Jan 12, 2023

THIS WEIGHT I CARRY EVERYDAY

My daily backpack @2023

 Rabu, 11 Januari 2023.

Sebenarnya sudah lama wak cadang mahu beli ketel (cerek) air.
Di tanahair wak tengok harga jenama Tefal pun sudah mencecah rm200.
Kalau yg tiada jenama dapatlah dalam rm50.

Tapi bila wak periksa ketel air atas talian di seberang.
Boleh pula harga menjadi belasan ringgit sahaja.

Maka kelmarin (Senin) wak sudah pesan ketel air atas talian.
Mahu bayar ada masalah teknikal pula.
Nasib baik boleh COD (bayar masa terima).

Petang tadi kebetulan wak ada di kantor.
Semasa budak penghantaran tiba di lantai 5.
Maka wak pun bayarlah harga COD - 58rb (rm16).
Wak kasi uang 70rb - simpan uang lebihan.

Nota lain lalat.
Minggu lepas sebelum wak berangkat ke seberang.
Wak ada pergi farmasi berdekatan.
Wak beli ubat kolesterol untuk 2 bulan.
Kemudian wak beli ubat demam dan selesema (mengantuk).
Boleh pula misi kaunter tu tawarkan pil Vitamin C.
Wak layan sahaja.
Wehh, siapalah tak mahu sihat senantiasa kann.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Vitamin C pills - Citrus C Bioflavonoid @2023

Jan 10, 2023

JALAN KYAI MAJA

On Jalan Kyai Maja Jakarta @2023

Selasa, 10 Januari 2023.

Petang sudah berlarian pulang dari kantor potong rumput.
Singgah di Blok M Plaza mall.
Masuk ke supermarket beli 4 buah epal hijau.
Dan juga beli sabun mandi.
Total damage = 99,5rb (rm30).

Nota lalat.
Kiai Maja. Sosok ulama di era kolonialisme itu kini berada di Sulawesi Utara (Sulut). 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

HARI-HARI MAHU MAKAN TELUR REBUS


Macet at Block M Plaza mall @2023


 Senin, 9 Januari 2023.

Dalam perjalanan pulang ke kost.
Petang sudah berlarian ke Blok M Square mall.
Tujuan mahu mencari dan membeli penyambung LAN untuk laptop wak.
Di kedai no 1 dijual dengan harga 475rb. rm133
Tak jadi beli sebab terasa mahal sangat.
Wak angkat beg dan mahu terus pulang.
Tapi tiba2 terasa mahu ke kedai yg lain di belakang.
Jumpa kedai no 2 menjual penyambung yg sama.
Tapi dengan harga yg lebih murah, yakni 275rb. rm77

Dan sempat singgah di kedai Indomaret (7 eleven).
Beli telur 10 biji dan roti Primebread (Gardenia).

Nota lalat. Semalam wak sudah tambah nilai pulsa henfon. 100rb rupiah. Tapi tiada pakej sebulan yg murah dan menarik. Jadi wak pakai pakej seminggu (7 hari sehingga tanggal 14) yg berharga 9,9rb dgn data 1 GB sahaja. Ini disebabkan ada kemudahan wifi di kost dan di kantor potong rumput.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 9, 2023

A TRAVEL DAY

Descending to Soekarno Hatta Airport @2023 Jakarta
Can you see the other airplane on the clouds?

Ahad, 8 Januari 2023.

Hari ini hari perjalanan atas kayangan ke seberang.
Ini adalah pengembaraan atas urusan kantor potong rumput untuk kali ketiga.
Perjalanan kali pertama bisa diintip di SINI.
Perjalanan kali kedua bisa disantet di SINI.
Semoga dipermudahkan.
Aminn ya robbal alamein.

Nota tambahan lalat.
Salam gaiss. Cuma nk share pengalaman naik public transportasi di Jakarta. 2 pilihan nk balik ke kost (rumah sewa). Kalo naik grab tambang dr bandara (airport) 240rb (rm70). Kalo naik skytren kayangan 70rb (rm20) pastu amek grab di stasiun BNI City 40rb (rm11). Jd ada penjimatan disitu. Kalo nk lg jimat leh amek skytrain pd masa tertentu 30rb (rm8 sahaja). Amin

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 8, 2023

MAKAN DURIAN SOL SOL SOL LEBIH SEDAP DARI BACA CERITA SYAMSUL YUSOF

Harian Metro today @2023

Sabtu, 7 Januari 2023.

Petang tadi teringin pula makan durian kampung.
Harga rm16 sekilo.
Kalo dua kilo sudah jadi rm32.

Nota lalat.
Kelmarin wak ada pesan penggosok seterika baju (iron) di shopee.
Jenama Tefal. (rm183).
Tapi bila sudah buat pembayaran.
Baru tersedar tersilap alamat rumah pula.
Terpaksa buat pembatalan.
Kemudian semalam wak pesan lagi iron di penjual yg sama.
Kalau ikutkan tarikh penghantaran akan tiba pada 11haribulan.
Yakni paling cepat 4 hari lagi.
Isteri wak (yg itu) sudah kecoh membebel2.
Dan petang tadi tiba2 wak terima mesej.
Katanya iron sudah selamat sampai di rumah hinggap wak itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Durian kampung @2023
Pantun Perigi Mencari Timba @2023 Bangi
Universiti Kebangsaan Malaysia @2023 Bangi

Jan 7, 2023

SYAMSUL YUSOF AKHIRNYA MENGAKU NIKAHI IRA KAZAR

Akhirnya Shamsul Yusof mengaku bernikah dengan Ira Kazar di Thailand @2023

 Sabtu, 7 Januari 2023.

".. org kaya pon kawen kt Siam ikot style awie bkn sbb x mampoo tp sbb sistem nikah kawen yg rumit tmpt sendiri.. " 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

La Rizz restaurant this morning @2023

SORRY WE'RE GOING TO HAVE TO LET YOU GO

Sorry - We're Going to Have to Let You Go by Graham Lord

 Jumaat, 6 Januari 2023.

Pagi sudah berlarian ke hospital kerajaan.
Terjumpa buku yg tajuknya agak menarik.
Bertajuk "Sorry We Are Going To Have To Let You Go".

Petang sudah berlarian menghantar kabel pengecaj dan bank kuasa.
Pada anak lanang di rumah sewanya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

One Stop Apartment view of Menara 118 @2023

HOW SIMILAR ARE TWO PERSONS BORN ON THE SAME DAY AND THE SAME YEAR

  Photo taken by mgr AYU @2024 Selasa, 30 April 2024. Tengahari tadi wak sudah keluar ke pekan Tanjung Uncang bersama mgr AYU . Pak NGA ti...