Showing posts with label FLOWERS. Show all posts
Showing posts with label FLOWERS. Show all posts
Dec 21, 2015
DOCTOR BRUSH
PAGI kelmarin tiba-tiba ada latihan kebakaran (baca: firedrill) di tempat penulis memotong rumput ini. Berteraburanlah penulis berlarian 13 tingkat yang mengakibatkan longgar lutut atas dan bawah.
Tiba di tempat perkumpulan, ternampaklah penulis akan tumbuhan bunga ini yang dipanggil 'berus doktor' (baca: Doctor Brush, Ceylon or Wild leadwort), atau nama saintifiknya 'Plumbago zeylanica'. Orang kampung penulis panggil 'Godong Encok' atau 'Daun Encok'.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Dec 13, 2015
SUNFLOWER SEED & PLANT: THE REVISIT
SEPERTI yang penulis jangka, makanya selepas 3 minggu penulis berlarian lagi ke kedai hiasan dalaman untuk melihat bunga matahari yang sedang mekar berkembang. Sila jolok untuk entri bulan lepas di SINI.
Dan lihatlah perbezaan saiz bunga matahari dengan anak lanak bocah cilik penulis dibawah ini.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nov 27, 2015
TUBEROSE | SUNDAL MALAM
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 3/30
Post of the Day: 4/4
Malam ini jumaat malam. Penulis hendak berpantunlah satu rangkap.
Bunga melati indah bertaut,
Sundal malam harum menyengat;
Benarkah hati sudah terpaut,
Siang malam nama teringat.
Pokok bunga sundal malam yang penulis beli bulan lepas masih belum kembang bunganya. Tapi mula mengeluarkan bau yang harum. Tidak sekuat bau minyak dari jiran India dibawah rumah merpati penulis yang ini.
Nota lalat. Pontianak Harum Sundal Malam ialah sebuah filem arahan Shuhaimi Baba. Pelakon utama filem ini, Maya Karin memegang dua watak dalam filem ini iaitu Maria dan Meriam.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nov 19, 2015
SUNFLOWER SEED & PLANT
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 19/30
Post of the Day: 1/4
MASA dalam perjalanan pulang dari pejabat peguam rumah di Menara Pelangi, penulis sempat lagi berhenti di kedai hiasan dalaman yang ada pokok bunga matahari diluar kedainya. Lagi 2 3 minggu bunga matahari akan berkembang dengan cantiknya. Dan ramailah nanti kumbang-kumbang Bangla akan berkerumun disini merakamkan gambiran selfie.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nov 16, 2015
FLOWERS AT TESCO
Tesco Seri Alam |
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 16/30
Post of the Day: 4/4
AKTIVITAS biasa dihujung minggu ialah membeli barangan dapur di Tesco bersama anak lanang dan emak anak lanang. Hari Sabtu juga adalah hari tanpa beg plastik sedunia.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Zinnia flowers |
Cactus |
Red chillies |
Green chillies |
Saba Mackerel |
Nov 12, 2015
SUNDAL MALAM ON MY VERANDA
Captain America hiding behind the green leave. |
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 12/30
Post of the Day: 4/4
AKHIRNYA berjaya juga penulis membawa pulang dari kedai bunga Sungai Buloh pokok sundal malam (Polianthes tuberosa, The Pearl, Double Pearl, Tuberose, Setiap Malam) yang sudah mula berputik bunganya itu. Sambil itu juga penulis membeli bunga raya, bunga ungu bluewigs (Torenia fournieri) dan bunga matahari.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
A sunflower (helianthus) and a purple Torenia fournieri. |
A white Hibiscus rosa-sinensis and a sundal malam (Polianthes tuberosa, Mistress of the Night). |
SOME CACTUS AND ZINNIA
SOME RANDOM PHOTOS FROM THE FLORISTS
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 12/30
Post of the Day: 2/4
SEBENARNYA banyak lagi kedai-kedai menjual bunga-bungaan yang bersusun didalam kebun bunga di Sungai Buloh itu, tapi penulis hanya larat singgah beberapa kedai sahaja. Lagipun matahari sudah semakin tinggi dan cuaca bertambah panas.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
ARUNDINA GRAMINIFOLIA
I never tired looking at this bamboo orchid (arundina graminifolia) |
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 12/30
Post of the Day: 1/4
HARI Deepavali kelmarin, pagi-pagi lagi penulis sudah berlarian ke kebun bunga di Sungai Buloh. Tujuan utama ialah menangkap gambiran bunga-bungaan dan juga mencari pokok sundal malam yang sudah berbunga.
Nota lalat. Link to 2012 visit - Menyundal bersama gadisbunga.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
various orchids |
greens |
Jun 6, 2015
AMAT BAJIK ANAK DARA NUAN
MALAM kelmarin penulis telah berlarian ke Putrajaya untuk mengambil gambiran bunga-bungaan di Pesta Floria 2015. Mula-mulanya penulis menyangka pesta berada di Presint 2, tetapi telah ditukar ke penempatan baru di Presint 4 berdekatan Jambatan Tak Siap. Tempat meletak kereta pula amatlah daif dengan kebecakan tanah merah selepas hujan.
Tapi penulis berasalah sedikit kekecewaan kerana tiada aktiviti bungapi dilakukan pada malam tersebut.
Nota lalat. Pasal tajuk ialah dari lirik lagu Iban 'Anak Dara Ibu' nyanyian Ricky El. Dan 'amat bajik' bermaksud 'sangat cantik (gadis)' atau 'very pretty/beautiful (for women)'.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
May 11, 2015
Apr 16, 2015
TULIPMANIA, GB WISH A TRIP
KELMARIN setelah 3 minggu, penulis sempat lagi berjalan-jalan ke seberang tambak alone matcham biasa. Pertama kalinya penulis memarkirkan cikPuan Jnulekasnova di pusat beli belah City Square (RM11) dan berjalan kaki ke KIK Bukit Cagar sebelum menaiki bas Causeway Link ke CIQ Woodlands dan seterusnya ke Newton (RM3.40). Dari Newton penulis menaiki keretapi MRT ke Marina Bay sebelum ke Bayfront (SGD1.90). Dari Bayfront penulis berjalan kaki pula ke Flower Dome untuk melihat pameran bunga-bunga Tulip yang terletak di Gardens by the Bay (SGD16). Hari pun sudah lewat petang.
Links to Tulipmania Floral Display from 20 Mar - 10 May 2015.
Pulang dari Gardens by the Bay, penulis menaiki MRT dari Bay Front, transit di Marina Bay seterusnya menaiki MRT (North South Line), limpas Yishun dan turun di stesen MRT Woodlands (
Banyak yang penulis belajar selain jari
1. Membeli suratkhabar Berita Harian - done
2. Ehem, ehem (ikut gaya Ibrahim Pendek) - done
3. Mengambil gambar bunga-bunga tulip - done
Nota lalat. Penulis meletakkan harga untuk rujukan semata-mata.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Good morning Jalan Panglima Polim IV @2022 Ahad, 4 Disember 2022. Amaran lalat. Entri ini agak panjang dan mengandungi banyak gambiran. D...