Selasa, 18 Oktober 2022. Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Pagi2 tadi wak sudah berlarian ke kantor potong rumput. Wak pertama kalinya pesan nasi uduk dengan rakan2 kantor. Mereka sudah biasa beli setiap pagi melalui mas riCKY.
Tengahari tidak keluar makan siang seperti selalu. Wak tidur sekejap.
Petang, eh udah malam sebenarnya, wak naik Grabcar pulang ke kost. Disebabkan banyak lagi bekalan maggie paket dari Malaysia. Maggie asam laksa masak bodoh sudah.
Nota lalat. Di sini memang tiada maggi mee dijual. Tapi di Malaysia bersepah2 jualan Indomie dalam pasaraya khannnns. Entah siapa yg salah, wak pun tak tahu. Huhuhu.
Ahad, 16 Oktober 2022. Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Pagi2 tadi sudah berlarian ke Bundaran HI dengan mgr EIN. Mula2 mahu naik bas di halte kecil, bis nomor 1N atau 1P. Tapi bila periksa semula, kedua2 bis tersebut mula beroperasi jam 10am.
Kemudian berlarian ke stasiun Masjid Agung. Untuk naik bis nomor 1. Olehkerana wak cuma ada satu kartu bas JakLingko. Bila ditanya, mba petugas bilang sudah kosong, maksudnya habis. Maka kami tidak dibenarkan masuk ke stasiun bis itu. Sebelum ini satu kartu boleh digunakan untuk ramai orang.
Terpaksa berlarian lagi ke stasiun MRT Asean. Wak tambah nilai kartu sebanyak 100rb. Mgr EIN sudah ada kartu MRT yg wak berikan pada lawatan kerja terdahulu.
Naik MRT terus ke stasiun Bundaran HI. Bila ikut arahan pakcik google. Pin roti canai Ikhwan tidak wujud pula disitu. Sehingga kami berjalan sampai simpang depan gedung Sarinah.
Terpaksa tanya rakan2 dalam kumpulan we-ah (baca, WA - whatsapp group). Dan diarahkan berpatah balik dua stasiun MRT.
Dipendekkan cerita, ketemu juga akhirnya gerai itu. Rupanya berdekatan stasiun MRT Setiabudi. Tapi waktu sudah lewat sangat, hampir jam 11.00am. Nasi lemak pun sudah kehabisan.
Wak pesan roti canai telur dan kemudian tambah roti kosong. Air teh tarik potong kaki punya.
Tapi kelam kabut juga disebabkan jalan besar mahu diberilaluan kepada kenderaan bermotor. Hari ini kan hari minggu tanpa mobil (baca, car free day). Dari jam 7am sehingga 10am.
Kemudian mgr EIN ajak ke gedung Mangga Duamall naik Grabcar. Semalam kan sudah pergi ke Mal Ambassador Kuningan. Siap ambil banyak sebutharga laptop mengikut piawaian. Tapi mgr mahu beli laptop yg lain.
Lama juga di dalam gedung itu. Sempat lagi wak bersolat zohor di musholla nun jauh di bawah parkir. Dan sempat lagi wak kena paw guna kartu kredit beli cakera keras luaran (baca, external hardisk). Harga dipatok kad kredit untuk 2 hardisk ialah 2,317,000 (rm704).
Pulang dari mall ke kost. Wak pesan Grabcar. Masuk parkir 5rb (rm1.52). Tol 10,2rb (rm3.10). Tambang grab 73k (rm22.19). Total 88.5k (rm26.90).
Kamus lalat. Ratangga - Gubernur DKI Jakarta pak Anies Baswedan memberikan nama "Ratangga" untuk keretapi yang digunakan sebagai moda raya terpadu (MRT) yang beroperasi di Ibu Kota Jakarta. Ratangga diambil dari kitab Arjuna Wijaya dan Sutasoma karya Mpu Tantular. Nama itu diberikan pak Anies pada 10 Desember 2018, beberapa waktu sebelum MRT Jakarta diuji coba secara publik pada 12 Maret 2019. Nama Ratangga dalam bahasa Sansekerta dimaknai sebagai "roda" atau "kereta". Sementara dalam kitab kuno yang diacu oleh pak Anies, Ratangga berarti kereta perang.
Sabtu, 15 Oktober 2022. Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Ini adalah entri ketiga wak paparkan untuk hari ini. Sambungan dari Tugu Monas dan Museum Nasional pagi tadi.
Dari muzium, wak naik bis nomor 1 dan turun di halteKaret. Kalau ikut pakcik google boleh jalan kaki sepelaung dan naik bis nomor 6D. Tiba di halte Underpass Karet dan tunggu selama 15 minit. Tiadalah kelihatan bis yg ditunggu2.
Jadi, wak terus pesan Gojek motor. Dan langsung ke Mall Ambassador Kuningan. Sebab menemankan mgr EIN mahu beli laptop lagi katanya.
Seperti biasa, walaupun sudah berjanji mahu ketemu jam 3 sore. Wak juga terpaksa menunggu sehingga sejam. Berhuhu lah wak seperti biasa.
Mall Ambassador. Mal Ambasador, Kuningan merupakan pusat perbelanjaan yang besar dan lengkap. Ratusan gerai (2022 kebanyakan sudah ditutup) menjual berbagai produk fashion, elektronik, handphone, komputer, buku, makanan dan lain-lain berada di sana. Selain itu juga Mall Ambasador, Kuningan letaknya bersebelahan dengan ITC kuningan yang dihubungkan oleh jembatan di dua lantai.
Dari taman Tugu Monas. Naik bis 5C ke halteMonas. Bukan jauh pun untuk berjalan kaki, tapii.
Masuk museum kena bayaran 15rb (rm4.50) untuk rakyat tempatan. Sepatutnya wisata asing (baca, foreigner) membayar tiket 25rb (rm7.63). Nasib baik penjaga kaunter itu tidak minta kad KTP.
Museum Nasional yg agak luas. Ada dua bangunan yg besar.
Info lalat. Museum Nasional Republik Indonesia, atau yang sering disebut dengan Museum Gajah, adalah sebuah museum arkeologi, sejarah, etnografi, dan geografi yang terletak di Jakarta Pusat dan persisnya di Jalan Merdeka Barat 12. Museum ini merupakan museum pertama dan terbesar di Asia Tenggara.
Kamus lalat. Museum = muzium
Blog bukanlah hakmilik kekal.
The National Museum of Indonesia, is an archeological, historical, ethnological, and geographical museum
The National Museum of Indonesia, is an archeological, historical, ethnological, and geographical museum
The National Museum of Indonesia, is an archeological, historical, ethnological, and geographical museum
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see the photos.
The National Museum of Indonesia, is an archeological, historical, ethnological, and geographical museum
The National Museum of Indonesia, is an archeological, historical, ethnological, and geographical museum
The National Museum of Indonesia, is an archeological, historical, ethnological, and geographical museum
Sabtu, 15 Oktober 2022. Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Pagi2 tadi wak sudah berlarian ke halte bis. Depan Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR). Untuk ke taman tugu Monas. Naik bis nomor 1P langsung ke pintu gerbang Monas. Kalau naik bis nomor 1N langsung ke Tanah Abang - kenan jalan kaki yg agak jauh lagi.
Naik tram ke pintu masuk membeli tiket. 15rb (rm4.50) untuk seorang dewasa.
Nota lalat. Waktu dibuka: 8am - 4pm; 7pm - 10pm.
Terpaksa menunggu dekat 2 jam untuk giliran naik lif ke puncak. Dari jam 9.13am hingga jam 11.00am mundar mandir di bilik pameran. Malangnya tiada kerusi disediakan. Dan tiada kafe atau kopitiam.
Jam 11.03am sudah berada dibawah lif. Tunggu setengah jam lagi untuk naik lif.
Tiba diatas, bukannya lama pun. Tak sampai 10 minit sudah bosan mahu turun pula.
Jumaat tengahari, 14 Oktober 2022. Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Tengahari tadi wak sudah berlarian ke masjid agung al-Azhar. Tidaklah jauh sangat dari kantor potong rumput ini. Di sebelah masjid ada Universitas Azhar Indonesia (UAI).
Masjid yg besar dan agak unik. Masjid warna putih keseluruhannya.
Usai berwuduk, wak terus masuk ke dewan dibawah. Hairan juga sebab tidak kelihatan mimbar imam. Mula2 wak tercari2 juga. Rupanya ada dewan utama di lantai atas.
Usai solat jumat berjemaah tadi. Ada makcik Indonn tiba2 tanya dimana tempat solat cewek. Wak pun tunjukkan di dewan bawah. Wak sudah jadi pemandu pelancong pula. Memang tadi wak perasan ada kawasan kecil satu saf di belakang dewan untuk wanita.
CEKAK MUSANG VS TELUK BELANGA
Balik dari masjid agung tadi. Didalam lif kantor ramai lah pula rakyat indonn. Ada yg bertanya tentang baju melayu merah menyala teluk belanga yg wak pakai hari ini. Kerana ramai daripada mereka yg memakai baju batik hari jumaat yg mulia ini.
Jumaat, 14 Oktober 2022. Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Mula2 ditanya, mgr EIN mahu ke kantor jam 8.00am. Sebab sudah lama tidak bersenam. Jadi pagi2 wak sudah berjalan2 kaki di sekitar kost. Jarak adalah 2.1 kilometer sahaja.
Kemudian bila ditanya lagi kepada mgr EIN, Dia tersakit perut lah pula. Mungkin mgr EIN bercuti sakit hari ini.
Jadi wak pun berjalan kaki ke kantor juga. Bareng sama bro farHAN.
Apps lalat. Relive - The Relive app combines performance tracking data from cyclists or runners with Esri digital maps and makes a short animation video in 3D that shows about a minute's worth of highlights of the athlete's treks.
Petang tadi memang cadang mahu ke plaza Blok M. Wak mahu beli beberapa barangan kost di pasaraya Farmer's Market. Tapi sekarang kan sudah musim hujan. Bila buka apps Grabcar dan Gojek. Dengan keadaan macet di kesemua arah. Tiada supir yg mahu mengambil pesanan.
Kemudian wak tukar destinasi ke kost pula. Secepat kilat pak supirGojek terima. Tidaklah terlalu lama menanti.
Bila pak supirGojek tiba. Kami pinta untuk dihantar ke plaza Blok M juga. Pak supir ikut sahaja dengan harga tambang yg sama ke kost.
Tapi masalahnya dengan pemandu supir Grabcar dan Gojek disini. Mereka jarang2 ada wang ceceran. Terpaksalah sedekah 2 ribu 3 ribu.
Kalau wak seorang diri bolehlah pesan Grabbike. Naik motor pakai baju hujan pun gapapa.
Pagi tadi pun wak berlarian ke kantor dgn mgr EIN. Terpaksa naik Grabcar.
Tengahari wak menemani mgr EIN ke Jalan Hang Jebat. Nak makan kuetiaw goreng, katanya.
Petang juga terpaksa melayan kehendak mgr EIN. Untuk mengemaskini kerja2 potong rumput di kantor. Mgr EIN pesan makanan mekdi sahaja.
Hampir jam 9pm, baru bergerak pulang. Budak kantor, mas riCKY menunggu kami sahaja sehingga usai kerja. Boleh pula wak tertinggal beg sailang di kantor dilantai 5 tadi. Terpaksa terkejar2 semula naik atas. Walaupun pak supir Grabcar sudah tiba di lobi.
Ooh. Sekarang masuk waktu solat pun sudah awal benar. Asar masuk jam 2.45pm. Dan subuh masuk jam 4.15am.
Selasa, 11 Oktober 2022. Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Semalam kan wak sudah makan buah potong dari pasaraya Lotte itu. Tengah malam tadi sudah terasa memulas2 perut.
Pagi tadi sebelum ke kantor. Wak sudah bermuntah2an di WC. Gara2 buah potong yg sudah basi itu.
Dan kepala wak pun makin lalok masa ke kantor menaiki Grabcar. Sehingga tertinggal hape (baca, henfon) wak di kerusi di luar kost. Dan terpaksa bro aNAS meminta bantuan bro niZAM untuk membawanya ke kantor pula.
Dan bila pulang dari kantor. Hujan pun turun dengan lebat dalam kegelapan malam. Terpaksa naik Grabcar bersama bro aNAS dan mgr EIN. Tapi kejadian macet luarbiasa di Jalan Hang Tuah. Memaksa pak supir melalui jalan yg lebih jauh dan muter kembali ke jalan yg sama.
Apps lalat. Shazam - Shazam is an application that can identify music, movies, advertising, and television shows, based on a short sample played and using the microphone on the device.