![]() |
| Gunung Pulai view from Kampung Maju Jaya | Jalan Sawah | Johor 2017 |
Usai melawat kebun pusaka, dalam perjalanan pulang di tengahari yang panas terik berdeting, sempat lagi penulis singgah di warung cendol ditepi jalan untuk pekena air ABC biasa. Bila penulis pesan mee bandung, kebetulan tuan punya warung (K) yang penulis kenal dari zaman persekolahan terus menelefon isteri yang tinggal di rumah mereka sepelaung saja dari situ. 5 minit, isteri dengan anak menaiki motorsikal. K punya dua orang kakak, F dan Z. F sekarang mengikut suami tinggal di Gerik Kedah, manakala Z menjadi guru besar di Sekolah Kebangsaan Pontian Besar. Ahh, itu cerita lama, 30 tahun yang lampau. Kalau diingat, luka lama berdarah kembali, luka yang baharu nak letak dimana uoolss. OTL
Nota lalat. Takziah untuk keluarga becik Salina Sapikon kerana kehilangan anak dara beliau dalam kemalangan maut semalam (Jumaat).



































