Jan 17, 2016

BLOG AKU PERGI MAKAN NASI BARIANI POWER BENTENG BATU PAHAT

Somewhere at Parit Yaani, Batu Pahat.

HARI minggu kelmarin penulis tiadalah rancangan hendak berjalan kemana-mana, selain bermain dengan anak lanang bocah cilik dan emak anak lanang bocah cilik juga. Tapi bila isteri penulis (yang itu) bercadang hendak keluar berjalan-jalan, maka penulis pun terpaksalah melayan dan memandu ke Melaka bandar bersejarah.

Dipertengahan jalan, tiba-tiba isteri penulis teringin hendak makan nasi bariani pula. Maka, penulis pun melencong keluar di Yong Peng Utara dan terus ke Benteng Batu Pahat. Bila sudah sampai disitu, penulis pun malaslah pula hendak meneruskan perjalanan ke Melaka dan berpatah balik ke gagang sahaja. Disitu juga, isteri penulis teringin pula hendak mencari putu Bambu Juriah yang popular di Ayer Hitam. Walaupun pada mulanya agak sukar mencari warung menjual putu bambu Juriah, tetapi bila tiba di simpang Ayer Hitam menghala Kluang, ternampaklah bunting putu Bambu itu.



Nota lalat. Untuk rakan-rakan yang tidak pernah mendengar 'putu Bambu', bukan 'putu piring', bukan 'putu mayam', sila KLIK SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Pejabat Pos Kampung Kenangan Dato Onn, Batu Pahat. Although awkwardly open on Saturday (non working day), the branch manager told me that no post office is selling postcard anymore.

"Isi penuh-penuh sampai nak patah pin!" I still remember my brother in law once said.
Jalan Bakau Condong, Batu Pahat.

Chicken nasi bariani, Benteng, Batu Pahat.

Putu Bambu Juriah, Ayer Hitam.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...