Menara Aqabah, Pasir Gudang. |
SELEPAS penulis pusing keliling muzium-muzium di bandaraya Johor Bahru namun tidak berjumpalah juga poskad negeri Johor yang dicari-cari, maka esoknya penulis mula berlarian ke hotel-hotel terkenal disekitar bandaraya itu juga.
Mula-mula penulis ke Hotel Rennaisance Permas Jaya, kedai mudah dan senang (baca: convenience store) disitu hanya menjual poskad Kuala Lumpur saja. Di kedai mudah senang Hotel Selesa Pasir Gudang juga tiada menjual poskad. Keesokannya, penulis ke Hotel Thistle dan Tune Hotel tapi tiadalah juga poskad dijual selain cenderahati lain.
Akhirnya, penulis ke Pejabat Pos Besar Johor Bahru, dengan orang ramai yang ramai berurusan kerana hari Ahad adalah hari bekerja, namun bila ditanya, kaunter pejabat pos tidaklah menjual poskad juga.
Setelah dua hari dua malam penulis berlarian ke muzium, hotel dan pejabat pos, penulis dapat membuat kesimpulan bahawa poskad negeri Johor sudah pupus buat masa ini. Dan penulis pun ceritakan pengalaman penulis tersebut kepada isteri penulis (yang itu). Tapi ada mak kisah?
Blog bukanlah hakmilik kekal.
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.