Showing posts with label SELF PORTRAIT. Show all posts
Showing posts with label SELF PORTRAIT. Show all posts
Sep 30, 2015
KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: PETALING STREET
KELMARIN malam penulis telah merempit ke Petaling Street itu untuk melayan perasaan kebosanan tahap sederhana. Tidak seperti di zaman kegemilangan puduraya yang dahulu, sekarang Petaling Street kurang meriah nampaknya. Tapi masih ramai pelancong luar negara yang datang berbondong-bondong dan membeli barang-barang jenama tahap dewata yang biasa-biasa saja disitu. Dan penjualnya ramai warga import dari luar negara seperti sedia maklum.
Nota lalat. Ini adalah entri penulis yang ke 30 di blog yang ini dan yang terakhir untuk bulan ini juga. Jumpa pembaca-pembaca blog penulis semua di bulan hadapan ya. InsyaAllah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
May 15, 2015
OLE OLE BANDUNG WAK MANA
May 10, 2015
HENDERSON WAVES
KELMARIN selepas melayan anak lanang bocah cilik mandi mandi di pantai di tengahari yang terik, penulis sempat lagi bekejaran ke seberang tambak menangkap gambiran jejatas yang paling tinggi di pulau itu. Dari barisan merah (Kranji) ke barisan hijau (Buona Vista) ke barisan pusing (SGD2.60), penulis tiba di jambatan pun hari sudah gelap. Selepas itu berjalan kaki dari stesen MRT Telok Blangah sejauh 800 meter dan mendaki anak-anak tangga ke puncak Faber Park pun penulis menjadi mengah. Alone matcham biasa.
Turun dari bukit, tidaklah larat penulis berjalan dan kebetulan ada teksi baru tiba dan dipandu ke MRT Harbour Front (SGD5.70) untuk makan malam iaitu nasi ayam sambal (SGD4) dan sirap limau (SGD1.20). Pemandu teksi bercerita tentang adik ipar beliau yang pernah datang ke sini (Henderson Waves) menyarankan pemandangan cantik diwaktu pagi ketika matahari terbit. Mungkinkah penulis akan ripit kemari?
Dan perjalanan pulang dari Harbour Front ke Kranji (SGD2.70) dan menaiki bas SBS 170 (SGD2) pun sudah lewat malam, dan kesesakan di CIQ kedua-dua belah semakin berkurangan. Bila tiba di pusat beli belah JB City Square pun pengawal sudah mula menutup pintu-pintu utama. Parking adalah RM7 saja.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nasi ayam sambal at Harbour Front Food Centre. |
May 2, 2015
KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: KLCC PARK
PENULIS sepatutnya meletakkan tajuk ini, 'the world's best photos of candid and KLCC' supaya lebih banyak trafik yang datang. Tapi melayan jiwa yang gundah gulana juga amatlah diutamakan buat masa ini.
Nota amaran lalat. Entri ini juga mengandungi banyak gambiran, dan penulis tidak bertanggungjawab sekiranya pembaca kehilangan banyak data dalam telefon pintar masing-masing.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PAK SHEIKH BACA LAGI SURAH AL-KAHF SETIAP JUMAAT SEPERTI BIASA
Sunset at Rawang district @2024 Jumaat, 17 Mei 2024. Tengahari sudah berlarian naik mat Fatariss dari Ampang Campuran. Kemudian berlarian ...
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Good morning Jalan Panglima Polim IV @2022 Ahad, 4 Disember 2022. Amaran lalat. Entri ini agak panjang dan mengandungi banyak gambiran. D...