Rabu, 8 Januari 2025.
Tengahari jam 11 ingat mahu keluar ke Taman Perling.
Tapi tidak jadi.
Cerita lalat. Sebenarnya wak dah lama tak pakai telegram. Pakai WhatsApp sahaja pun dah okay.
Kelmarin ada sedagha dalam whatsapp komplen.
Sebab dapat mesej telegram guna nama wak dari scammer.
Di suruh tekan link.
Dia perasan sebab dia pernah terkena.
Kemudian beliau suruh wak hubungi pakar untuk buang scammer itu.
Semalam pakar sudah buang scammer yg menggodam apps telegram wak.
Entah apa benda yg dibuatnya dalam henfon wak ini.
Wak ucap terimakasih dan hanya Allah yg dapat balas jasa baiknya.
Ehh, tidak sampai 13 minit pakar balas siap dengan nombor akaun bank RHB.
"Derma seikhlas hati ye wak,"
Petang sudah berlarian ke Taman Perling.
Tiba bro Zif baru kongsi lokasi pameran rumah.
Terpaksa patah balik ke Taman Temenggong Kulai.
Sertai tim penyelia di pasar malam.
Akhirnya dimalam bulan separa penuh.
Pertama kali berjaya juga dapat pembeli rumah.
Untuk urusan tempahan rumah.
Satu tepukan untuk diri sendiri.
Alhamdulillah.
Ciri-ciri Utama Pinjaman LPPSA
- Kadar Faedah Rendah: Biasanya sekitar 4% tetap setahun, jauh lebih rendah berbanding kadar institusi kewangan biasa.
- Tempoh Pembiayaan Panjang: Sehingga 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun, yang mana lebih awal.
- Jumlah Pinjaman Tinggi: Berdasarkan gaji, tempoh perkhidmatan, dan kemampuan penjawat awam.
- Potongan Gaji: Pembayaran balik pinjaman dibuat melalui potongan gaji bulanan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
syukur dh setel masalah scammer tu..memang scary kalau telegram kena hack
ReplyDeleteBahaya scammer sekarang ini.. Org dah bantu kita dermalah seikhlas hati :D
ReplyDeleteScammer di mana- mana aje sekarang..bukan dalam talian je..in reality pun ada..
ReplyDeletescammer di mana-mana. mmg bahaya huhhh~
ReplyDeleterisau sangat..macam mana la diaorg dapat tu
ReplyDeleteAlhamdulillah settle dah.
ReplyDelete