Jan 22, 2025

WHEN THE GOUT HITTING ME AGAIN



Selasa, 21 Januari 2025.

Kali terakhir buku lali kaki kiri terkena gout - 2022.
Kejadian berlaku di Jakarta Selatan, 5 hari sebelum wak ke Gunung Bromo.

Tengahari tadi kaki mula terasa bisanya ya amat.
Ketika sedang bertugas potong rumput di Lapangan. 

Jam 2pm sudah berlarian ke klinik Gelang Patah.

Mat doktor yg muda beri ubat.
Pontalon untuk tahan sakit dan Imeks Tolchicine untuk sakit gout. 

Sebelum itu ada inside lain berlaku.
Bila tadi tiba dan parkir depan klinik.
Tiba2 gear cikputih tidak boleh diundur pula.
Dan ditambah kunci cikputih tidak boleh dicabut. 

Wak paniklah tadi.
Bila call insuran di suruh bayar rm250.
Sebab tiada perlindungan trak tunda ke bengkel.
Terpaksa cari trak tunda berdekatan yg lain.
Upah lebih murah sedikit. rm150 - ok lah.

Bila trak sampai dengan pemandu wanita.
Minta tolong pomen tolak untuk wak undur sahaja.
Dan wak terus bawa cikputih ke bengkel di Bukit Indah JB.
Tidak perlu trak tunda pun. 

Bila tiba di bengkel, pomen itu nampak sibuk.
Jadi wak bawa cikputih ke bengkel di Mount Austin pula yg agak jauh. 

Harus di tinggal cikputih di bengkel itu.

Bila mahu tempah Grabcar untuk pulang ke gagang,
Punyalah melambung harga tambang. rm42!
Dan tiada siapa kaum kerabat yg mahu mengambil wak di bengkel.

Wak lepak sebenar di kedai mamak Jalan Harmonium.
Jam 6.01pm tepat leader Hartanah wak call sebab sudah berjanji mahu buat mesyuarat tingkap.
Kami berbual setengah jam juga.

Pelan B - terpaksa ambil kereta anak wedok di Aeon Mall Tebrau City.
Anak wedok sedang bertugas shift malam di situ.
Anak wedok akur sahaja.

Ehh, bila dalam perjalanan pulang, baru Teringat ada kelas Hartanah berdekatan Aeon Mall.
Terpaksa patah balik di tengah lebuhraya Pasir Gudang. 

Kelas habis jam 11pm.
Letih. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.



7 comments:

  1. Aduhai macam- macma plak yang berlaku ye Wak..semoga cik putih sihat hendaknya, wak tu jaga makan supaya gout x datang lagi...

    ReplyDelete
  2. Kucar-kacir tu wak. Semoga semuanya baik² belaka & tiada yg memudaratkan menimpa Cik Putih.

    ReplyDelete
  3. Syafakallah Wak.
    Ubat gout terbaik cut sugar Wak tu

    ReplyDelete
  4. Moga cepat sembuh, doctor kata juga antara sebab gout, kurang minum air.

    ReplyDelete
  5. Syafakallah Wak 🤲🏻
    Macam² pula halnya ye... Semoga dipermudahkan urusan ye

    ReplyDelete
  6. Bagusnya wak lat masih sempat masuk kelas lagi

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

RUMAH BARU BERBALOI DI TAPAH PERAK 2025

  RUMAH BAHARU 1 TINGKAT, TAPAH Full Loan RM180K REBATE RM45K PROJEK RUMAH MAMPU MILIK DI TAPAH, PERAK. TERES 1 TINGKAT (Jenis A ) Keluasan...