Showing posts with label POSTCARDS. Show all posts
Showing posts with label POSTCARDS. Show all posts

Nov 27, 2015

SETEM UNTUK SEKEPING POSKAD



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 3/30
Post of the Day: 2/4

HARGA setem untuk sekeping poskad adalah 30 sen bagi penghantaran alamat dalam Malaysia. Untuk penghantaran ke luar negara tanpa mengira jarak, destinasi, dan negara, harga setem adalah 50 sen. Diulangi hanya 50 sen (sen lima puluh sahaja). Kenapa? Tidak percaya? Murah kan?

Tapi oleh kerana penulis masih banyak lagi baki setem dari projek peraduan tahun lepas, maka penulis halalkan saja lebihan harga setem yang penulis gunakan untuk menghantar poskad keluar negara. Semoga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin ya robbal alamin.

Untuk baca blog penulis pasal aktiviti poskad seantero dunya [I Want A Postcard], sila jilat setem di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 25, 2015

MY SECOND AND THIRD POSTCARDS COMING FROM GERMANY



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 5/30
Post of the Day: 3/4

KELMARIN petang penulis telah menerima poskad yang kedua dan ketiga. Yang menariknya, kedua-dua poskad itu datang dari Negara Jerman. Terimakasih penulis ucapkan kepada Dorte dari Bremen, Utara Jerman and Nicola dari Ennepetal, Barat Jerman. Pautan ke blog postcrossing penulis di SINI.

Nota lalat. Dank Dorte aus Bremen, Nord-Deutschland und Nicola aus Ennepetal, Western Deutschland. Vielen Dank an euch beide und glücklich postcrossing.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



GIVEAWAY POSKAD VINTAGE (BAHASA JERMAN)

Assalamualaikum kawan-kawan semualah. Hari ini penulis hendak sertai segmen Giveaway sebab sudah lama rasanya tak sertai. Lagipun sekarang ini penulis juga sedang hebat menyertai projek postcrossing - menghantar poskad biasa dari seluruh dunia guna cara lama.




Syarat-syarat giveaway kali ni:

1. Follow blog JINDRISSKA.blogspot.com DONE
2. Komen beberapa entri, dengan tujuan nak membodek empunya blog. DONE
3. Buat satu entri tentang giveaway ni, letakkan banner, beserta backlink, kemudian publishkan. DONE
4. TInggalkan URL blog engkorang di ruangan komen entri disana. DONE


Hadiah-hadiah yang disediakan adalah:





Penulis juga doakan semoga berjaya untuk para peserta semuanya. Amin. Majulah sukan untuk negara.


Giveaway bermula sekarang!!!

Nov 19, 2015

GREY WILL TAKE OVER EVENTUALLY | THE FIRST POSTCARD



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 19/30
Post of the Day: 2/4

Jodoh ditentukan oleh Allah sewatu kita berumur 4 bulan didalam kandungan ibu. Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri - Ustaz Azhar Idrus

Tapi nanti kalau dah dapat jodoh, kita tak suka dengan jodoh kita itu, janganlah disalahkan takdir pula. Kata ustaz poyo (kawan penulis itu), dalam krisis rumahtangga, kalau salah suami disebabkan salah isteri, kalau salah isteri disebabkan salah suami juga. Kalau dua-dua tidak mengaku bersalah, maknanya salah faham sahaja.

Nota lalat. Updated. Sebenarnya penulis baru mendapat poskad yang pertama sejak menyertai projek postcrossing. Poskad dari Belanda yang mengambil masa 11 hari untuk sampai ke rumah merpati penulis ini. Penulis berasa amat gembira. Link: A Postcard I Want

Blog bukanlah hakmilik kekal.



PENGUATKUASA DBKL DITEMUI GANTUNG DIRI

  Isnin, 13 Mei 2024. Minggu lepas kan sudah berlarian ke Ampang Point dan Plaza Low Yat. Semata2 mahu mencari henfon murahan Samsung Gala...