Apr 8, 2018

DAY 1: LUMUT



Perjalanan yg agak jauh harini limpas Sungkai.

Jalan-jalan disekitar pekan koboi Lumut mencari sekeping poskad tempatan. [+ A Postcard I Want ]

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 18, 2018

SHARING THE SAME BIRTHDAY

Welcome to Legoland Malaysia @2018

Rabu, 14 Mac 2018 adalah harijadi anak lanang bocah cilik. Harijadi Albert Einstein pun jatuh pada tarikh yang sama.

Sabtu, 17 Mac 2018, penulis menemankan bocah cilik ke Legoland. Penulis ingatkan boleh lagi pesan tiket atas talian semalamnya. Setelah mencuba berkali-kali, akhirnya penulis akur bahawa tempahan tiket harus dibuat 7 hari sebelum. Kebetulan, penulis terjumpa laman fesbuk Legoland, seorang ulat tiket, dan terus memesan tiket utk keesokan harinya (Sabtu). Sebenarnya kan, penulis boleh sahaja beratur di kaunter tiket di Legoland itu. OTL

Sabtu malam pula, penulis temankan bocah cilik menonton wayang Lara Croft 2018. Tengok di Today's Market sudah.

Nota klasik lalat. Takperlah, Me Pass (2012)  kali terakhir penulis ke Legoland.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


They are sharing the same birthday every year!



Star Wars @2018

Legoland castle from rotating tower @2018.

The pharaoh at Legoland @2018

Taj Mahal at Miniland @2018.

Succesfully completing the Lego Mindstorm workshop with pretty Miss Farah @2018

After the last ride with Virtual Reality roller coaster @2018

Feb 17, 2018

CUTI BODO CINO



Jumaat, 16 Februari 2018. Tahun Baru Cina.

Sempat balik kampung, penulis berjumpa abang ipar (suami arwah kakak penulis) pasal urusan penjagaan kebun sekangkang kera dan upah penjualan buah cempedak. Agak lumayan juga. Sambil memetik buah rambutan yang sudah lama masak ranum menjadi hitam. Dan memetik buah limau nipis itu.

Sabtu pula penulis sempat menghadiri jemputan kahwin bekas rakan asrama di Taman Scientex Kulai (bukan Taman Scientex Pasir Gudang ya). Kesesakan lalulintas dari plaza tol Skudai menghala utara yang agak luarbiasa sempena cuti raya cina.

Kamus lalat. Bodo = raya, Cino = Cina

Blog bukanlah hakmilik kekal.










Dec 25, 2017

CHRISTMAS DAY DRIVING GRAB XL WITH PERIOD STAIN

 


Isnin, 25 Disember 2017.
Hari Krismas.

Driving Grab XL di KL.
Cerita Period Stain on My Cab di SONO.



Dec 18, 2017

ROS MAHAL

The Tun Razak Exchange, TRX, is an iconic 70-acre development in the heart of Kuala Lumpur that is set to become a leading centre for international finance and business. Tun Razak Exchange is located in on the eastern edge of Kuala Lumpur's central business district, sandwiched between Bukit Bintang, Pudu, Cochrane, Kampung Pandan and Ampang Hilir. The Royal Selangor Golf Club is across Jalan Tun Razak, as well as RHB Bank's national headquarters and Zouk KL. [ Wikipedia 2017. ]

Arakian diceriterakan orang akan satu bangunan mercu tanda baharu yang sedang dalam pembinaan dengan gigihnya. Tun Razak Exchange (TRX) atau Menara Najib untuk isteri yang amat dicintai seperti bangunan "Taj Mahal" di Indon. Tiadalah bangunan lain yang lebih tinggi daripada menara berkembar Petronas KLCC itu kecuali menara ini juga. Kemudiannya akan dinamakan "Ros Mahal" juga adanya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 3, 2017

THIS IS THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG

Today is my last day working here in MMHE Yard, Pasir Gudang. Bye-bye, au revoir.

Pejam celik pejam celik tidak sedar rupanya penulis memotong rumput di padang yg tandus ini hampir setahun juga. Alhamdulillah. Esok mula bertanam tebu semula. Kata orang,
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Nota lalat. Ini adalah entri terakhir penulis buat masa ini. Jumpa kawan-kawan dilain masa dan dilain waktu dan ketika. InsyaAllah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 2, 2017

NASI ARAB AL HANIN BAYAR SESUKA HATI

Nasi Arab Al-Hanin Taman Rinting.

Esok adalah hari terakhir penulis bertugas memotong rumput di sini. Tengahari tadi, ada rakan sekerja penulis yang ingin belanja makan nasi arab bayar sesuka hati, katanya. Terimakasih daun keladi. Amin



Blog bukanlah hakmilik kekal.

Thanks kawan-kawan, Azemi, Wak Kamsol, Zaime, John.

Pay as you feel.

Nov 1, 2017

MY FIRST GRANDCHILD

My first granddaughter and grandchild was born yesterday, 31 October 2017 in Hospital Kuching, Sarawak.
Photo credit: aDm

Alhamdulillah, pagi tadi penulis mendapat berita gembira dari anak lanang yang sedang berada di seberang Laut Cina Selatan yang sedang menemani isteri beliau menjalani operasi caesar. Dalam jam 11.11pagi, cucu pertama wedok penulis, Mihrimah Sophia, telah selamat disambut. Alhamdulillah sekali lagi. Amin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 30, 2017

BERENANG-RENANG KE TEPIAN



Pagi Ahad yang biasa-biasa. Penulis telah berenang-renang ke tepian tambak untuk kali kedua pada bulan ini. Untuk membeli suratkhabar dan sebongkah berlian.

Untuk baca entri pada awal bulan: Today I Took A Wrong Turn.

Nota kemaskini lalat. Kelmarin, penulis telah membuat pemeriksaan dara setelah 3 bulan makan ubat kolesterol setiap hari. Keputusan kadar kolesterol kembali normal.  Entri yg dulu: Blood and Urine Screening Test.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 29, 2017

BUAI LAJU-LAJU SAMPAI TANJUNG BUAI



Kelmarin penulis telah berlarian ke Tanjung Buai. Kali terakhir penulis sampai disini pada tahun 2011: Tanjung Buai, Buai Laju Laju.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.