Nov 20, 2015

BLACK WIDOW | PERAWAN ATAU JANDA

Black Widow at Lorong Haji Taib 1

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 20/30
Post of the Day: 1/4

KELMARIN usai dari tugasan memotong rumput, penulis terus merempit ke Chow Kit. Tiadalah apa-apa tujuan, kecuali merakam gambar sekeping dua sudah. Tiadalah penulis menunggu hingga larut malam dan melakukan sesuatu yang sumbangsih disitu.

Nota lalat. Pasal nama jalan Lorong Haji Taib,

Lorong Haji Taib adalah diambil dari nama asal seorang yang bernama Haji Mohamed Taib bin Haji Abdul Samad yang berasal dari Batusangkar, Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia (1858-1925). Kawasan Lorong Haji Taib dan kawasan sekitarnya menjadi buah mulut orang kerana sering dikaitkan sebagai daerah lampu merah Kuala Lumpur berikutan terdapat ramai pelacur luar dan dalam negara yang beroperasi di sini. Selain itu banyak penagih dadah dan bapuk menjalankan kegiatan mereka di kawasan ini. Keadaan ini mencemarkan nama seorang bergelar haji di sini. - wikipedia

Nota lalat lagi. Pasal tajuk lagu Perawan atau Janda nyanyian Cita Citata,


♪ ♪ Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang menawan, janda lebih menggoda
Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang cantik, janda lebih menarik

Kalau abang pilih perawan
Masih muda masih segelan
Belum disentuh orang
belum berpengalaman

Kalau abang pilih janda
Sudah pasti lebih dewasa
Sudah bermain cinta
Banyak pengalamannya

♫ ♫ Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang bohai, janda lebih aduhai ♫ ♫

Kamus lalat. Indon maksud makna arti erti sinonim.
segelan = ?
bohai = cun, seksi

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Nov 19, 2015

LEGO ROBBER BY ERNEST ZACHAREVIC

Lego robber and young girl painting by Ernest Zacharevic.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 19/30
Post of the Day: 4/4

SIAPALAH tidak kenal pelukis dinding seni jalanan (baca: street art), encik Ernest Zacharevic yang melukis banyak lukisan dinding di Pulau Pinang. Tapi bila beliau melukis dinding di bandar Johor Bahru, pihak majlis bandaraya telah memadam dengan mengecat putih akan lukisan beliau kerana lukisan beliau menggambarkan wajah Johor Bahru yang penuh dengan jenayah, ragut, kaki penipu, dan kaki perempuan. Perkara tersebut dicebekkan sahaja oleh negara jiran liliput yang anti-grafiti yang bersih, kiasu dan berdaya maju.

Nota lalat. Semasa pembikinan drama sketsa diatas, tiadalah dinding di kawasan majlis tempatan yang tertampal dengan pelekat lukisan. Harap maklum.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



GREY WILL TAKE OVER EVENTUALLY | THE FIRST POSTCARD



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 19/30
Post of the Day: 2/4

Jodoh ditentukan oleh Allah sewatu kita berumur 4 bulan didalam kandungan ibu. Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri - Ustaz Azhar Idrus

Tapi nanti kalau dah dapat jodoh, kita tak suka dengan jodoh kita itu, janganlah disalahkan takdir pula. Kata ustaz poyo (kawan penulis itu), dalam krisis rumahtangga, kalau salah suami disebabkan salah isteri, kalau salah isteri disebabkan salah suami juga. Kalau dua-dua tidak mengaku bersalah, maknanya salah faham sahaja.

Nota lalat. Updated. Sebenarnya penulis baru mendapat poskad yang pertama sejak menyertai projek postcrossing. Poskad dari Belanda yang mengambil masa 11 hari untuk sampai ke rumah merpati penulis ini. Penulis berasa amat gembira. Link: A Postcard I Want

Blog bukanlah hakmilik kekal.



I WILL NOT COPY CURIDOSA

I must not steal other people's ideas!

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 19/30
Post of the Day: 2/4

DULU penulis tidak meletakkan markah air (baca: watermark) pada gambar-gambar yang dipaparkan dalam blog lama penulis. Maka banyaklah gambar-gambar penulis itu diambil, dicuri, disunting (baca: edited) tanpa kebenaran dari penulis. Sedih kan? Sakit dalam hati siapalah tahu. Tapi penulis kagumlah juga, ada setengah blogger tanpa letak markah air pun tiadalah siapa yang berani mengambil dan mengaku hakmilik mereka.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



SUNFLOWER SEED & PLANT



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 19/30
Post of the Day: 1/4

MASA dalam perjalanan pulang dari pejabat peguam rumah di Menara Pelangi, penulis sempat lagi berhenti di kedai hiasan dalaman yang ada pokok bunga matahari diluar kedainya. Lagi 2 3 minggu bunga matahari akan berkembang dengan cantiknya. Dan ramailah nanti kumbang-kumbang Bangla akan berkerumun disini merakamkan gambiran selfie.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 18, 2015

GET OFF THAT STUMP



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 19/30
Post of the Day: 1/4

BEBERAPA tahun dahulu, pihak pengurusan telah menebang separuh pokok didepan rumah merpati penulis yang ini. Penebangan itu membolehkan penulis melihat pemandangan Kuala Lumpur dengan luas semedang. Tapi olehkerana pokok itu masih tumbuh membesar dengan ranting dan daun yang rendang, maka penulis khuatir juga kalau pemandangan ibukota akan terhalang. Kalau tidak, penulis akan memanjat anak tangga diluar rumah yang lebih tinggi untuk mengambil gambiran KL diwaktu malam yang hening dan sepi. Tapi kelmarin tiba-tiba penulis lihat pokok itu sudah ditebang paras pangkalnya. Penulis pun tidak tahu kenapa pihak pengurusan berbuat begitu, tapi yang pasti suasana depan beranda rumah merpati penulis yang ini akan menjadi panas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

LOST IN KL

Damn! Where is the blue line?

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 18/30
Post of the Day: 3/4

Kapten Amerika: Hulk, kau ikut garisan hijau sebab kaler kau hijo!
Hulk: Ya, tuan.
Kapten Amerika: Ironman, kau ikutlah merah!
Ironman: Siap, boss!
Kapten Amerika: Jap, mana garisan biru? Demm.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

NESCAFE IN A NIKON LENS TUMBLER



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 18/30
Post of the Day: 2/4

KELMARIN penulis telah menggeledah bilik stor tempat menyimpan barang lama dan terjumpa tumbler Nikon diatas dan terus penulis buka dan guna untuk bekas air minuman. Bancuh air nescafe paket 3 dalam 1 sudah.

Teringat penulis tahun lepas semasa taksub menyertai peraduan Nikon dan Nescafe. Tumbler Nikon itu penulis dapat hadiah peraduan fotografi, manakala camca sudu Nescafe itu penulis pun mendapatnya ketika menyertai peraduan yang akhirnya memenangi 2 mini ipad. Tetapi itu cerita lama, buat kenang-kenangan anakanda cucunda cicitnda penulis sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

GOOD MORNING KEY ELL



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 18/30
Post of the Day: 2/4

Selamat pagi Kuala Lumpur.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 17, 2015

ADA GAJAH DIBALIK BATU



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 17/30
Post of the Day: 4/4

SUDAH lebih 6 tahun penulis membeli rumah merpati yang ini dari pemilik seorang kakak ibu tunggal. Bukan apa, penulis tiba-tiba teringat masa penulis membeli rumah lelong ini. Sungguh kasar dan kurang sopan kakak itu, dan penulis pun tidak berpeluang mengenalinya.

Rumah ini pun direnovasinya dengan tidak sempurna. Sekarang masalah mozek lantai yang mula beralun dan jubin dinding dapur yang mula tanggal tampalan simennya. Mungkin juga rumah merpati ini sudah dimakan usia. Pasal lantai dipasang tidak serata dan beralun yang bakal meletup bila-bila masa dibilik tidur utama ini menyebabkan pintu bilik tersekat dan sukar ditutup.

Dan penulis juga teringat pakcik indon kontraktor cekik darah itu yang kata kipas siling cap aiyam yang penulis beli dulu cuma boleh bertahan 6 bulan sahaja, namun sekarang sudah lebih 6 tahun masih bisa berpusing ligat juga.

Nota lalat. Pasal tajuk entri dari lirik lagu Wali Band bertajuk ada gajah dibalik batu, seperti peribahasa melayu ada udang dibalik batu.

♪ ♪ ada yang lagi dekatin aku
aku pura-pura tak tahu
tiap hari nanyain aku
udah makan? udah mandi? udah tidur?
udah udah udah udah nanya melulu ♫ ♫

♪ ♪ ada gajah di balik batu
batunya hilang gajahnya datang
aku tahu maksud dirimu
diam-diam suka padaku ♫ ♫

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MAJLIS ILMU DALAM BAS EKSPRES

On Pasir Gudang highway.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 17/30
Post of the Day: 4/4

DALAM perjalanan ke ibukota malam kelmarin, pemandu bas ekspres itu telah memainkan video majlis ilmu Ustaz Azhar Idrus. Oleh kerana penulis duduk di kerusi paling hadapan, walaupun skrin LCD kecil depan pemandu, namun suara speaker memang kuat berdentum. Maka penulis layan sajalah selama lebih 2 jam mendengar ceramah.

Antara beberapa jawapan ustaz dari sessi soal jawab dihujung ceramah:

1. air ludah bukanlah najis, cuma kotor bila keluar dari mulut.
2. cawan bekas arak boleh digunakan untuk minuman biasa.
3. bacaan alfatihah wajib dilafaz dgn lidah oleh makmum tetapi tidak perlu kuat, bukan dalam hati.
4. makan semeja dgn rakan2 bukan muslim harus walaupun ada makanan tidak halal, tapi wajib keluar dari meja kalau ada air arak walaupun tidak minum dan tujuan bincang bisnes semata-mata.
5. pasal makmum yg ikut imam berlainan niat waktu solat, contoh imam solat isyak, tapi makmum solat magrib, tiada masalah, solatnya sah, cuma kalo imam dan makmun solat berlainan jenis, contoh imam solat jenazah, makmum solat magrib.
6. pasal taubat, walopon kaki botol, kaki penipu, kaki judi, kaki pompuan, sedang pegang botol arak dan sempat bertaubat sebelum mati, maka diterimalah taubatnya.
7. pasal jodoh, kalo bakal suami/isteri tak cantik tak chomey takper, leh tutup lampu. Lol.

Dihujung soal jawab it, ustaz beritahu ada 50 lebih lagi soalan belum dijawab.

Nota lalat. Mungkin agak terlambat sedikit, berikut penulis paparkan jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus bulan November 2015. Untuk kawan-kawan di lembah klang, bolehlah pergi ke majlis ilmu beliau di Cheras (28/11) dan Sungai Buloh (29/11). Selamat menghadiri majlis ilmu dan selamat beramal. Amin.

Nota lalat. Updated. Baru terperasan bank kuasa (baca: powerbank) dan kabel pengecaj (baca: cable charger) tertinggal pula dalam bas ekspres itu. ;(

Blog bukanlah hakmilik kekal.

TBS at night.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.