Showing posts with label URUSAN KERAJAAN. Show all posts
Showing posts with label URUSAN KERAJAAN. Show all posts

Jan 6, 2016

WORDLESS WEDNESDAY: WAK PUN LEH BACA SURATKABAR CINA



Semoga negara akan tetap aman damai sentosa sejahtera senantiasa. Amin ya robbal alamin.

Nota lalat. Kata 'wordless wednesday' tapi kalau tiada tulisan macamana pembaca hendak faham yang mengakibatkan salah faham pula? Penulis minta maaf naa sebab ramai sangka penulis boleh baca tulisan cina. Sebenarnya penulis pun buta huruf cina juga walaupun kesemua anak2 penulis bersekolah cina. Tetapi kalau tengok gambar pun sudah tahu kan Perdana Menteri dan isteri tersayang didepan makam nabi sedang mengerjakan umrah lettewww.

Pada pembaca yang masih tidak faham, sila baca berita Utusan kelmarin di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 23, 2015

SAYANG SAYANG SAYANG



KELMARIN penulis telah berjaya mendaftarkan anak lanang bocah cilik penulis itu masuk darjah satu sekolah agama. Ada kekalutan dalam aturcara majlis Minggu Ukhuwah Sekolah (MUS). Mula-mula disuruh datang jam 7.30 untuk upacara majlis, perasmian, ceramah motivasi keibubapaan dan ikrar. Majlis dijangka selesai jam 10 pagi. Tapi jam 8pagi cikgu-cikgu baru terhegeh-hegeh hendak menyiapkan meja pendaftaran ibubapa, dan juga pentas penceramah. Dan bila jam 8.30pagi, pengacara majlis membuat pengumuman bahawa pendaftaran anak dan pembayaran yuran dibuat dahulu sebelum majlis bermula.

Dipendekkan cerita, majlis bermula jam 9.30 pagi, melayan ceramah Ustaz selama sejam dan pengenalan sekolah oleh guru berbadan besar selama sejam juga dan majlis tamat jam 11.45 pula. "Sabar sajerlah kanda," bilang isteri penulis melalui khidmat pesanan ringkasnya (baca: sms).

Cuma penulis rasa tergelak juga melayan penceramah motivasi Ustaz yang berjenaka bertanya pada para makcik bagaimana berkata sayang kepada suami yang tersayang dengan 15 kali perkataan sayang sambil menghitung mengguna jarinya.

Nota lalat. Ada beberapa perkara yang penulis tidak berapa puas hati juga. Pertama, pasal catuan air di bilik tandas murid-murid yang amat kotor. Kedua, faktor keselamatan dimana longkang kecil tidak ditutup dengan sempurna yang mengakibatkan ada kanak-kanak yang terjatuh kedalamnya. Dulupun pernah berlaku pada anak wedok disekolah yang sama.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 17, 2015

HAKMILIK STRATA



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 17/30
Post of the Day: 1/4

PAGI Sabtu kelmarin penulis telah berlarian ke pejabat peguam di Menara Pelangi pula. Sekarang tinggal tunggu peguam menukar nama di geran strata flat rumah murah itu kepada nama penulis sebelum menghantar permohonan pindah milik di pejabat perumahan di SUK. "Wak kena tunggu 2 3 bulan lagi," kata akak yang menguruskan fail penulis itu.

Nota lalat. Updated. 27 Jan 2016, Rabu. Penulis ke pejabat tanah Nusajaya merayu pada pegawai untuk mempercepatkan urusan mendapatkan geran strata.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 10, 2015

NO PHOTOGRAPHY

Dilarang Mengambil Gambar, Pejabat Tanah Galian Negeri Johor.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 10/30
Post of the Day: 3/4

URUSAN jual beli rumah belum selesai. Penulis dikehendaki mendapatkan salinan geran strata dengan pihak pengurusan flat rumah murah yang mana sedang bercuti panjang sempena cuti hari deepavali. Pihak jabatan walaupun ada salinan asal (baca: original) tapi tidak boleh memberikan penulis salinan sesuka hati.

Bila penulis bertanya, kata cik Ayu (bukan nama sebenar) dari pengurusan flat rumah murah itu dalam smsnya, "Wak, Opis tutup, saya kat penang, Opis bukak ari rabu nanti, Rabu saya cek ye."

Walaupun penulis tidak menggunakan ejen jual beli rumah, tapi penulis rasa dengan menguruskan sendiri diharapkan perjalanan urusan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa serta duit. Sambil itu, penulis berharap juga pengalaman ini dapat membantu urusan lain-lain dimasa akan datang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Anything with Style, Kulai Centre Point.

BANGUNAN MACAM TAKDE BUMBUNG

Bangunan Dato' Muhamad Salleh Perang

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 10/30
Post of the Day: 2/4

DUA minggu lepas, bila staf di Pejabat Tanah Galian Daerah Johor Bahru di Larkin menyuruh penulis ke Pejabat Tanah Galian Negeri di Kota Iskandar, beliau ada menyebut tentang bangunan rekabentuknya (baca: architecture) seperti tiada berbumbung. Minggu lepas bukankah sudah diisytiharkan cuti peristiwa dan semua pejabat kerajaan negeri ditutup. Dan kelmarin penulis sekali lagi ke Nusajaya, dan tiba di bangunan macam takde bumbung itu bersebelahan dengan bangunan Pejabat Perumahan Negeri yang penulis pernah datang dulu.

Namun begitu, urusan jual beli rumah penulis masih juga belum selesai.

Nota lalat. Berkenaan nama bangunan itu, penulis sudah meng'google'nya. Mari kita belajar sedikit sejarah negeri Johor.

Dato' Muhammad Salleh bin Perang (1841 - 21 Julai 1915) dengan gelarannya Dato' Bentara Luar memegang jawatan penting dari tahun 1856 sehingga tahun 1912 dalam pentadbiran kerajaan Johor. Tugas utama beliau adalah merancang pembangunan negeri Johor.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Nov 3, 2015

CUTI PERISTIWA

Jessie the Yodeling Cowgirl (Toy Story) looking at the latest news.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 3/30
Post of the Day: 2/4

MINGGU kelmarin urusan penulis di jabatan tanah Nusajaya belum selesai. Ingatkan minggu ini boleh dapat geran strata di jabatan tanah galian dan terus ke jabatan perumahan. Tapi sungguh tidak penulis sangka, buah cempedak pun dah jadi nangka. Pasukan bolasepak JDT telah menjadi juara Piala Asia pula di Tajikistan dan hari Ahad 1 November 2015 diumumkan cuti peristiwa. Jadi semua jabatan kerajaan negeri ditutup dan urusan pindah milik flat rumah murah penulis itu tertangguh seminggu lagi nampaknya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

BLOK 6



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 3/30
Post of the Day: 1/4

PETANG kelmarin penulis telah berlarian ke flat rumah murah untuk mengambil dokumen dari penyewa aka bakal pembeli rumah penulis yang itu. Sebelum ini, penulis diberitahu bahawa penyewa itu akan keluar dari rumah untuk tinggal dirumah pusaka dikampungnya. Walaupun begitu, beliau tetap berniat untuk membeli flat rumah tersebut. Dan berita tersebut telah sampai kepengetahuan ustaz muda dan isterinya yang sedang menyewa dirumah India berdekatan. Ustaz memberitahu untuk pindah ke flat rumah murah penulis bila penyewa keluar nanti. Antara sebab ialah kerana sewa yang mahal dan tuanpunya India itu meletakkan syarat yang ketat sekiranya ada kerosakan rumah. "Nak pasang kipas siling pon xleh wak!" rungut isteri ustaz muda itu. "Kalo repair pintu ke jamban ke rosak takleh nak claim," Ustaz muda itu pula mengadu kepada penulis.

Setelah berbincang berkenaan harga sewa dan deposit, penulis pun bersetuju untuk menyewakan kepada beliau nanti.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 28, 2015

INTERCHANGE AT CHAN SOW LIN

Chan Sow Lin LRT station.

HUJUNG minggu kelmarin yang agak sibuk.

Urusan jual beli flat rumah murah yang masih belum selesai. Hari Ahad ialah hari bekerja bagi jabatan kerajaan negeri:
7.30 Pagi penulis telah menyuruh pembeli datang ke Skudai Parade untuk tandatangan borang pindah milik.
8.05 Pagi penulis tiba di kaunter Pejabat Tanah Galian, Larkin, bayar cukai tanah.
8.30 Pagi Penulis tiba di kaunter MPJBT, Skudai, bayar cukai harta rumah sedia ada.
9.05 Pagi Penulis mencari-cari pesuruhjaya sumpah dekat Good Hope Hotel, tapi belum buka.
9.30 Pagi penulis tiba di MPKu, Kulaijaya, bayar cukai harta flat rumah murah (yg untuk dijual).
9.45 Pagi penulis mengkopi 100 Plus sementara tungu pesuruhjaya sumpah buka pejabat atas KFC Kulai.
10.05 Pagi penulis jumpa pesuruhjaya sumpah dan tandatangan borang pindah milik. RM4.
11.00 Pagi penulis tiba di Pejabat Perumahan SUK Nusajaya, serahan dan semakan borang pindah milik. Semua dokumen lengkap, kecuali geran asal flat rumah murah dan surat pengesahan terkini pembeli (2015).
12.05 Noon penulis tiba lagi MPKu untuk mendapatkan salinan geran, rupanya penulis tersilap jabatan.
12.45 Noon penulis tiba di Pejabat Tanah Galian, Larkin lagi bertanya pasal geran, tapi selepas membuat siasatan dalam komputer, staf menyuruh penulis mengambil salinan strata di Nusajaya pula. Tapi penulis tidaklah tahu dimana Jabatan Perumahan disana. "Wak cari je bangunan yang macam takde bumbung," sampuk abang staf kat luar kaunter yang sibuk tak sabar menyuruh rakannya (yang sedang melayan penulis) dalam kaunter memeriksa PTD dalam komputer itu.
1.30 Noon penulis santap nasi ayam penyet di LC Catering yang sedap itu. Urusan disambung minggu hadapan. Sebenarnya penulis boleh saja terus pergi semula ke Nusajaya untuk mendapatkan strata geran itu, tapi rasanya penulis pun penat ke hulu hilir saja.

Gambar animasi diatas penulis rakamkan ketika menunggu keretapi di stesen LRT Chan Sow Lin. Kebosanan mencipta kelainan kan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nasi Ayam Penyet for lunch, LC Catering Jalan Tebrau. Alone matcham biasa.

May 13, 2015

SSM PENIPU



SEBENARNYA penulis sudah tertipu. Penulis ingatkan sijil pendaftaran syarikat kecil-kecilan yang penulis telah buat pada awal tahun telah hilang kerana penulis tidak berjumpa sijil yang ada logo asal SSM berwarna. Penulis telah panik juga. Sehinggakan penulis telah berlarian ke Menara Ansar semata-mata hendak mendapatkan salinan sijil yang asal (borang D). Bila penulis tiba dan menunggu sejam disitu, penulis telah diberikan sijil yang asal juga, tetapi sememangnya sijil yang asal tidak mempunyai logo berwarna. Cuma kerani mengecop diatas sijil hitam putih itu mengesahkan yang itu adalah yang asal. Bayarannya adalah RM10.70 termasuk cukai GST. 'GST Tak Masuk Akal', titah Sultan Johor.

Yang peliknya, surat-surat pendaftaran dan lainnya dicetak mempunyai logo yang berwarna.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 13, 2015

URUSAN DI MENARA ANSAR



HARI Ahad adalah hari bekerja untuk jabatan kerajaan termasuk SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) di Menara Ansar.

Walaupun pada mulanya mendapat nombor giliran 60 orang didepan saya dan menunggu tidak sampai sejam tetapi malangnya nasib saya sebab salah pemahaman dan komunikasi maka proses mendapatkan sijil memakan masa lebih 2 jam. Tetapi saya bersyukur juga kerana urusan dapat diselesaikan hari itu juga.

PENGUATKUASA DBKL DITEMUI GANTUNG DIRI

  Isnin, 13 Mei 2024. Minggu lepas kan sudah berlarian ke Ampang Point dan Plaza Low Yat. Semata2 mahu mencari henfon murahan Samsung Gala...