Nov 10, 2015

NO PHOTOGRAPHY

Dilarang Mengambil Gambar, Pejabat Tanah Galian Negeri Johor.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 10/30
Post of the Day: 3/4

URUSAN jual beli rumah belum selesai. Penulis dikehendaki mendapatkan salinan geran strata dengan pihak pengurusan flat rumah murah yang mana sedang bercuti panjang sempena cuti hari deepavali. Pihak jabatan walaupun ada salinan asal (baca: original) tapi tidak boleh memberikan penulis salinan sesuka hati.

Bila penulis bertanya, kata cik Ayu (bukan nama sebenar) dari pengurusan flat rumah murah itu dalam smsnya, "Wak, Opis tutup, saya kat penang, Opis bukak ari rabu nanti, Rabu saya cek ye."

Walaupun penulis tidak menggunakan ejen jual beli rumah, tapi penulis rasa dengan menguruskan sendiri diharapkan perjalanan urusan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa serta duit. Sambil itu, penulis berharap juga pengalaman ini dapat membantu urusan lain-lain dimasa akan datang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Anything with Style, Kulai Centre Point.

BANGUNAN MACAM TAKDE BUMBUNG

Bangunan Dato' Muhamad Salleh Perang

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 10/30
Post of the Day: 2/4

DUA minggu lepas, bila staf di Pejabat Tanah Galian Daerah Johor Bahru di Larkin menyuruh penulis ke Pejabat Tanah Galian Negeri di Kota Iskandar, beliau ada menyebut tentang bangunan rekabentuknya (baca: architecture) seperti tiada berbumbung. Minggu lepas bukankah sudah diisytiharkan cuti peristiwa dan semua pejabat kerajaan negeri ditutup. Dan kelmarin penulis sekali lagi ke Nusajaya, dan tiba di bangunan macam takde bumbung itu bersebelahan dengan bangunan Pejabat Perumahan Negeri yang penulis pernah datang dulu.

SHELL & LEGO PROMOTION

Shell petrol station, Ayer Keroh.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 10/30
Post of the Day: 1/4

DIAM tak diam sudah sepoh hari penulis menyahut cabaran Daily Photo Challenge. Setakat ini alhamdulillah, penulis masih lagi bertahan. Ada lagi 20 hari hingga hujung bulan. Semoga dipermudahkan amin ya robbal alamin.

Nota lalat lain. Sekarang ini sedang berlangsung promosi dari stesen minyak Shell untuk mendapatkan patung mainan Lego setiap minggu. Kelmarin masa singgah di stesen minyak itu, ada abang Bangla bilang hari terakhir untuk mendapatkan model kereta Ferrari kerana esoknya akan ditukar model lain. Beli minyak Ron 95, harga model Lego itu ialah RM14 sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 9, 2015

HERO 6 FIGURES AND A FAMOSA



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 9/30
Post of the Day: 4/4

BILA sudah penat berjalan dan membeli belah, isteri penulis (yang itu) amatlah bergumbira kerana berjumpa dengan restoran makanan segera A&W kerana ada 'waffle' kegemarannya. Bila sudah mengalas perut, penulis pun tangkaplah gambiran dihadapan kubu A Famosa yang popular itu juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.















BONJOL



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 9/30
Post of the Day: 3/4

KELMARIN penulis menerima hadiah baju t-shirt dari rakan penulis yang baru pulang dari Padang. Terimakasih.

Pasal garisan Khatulistiwa (baca: Equator), penulis pernah sampai di Pontianak (2012), Kalimantan Barat sahaja.

Nota lalat. Bila penulis menggoogle nama tempat 'Bonjol' yang pertama kali penulis dengar itu, penulis mendapatkan info berikut:

Bonjol is name of a subdistrict (kecamatan) in the Pasaman Regency (kabupaten Pasaman), province West Sumatera, Indonesia. It is famous especially for its location as it lies just at the equator line. Bonjol is also the place of birth of Tuanku Imam Bonjol, a national hero in the struggle against Dutch rule. Almost 75% of the population are farmers. - wikipedia

Nota kamus dewan. Bonjol bermaksud bonggol, bengkak. Contoh ayat: bibirnya membonjol manakala suntil itu disematkan lebih kukuh.

Blog bukanlah hakmilik kekal.






MIRACLE AT DATARAN PAHLAWAN PARKING LOT

"Untuk pinggang yang ramping macam Ziana Zain sahaja"

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 9/30
Post of the Day: 2/4

SELEPAS bertandang jemputan kahwin bapa saudara penulis terus ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Tujuan utama ialah mencari kain untuk kebaya nyonya isteri penulis (yang itu). Tapi bila sudah berjumpa kedai baju kebaya, beliau tidak berkenanlah pula.

Sebelum itu, ketika mencari parkir di pusat belibelah Dataran Pahlawan, hampir penulis berputus asa kerana banyaknya kenderaan diwaktu tengahari itu. Mula-mula tiba di parkir berdekatan Menara Taming Sari tiada, kemudian masuk ke parkir bawah Dataran Pahlawan pun tiada juga dan kereta2 lain pun berderet mencari parkir.

me: camane kalo dinda dgn anakanda Bo turun je cari kedai kebaya ke apa., dah pusing2 sekali tenok kete bersusun je nih?
b1n1: xmoh kanda, dinda rela kita balik je Masai lenkali datang lagik.,

Tapi bila penulis hendak keluar dari tempat parkir itu, kejadian mirikel lah sangat berlaku. Sungguhlah penulis tidak sangka, buah cempedak nak jadi nangka. Tiba-tiba saja ada sebuah pickup truck yang baru keluar, maka penulis masuklah ke parkir lot tersebut. Tapi penulis ternampak tanda logo OKU disitu.

me: nih tempat parkir orang cacatlah dinda
b1n1: kanda sila kuarlah, nnti sibuk masuk dalam fesbuk.,
me: kalo kanda kuar, nnti orglen masuk amek tempat nih sama jugak!
b1n1: pot pet pot pet

Wehh sabar sahajalah. Siapalah tidak sayang bini, tapi ada kan mak, kannns. Tapi penulis perasan juga, tanda parkir OKU logo tu sudah dicat putih diatas logo warna kuning yang lama, mungkin bukan untuk OKU lagi. Bila penulis beritahu, barulah isteri penulis (yang itu) reda sikit risau dan hilanglah pot pet pot petnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

"Nice necklace with pink dress"

JEMPUTAN KAHWIN DI KAMPONG SRI MERLONG



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 9/30
Post of the Day: 1/4

KELMARIN penulis sudah berlarian ke kampong kaum kerabat belah arwah bonda di Kampong Sri Merlong, Batu Pahat. Penulis tiba awal pagi sebab hendak berkejaran ke Melaka mencari kebaya nyonya perut buncis pula.

Nota lalat. Krisis adik beradik berlaku disini semasa ketiadaan penulis.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 8, 2015

BEAUTIFUL BODY

C200K on LDP.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 8/30
Post of the Day: 4/4

KATA orang tua-tua berpesan, katanya, "tak dapat tengok bodi, tengok bontot pun jadilah."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

TBS LAST WEEKEND



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 8/30
Post of the Day: 3/4

NASIB baik jugalah ada rakan penulis memberitahu untuk membeli tiket bas ekspres pulang ke gagang lebih awal. Kalau tidak, kemungkinan besar tiket akan habis dijual hujung minggu ini sempena cuti hari deepavali.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



I LUP CHEW

Avenue K, Jalan Ampang.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 8/30
Post of the Day: 2/4

HARIMAU mati meninggalkan belang, orang ternama mati meninggalkan nama.

Yasmin Ahmad (7 January 1958 – 25 July 2009) was a film director, writer and scriptwriter from Malaysia and was also the executive creative director at Leo Burnett Kuala Lumpur. Her television commercials and films are well known in Malaysia for their humour, heart and love that crosses cross-cultural barriers, in particular her ads for Petronas, the national oil and gas company. Her works have won multiple awards both within Malaysia and internationally. However in Malaysia itself, her films are highly controversial since they depict events and relationships seen as forbidden by social conservatives, especially hard-line interpretations of Islam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

SOFT BOILED EGGS



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 8/30
Post of the Day: 1/4

KADANG-KADANG sebelum bertugas memotong rumput, penulis bersarap roti bakar dengan telur setengah masak 2 biji sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.