rupiah. Tapi tiada pakej sebulan yg murah dan menarik. Jadi wak pakai pakej seminggu (7 hari sehingga tanggal 14) yg berharga 9,9rb dgn data 1 GB sahaja. Ini disebabkan ada kemudahan wifi di kost dan di kantor potong rumput.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 9, 2023

A TRAVEL DAY

Descending to Soekarno Hatta Airport @2023 Jakarta
Can you see the other airplane on the clouds?

Ahad, 8 Januari 2023.

Hari ini hari perjalanan atas kayangan ke seberang.
Ini adalah pengembaraan atas urusan kantor potong rumput untuk kali ketiga.
Perjalanan kali pertama bisa diintip di SINI.
Perjalanan kali kedua bisa disantet di SINI.
Semoga dipermudahkan.
Aminn ya robbal alamein.

Nota tambahan lalat.
Salam gaiss. Cuma nk share pengalaman naik public transportasi di Jakarta. 2 pilihan nk balik ke kost (rumah sewa). Kalo naik grab tambang dr bandara (airport) 240rb (rm70). Kalo naik skytren kayangan 70rb (rm20) pastu amek grab di stasiun BNI City 40rb (rm11). Jd ada penjimatan disitu. Kalo nk lg jimat leh amek skytrain pd masa tertentu 30rb (rm8 sahaja). Amin

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 8, 2023

MAKAN DURIAN SOL SOL SOL LEBIH SEDAP DARI BACA CERITA SYAMSUL YUSOF

Harian Metro today @2023

Sabtu, 7 Januari 2023.

Petang tadi teringin pula makan durian kampung.
Harga rm16 sekilo.
Kalo dua kilo sudah jadi rm32.

Nota lalat.
Kelmarin wak ada pesan penggosok seterika baju (iron) di shopee.
Jenama Tefal. (rm183).
Tapi bila sudah buat pembayaran.
Baru tersedar tersilap alamat rumah pula.
Terpaksa buat pembatalan.
Kemudian semalam wak pesan lagi iron di penjual yg sama.
Kalau ikutkan tarikh penghantaran akan tiba pada 11haribulan.
Yakni paling cepat 4 hari lagi.
Isteri wak (yg itu) sudah kecoh membebel2.
Dan petang tadi tiba2 wak terima mesej.
Katanya iron sudah selamat sampai di rumah hinggap wak itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Durian kampung @2023
Pantun Perigi Mencari Timba @2023 Bangi
Universiti Kebangsaan Malaysia @2023 Bangi

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.