Dec 26, 2015

MENANGI PETROL RM10 RIBU SEHINGGA CALTEX BANDAR PUTRA KULAI

Big Fuel Giveaway contest, Caltex Bandar Putra, Kulai

Sila goyangkan inul tetikus pembaca pada gambiran sekiranya ingin melihat imej latarbelakang yang jelas. Untuk pengguna tab atau iPad, sila tap 2 kali pada gambiran tersebut.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 25, 2015

DAMN A NEW ORDER AND WE WILL BE REPLACED



Masa dalam perjalanan menyusuri jalan di bandar Seremban pagi kelmarin, mata penulis tertancap pada sebuah kedai mainan bernama De Toyz. Sejam kemudian penulis kembali dan tiba di depan pintu kedai 5 minit sebelum pintu dibuka. Mulanya hanya sekadar jualbeli tingkap (baca: window shopping) tetapi akhirnya terbelilah juga 2 patung mainan Star Wars itu. Demm.



Blog bukanlah hakmilik kekal.





Some photos from the Christmas Day 2015

BLOG AKU PERGI MUZIUM NEGERI, KOTA LUKUT DAN MUZIUM ANGKATAN TENTERA DARAT

Masjid Negeri, Seremban.

KELMARIN penulis telah berlarian ke tiga buah muzium di Negeri Sembilan. (Total photos: 23). Tujuan utama penulis hendak mencari poskad Negeri Sembilan tetapi tidaklah ditemui.

Satu. Muzium Negeri di Jalan Sungai Ujong.
Dua. Kota dan Muzium Lukut.
Tiga. Muzium Angkatan Tentera Darat, di Pekan Sirusa.

Sebelum itu, penulis telah singgah di Masjid Negeri, Seremban dan juga kedai De Toyz untuk membeli beberapa patung mainan Star Wars. Link: Gambar patung Star Wars.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Rumah Contoh Negeri Sembilan
Replika Batu Megalitik Pengkalan Kempas.




Istana Ampang Tinggi


aQi at the Rumah Contoh's window


inside Rumah Contoh


Quranic calligraphy art 


Rumah Contoh Negeri Sembilan

The main complex with Minangkabau roof style


Stamp Gallery


Old Negeri Sembilan stamp


wooden box for inked thumbprint


Registered markup

Domestic mail


Megalithic stones replica


Tepak sirih dan kacip pinang


Istana Ampang Tinggi

Di Kota dan Muzium Lukut:
Keris, the Malay weapon


aQi with Chinese miners

Kota dan Muzium Lukut

Di Muzium Angkatan Tentera Darat, Sirusa:
The combat fighter

The engine

The helicopter

Dec 24, 2015

HADIAH SEGMEN APAKAH SAYA TELAH DITERIMA



ALHAMDULILLAH hadiah dari segmen Apakah Saya anjuran cik kak Fida Z Ein telah selamat penulis terima kelmarin. Punyalah banyak hadiah yang penulis terima iaitu sekotak 25 uncang teh Bharat, 3 jibik magnet petisejuk (baca: Fridge Magnets) dari Sarawak dan Cameron Highlands, bakul kayu dan bijirin lada hitam kailan.

Terimakasih penulis ucapkan semoga kita terus menjadi rakan siber yang baik-baik sahaja. Amin.

Nota pautan lalat. Entri penulis pasal Segmen Apakah Saya di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 23, 2015

SAYANG SAYANG SAYANG



KELMARIN penulis telah berjaya mendaftarkan anak lanang bocah cilik penulis itu masuk darjah satu sekolah agama. Ada kekalutan dalam aturcara majlis Minggu Ukhuwah Sekolah (MUS). Mula-mula disuruh datang jam 7.30 untuk upacara majlis, perasmian, ceramah motivasi keibubapaan dan ikrar. Majlis dijangka selesai jam 10 pagi. Tapi jam 8pagi cikgu-cikgu baru terhegeh-hegeh hendak menyiapkan meja pendaftaran ibubapa, dan juga pentas penceramah. Dan bila jam 8.30pagi, pengacara majlis membuat pengumuman bahawa pendaftaran anak dan pembayaran yuran dibuat dahulu sebelum majlis bermula.

Dipendekkan cerita, majlis bermula jam 9.30 pagi, melayan ceramah Ustaz selama sejam dan pengenalan sekolah oleh guru berbadan besar selama sejam juga dan majlis tamat jam 11.45 pula. "Sabar sajerlah kanda," bilang isteri penulis melalui khidmat pesanan ringkasnya (baca: sms).

Cuma penulis rasa tergelak juga melayan penceramah motivasi Ustaz yang berjenaka bertanya pada para makcik bagaimana berkata sayang kepada suami yang tersayang dengan 15 kali perkataan sayang sambil menghitung mengguna jarinya.

Nota lalat. Ada beberapa perkara yang penulis tidak berapa puas hati juga. Pertama, pasal catuan air di bilik tandas murid-murid yang amat kotor. Kedua, faktor keselamatan dimana longkang kecil tidak ditutup dengan sempurna yang mengakibatkan ada kanak-kanak yang terjatuh kedalamnya. Dulupun pernah berlaku pada anak wedok disekolah yang sama.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 22, 2015

COMIC FIESTA 2015

The ticket belong to aQi.

KELMARIN penulis menghantar kaum kerabat penulis dan rakan-rakan mereka ke Pesta komik (baca: Comic Fiesta 2015) di The Mines. Tetapi penulis tidaklah masuk ke dalam dewan pameran dan hanya mengambil gambiran di luar sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The arrival.

kyone and Ringo Hana.

Early birds please enter here.

mr yoo and some.

apparently, this will hit somebody!

Early birds crowds..

On-site registration..

it looks heavy.

three girls

they come with costumes

so blue

waiting for friends..

aQi and his KL's friend

some costumes are fully and semi-synthetic (ooops)

more costumes..

honoka kosaka (left) and hunting cap brothers (right)

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.