MALAM kelmarin saya sudah merempit ke tengah bandaraya untuk bersantap sup tulang mamak tepi longkang saja. Malam yang panas kerana musim kemarau sekarang ini. Krisis politik air di Selangor pun belum berkesudahan.
KELMARIN tanpa tujuan yang nyata, saya sudah bepergian ke hulu sungai langat hinggalah ke kaki bukit pendakian untuk ke Gunung Nuang. Tiadalah menariknya disini kecuali ada banyak resort-resort ditepi sungai dan kolam air panas. Dan Kuala Pangsoon, atau Pangsun atau Pongsom adalah tempat kediaman orang-orang asli pribumi.
KELMARIN dengan rasa bosan yang agak tinggi tahapnya saya pun melarikan diri seketika ke pantai Port Dickson. Mencari Medan Ikan Bakar (MIB) D'terapung di Majlis Perbandaran Port Dickson yang agak mencabar juga. Servis layanan yang agak kelambatan, tapi rasa hidangan makanan lautan seperti ketam goreng cili api dan sotong goreng yang terbaik. Dan meratah ketam dengan kenikmatan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa di tepian pantai dimalam hari memeylah mengasyikkan. Krupp Krapp Krupp Krapp.
Peta lokasi lalat. Atas permintaan ramai rakan-rakan blogger maka disini saya paparkan peta map google sebagai rujukan semata-mata. Kalau nanti sudah bepergian, ingat ikan bakar ingat tiga lalat ya! ;D
TAHUN 2014 yang baru lepas adalah tahun projek penyertaan peraduan yang memberikan inspirasi dan semangat untuk saya terus maju ke hadapan. Tahun ini rasanya saya tidak bergiat lagi dalam aktiviti peraduan. Ada projek dan aktiviti lain yang lebih penting yang harus didahulukan.
Dan kelmarin saya masih menerima saki baki hadiah saguhati dari peraduan Vanish yang memerlukan penulisan slogan.
KELMARIN dengan kadar bosan yang sederhana saya pun bepergian ke IOI City Mall yang baharu baru dibuka di Putrajaya itu. Tiada yang menariklah sangat. Dan sempat juga bersolat Maghrib berjemaah berimamkan pak arab yang berseluar kontot.
Harga aiskrim pisang terbelah (baca: banana split) diatas ialah RM12.90.
Nota lalat. Ayat 'kebosanan mencipta kelainan' adalah dari internet. Jangan saman saya.
KALAU ustaz poyo bagi ucapan mesti penuh rumah (baca: full house), tapi kalau ustaz yang biasa-biasa saja dan tak berapa fofuler kena bagi hadiah cabutan bertuah sejibik basikal lumba untuk menarik pengunjung datang ke masjid untuk mendengar ceramah. Hrmm, muhasabah untuk diri saya sendiri juga.
Cerita lain lalat. Kalau letak cop mohor tanda halal jakim pun tidak semestinya makanan yang halal. Tak gitu kengkawan? Hrmm.
MINGGU lepas masa solat zohor, tiba-tiba anak lanang (baca: my boy) menelefon saya kata terjatuh motor ketika menumpang rakannya balik dari sekolah. Saya tanya, 'teruk ke?' Dia kata, 'sikit je bah, darah je banyak'. Saya sudah memberitahu ibunya supaya menghantarnya ke klinik manalah tahu kalau ada pendarahan dalaman atau patah tulang.