Apr 16, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 84 AND THE LAST DAY

13 Ramadhan @2022

 Jumaat, 15 April 2022.
Doha,  Qatar (Offshore).

PART I  - DEPARTURE TIME

Petang semalam, mamat roommate JON (pinay) tu tanya bila time wak naik chopper.
Sebab dia mahu booking katil wak dibawah.
Dia sudah tanya Radio room diberitahu hanya boleh selepas wak naik chopper
Tapi ...

THE LAST SUPPER

Pagi tadi wak bersahur nasi dengan sup sayuran sahaja.
Dengan corn flakes susu. 

THE LAST CALL

Tadi malam jam 11pm tiba2 Radio man (India ) ketuk dan masuk pintu bilik.
Dia cuma mahu beritahu tentang chopper wak esok jam 11am. 

Pagi tadi jam 7.30am wak masih lepak2 sahaja atas katil layan tiktok dan fb.
Tiba2 mamat Radio room (pinay) pun datang kata wak kena check in

Wak pun segeralah naik ke heli lounge.
Siap register nama dan timbang badan.
Sepatutnya wak kena bawa semua beg.
Aiyahh.
Wak pun bergegas balik ke kabin bilik.
Mandi siap.
Packing barang2 dalam 3 bagpack.
Bila ditimbang cuma 12kilo.
Berat dibenarkan hanyalah 15 kilo sahaja seorang. 

Dan pastikan pasport, handphone dan wallet dikeluarkan dan dibawa sendiri.
Takut chopper tak benarkan overweight baggage dan ditinggalkan seperti kejadian kelmarin.
Beg2 itu hanya akan dihantar ke Doha naik bot memakan masa 3 atau 4 hari. 

Nota lalat. Entri ini wak deraf semasa menunggu di heli lounge. 

Dan bila wak turun semula ke kabin bilik, ada uncle India ini yg baharu sampai. Dia sudah duduk di katil wak yg dibooking oleh JON. Yo wes lah.

Part II - Doha, Qatar (Magnum Hotel)

Dari kapal BUR heli tiba jam 11.00am.
Tidak lama pun kami naik.
Ada 11 orang penumpang naik chopper.
4 + 4 + 3 mengikut barisan tempat duduk.
Uncle India depan wak kena tegur tidak boleh tangkap gambar guna henfon.
Jadi wak pun ikut relaks sahaja dalam penerbangan.
Sehingga hampir tiba di heliport.
Baru wak tangkap gambar.

Wak silap juga.
Tidak terfikir mahu telefon mamat Logistik pagi tadi.
Jadi bila sampai di heliport, tiada driver yg menunggu.
Tapi ada 3 orang Indonn yg sama syarikat.
Jadi pakcik yg tua itu pun telefon EPH.
Driver punyalah lama ambil masa - sejam kami tercanguk di luar.
Nasib baik cuaca tidaklah panas banget.

Boleh juga driver singgah ke supermarket.
Kena tunggu lagi.

Tiba di receptionist hotel pun kena tunggu lagi.
Tapi wak layan sahaja.

Dan dapat bilik kena kongsi dengan mamat Indon yg tengah solat.
Yg dua lagi bilik pun mamat Indon juga.

AWI ditingkat 22 kata dia masak petang ini.
Walaupun wak cadang mahu ke City Center Mall beli KFC.
Tidak jadilah wak ke mall.
Wak cuba lelap sebab kepala agak pening, tapi tidak boleh terlelap.

Hampir waktu berbuka wak pun naik ke atas masuk apartment AWI dan RUL.
Mereka sedang memasak.
Nasi putih, sayuran cendawan tumis, kari kambing dan ikan bakar.
AWI pun ada masak pengat pisang.
Mamat filipin CAR pun ada.
AWI yg jemput CAR rasa pengat pisang.

Usai solat maghrib, wak berjalan ke mall.
Masuk Carrefour.
Beli cokelat - balas dendam sebab yg dijual  di Campboss offshore dua kali ganda harganya.
Beli tshirt cenderahati.
Beli buah limau yg ada daun.
Beli air tin Mountain Dew.

Balik ke apartment tadi.
Kena sound dgn pakcik (non Muslim) yg suara garau dan muka ketat itu.
Katanya, kad pintu itu untuk semua, bukan wak pakai seorang.
Dan lagi, katanya.
Air mineral botol besar itu kena ganti sebab wak sudah pakai sebotol.
Wak iyakan sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 14, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 83

Aku mahu pulang @2022

 Khamis, 14 April 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

Esok wak sudah berangkat pulang ke Doha.
Walaupun UNG selalu cakap.
"Walaupun nama wak sudah tercatat di skrin chopper," sindirnya.
"Itu cuma 99% saja wak," katanya lagi.
" Yg 1% tinggalan pak DDI saja boleh mengubah perjalanan wak esok," kata UNG cuba menakut2kan wak.

A COUNTRY WITH CASTE SYSTEM
Pagi2 tadi mamat Vietnam, UNG PTW, membebel.
Pasal roommate dia yg baharu, mr X dari India.
Dia sudah suruh UNG pindah naik ke katil atas.
Sebab dia Manager dan  dia mahu tidur di katil bawahan.

Benganglah UNG tiba2 sahaja disuruh macam budak2 sekolah.
Walaupun badan UNG besar sebab body builder, tetapi UNG tidak mahu melawan.
Sebab mr X dari India cuma tinggal 10 hari sahaja di sini.

Panjang juga cerita pasal mamat X dari  India ini.
Sampai wak pun cerita  kejadian kena halau dari bilik di pelantar C dahulu.
Kemudian kita kutuk2 mamat X yg berlagak nak mampus.

Kebetulan tadi mamat X buat kecoh lagi.
Sampai Mgr pak AJU datang jumpa Mgr pak DDI disebelah wak.
Kes sebab mamat X dari India ini kacau CSR klien.

Kita yg dengar pun bengang juga.
Bila mamat X  dari India itu keluar.
Kita pun mengadu dengan Mgr pak Didi.
Rupa2nya mamat  X itu bukanlah  Manager.
Tapi Instrumentation Engineer biasa2 sahaja.
"Fark!" kata UNG sambil hentak2 meja.

Dan wak ceritalah satu kisah jenaka.
Dari ustad abdul somad katanya,
Orang India cakapnya banyak, tapi kerjanya sedikit.
Orang Jepun cakapnya sedikit,tapi kerjanya banyak.
Orang kita (Indon) lain yg disuruh, lain pula yg dikerjakan.

"Macam orang Vietnam jugak, " kata UNG.
"Masa meeting semua cakap boleh buat, tapi bila kat site semua bergaduh tak nak buat kerja," katanya lagi.

EXTENSION CONTRACT
Alhamdulillah.
Ejen sudah berikan surat sambung kontrak wak sebulan lagi.
Maksudnya, selepas raya nanti ada peluang wak mahu datang ke offshore lagi.
Jumpa anda disana. Disana.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Berebut to get the infamous pakwan (cekodok) during iftar @2022

Apr 13, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 82

Pengat Singkong & Cekodok pakwan @2022

 Rabu, 13 April 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

BAKWAN IS DELICIOUS WHEN YOU'RE HUNGRY
Setiap hari bila mahu masuk waktu berbuka puasa.
Kami akan tunggu cekodok yg dipanggil pak wan.
Bukanlah sedap sangat - cekodok biasa.
Tapi meriahlah juga.
Sampai berebut2.
Sudah tahu begitu, chef2 India dgn Indon pun goreng sedikit2.
Mungkin kuali gorengan cuma satu sahaja.
Oleh kerana ketamakan, akhirnya tiada siapa yg mengambil kemudian.

CONFIRMATION TO GO HOME
Pagi tadi wak sudah ke Radio Room lagi.
Untuk mendapatkan kepastian akan naik chopper hari Jumaat ini.
Alhamdulillah.
Nama wak sudah terpahat di papan skrin itu.
"Wak kena checkin jam 8am, dan jam 10.30am kena tunggu kat helilounge," kata mamat India radio itu.

Dan semalam, mamat ejen WIN sudah meminta salinan pasport dan sijil vaksin.
Dengan segera wak pun hantar emel.

Walaupun sekarang rasa membuak2 mahu pulang ke gagang.
Tapi wak kan cuma ada 2 dos vaksin.
Itupun vaksin sinovac yg tidak diiktiraf di negeri pasir berdengung ini.
Macam2 cerita wak dengar pasal boaster.
Ada yg lumpuh dan mati selepas kena cucukan boaster.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Apr 12, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 81

At 5pm this evening  @2022

Selasa, 12 April 2022.
Doha, Qatar  (Offshore).

Pagi tadi wak cuba bertanya.
Pasal kepastian menaiki chopper pada hari Jumaat ini.
Tapi pegawai di Radio Room itu agak sibuk.
Bila petang wak datang semula.
Tiadalah staf dalam bilik Radio Room itu.
Esok sahaja lah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 11, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 80

Buritan kapal = stern of the ship @2022

 Isnin, 11 April 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

NO GOOGLE STREET IN VIETNAM
Tadi mamat UNG PTW sudah tunjuk dimana rumah keluarga beliau di Hanoi.
Google Map di Vietnam tidak sama seperti di Masai.
Seperti China, Vietnam juga tidak membenarkan google street.
Jadi tidak dapat melihat keadaan sekeliling jalan seperti di Masai.
Wak pun tunjuklah rumah wak di Masai.
Tapi gambar lama (2019).
Rumah wak pun belum dicat baharu lagi.
Tapi mamat UNG tertarik dengan  perancangan perumahan  di Msia.
Sangat teratur dengan taman permainan kanak2, sekolah dll.
Tidak berselerak seperti di Hanoi.
Walaupun Vietnam negara miskin, tapi  ramai rakyat yg mempunyai kereta2 mewah.

Mamat UNG juga ada bertanya.
Pasal kos perubatan di Msia.
Wak bagi contoh pasal kes ibu melahirkan anak di hospital kerajaan.
Kalau kos bersalin di hospital swasta menjangkau rm3k.
Tapi kalau bersalin di hospital kerajaan hanya rm30 sahaja. 
Dalam perkataan - Tiga puluh ringgit sahaja dan 00 sen.
Dia pun kagum.
Sebab itu ramai wanita Indon yg melahirkan dan tinggalkan bayi dihospital disebabkan tidak mampu membayar kos perubatan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 10, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 79

Ready to sahur this morning @2022

 Ahad, 10 April 2022.
Doha, Qatar (Offshore). 

Sepatutnya hari ini wak kan balik ke Doha.
Tapi Mgr Pak DDI hanya benarkan wak pulang hari Jumaat ini.
Aduhai.
Tapi tidak mengapa.
Yang penting dia benarkan wak balik sebelum hariraya. 

I  SPILLED MY TEACUP

Selepas iftar di kantin.
Selepas solat maghrib.
Wak naik ke kabin pejabat sebentar.
Sempat buat air teh panas di bilik klien.
Dan bawa cawan yg berisi air teh itu ke kabin pejabat.
Tapi malang tidak berbau.
Tiba2 sahaja tangan wak tersenggol pula cawan itu.
Dan tumpahlah diatas meja.
Nasib baik tidak terkena CPU mamat PTW.
Bergegas wak lap sahaja dengan tisu.
Dan wak lihat komputer mamat PTW dan laptop wak masih boleh menyala.
Lega.


Blog bukanlah hakmilik kekal. 

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 78

Beyond the mist @2022

Sabtu, 9 April 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

THE HAPPIEST DAY
Pagi tadi akhirnya Mgr Pak DDI pun memberi kelulusan.
Untuk wak pulang ke gagang hari Jumaat ini.
Sebelum hari lebaran.
Alhamdulillah.

Tadi ada  rakan sekerja beritahu.
13 penumpang chopper ke Doha sudah tiba.
Tapi captain chopper tidak benarkan bagasi mereka  naik sekali.
Tanpa bagasi masing2 disebabkan overload.
Masalahnya problem, disebabkan ada yg tinggalkan ha-pe (handphone) dan wallet dalam bagasi itu.
Kalau tunggu menaiki bot, maka akan tiba esok.

Maka kita pun berceritalah masalah dengan mamat logistik, EPH.
Macam2 kejadian sudah berlaku.

H2S DRILL
Tadi malam semasa wak masih di kabin pejabat.
Tiba2 ada bunyi siren tanda fire drill.
Bukan fire drill, tapi gas drill.
Kena ambil tong gas yg berat gedabak dari  dalam kabin  bilik.
Berbanding tong gas di pelantar C, disini tiada penutup muka gas pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jonathan's beautiful macbook @2022

Apr 8, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 77

Arabian sea sunset @2022

 Jumaat, 8 April 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

Pagi tadi wak sudah pergi Radio Room.
Sebab nak pastikan nama wak ada dalam senarai chopper to Doha.
Tapi bila si mamat India itu, JJU beritahu nama wak tiada. Aiyah.
Kemudian wak terus balik ke kabin pejabat terus tanya Mgr Pak DDI.
Dia suruh wak balik minggu depan pula.
Agak bengang juga.
Tapi nak buat macamana kann.
Wak iyakan sahaja dan minta confirmation. 

MISSED MY FRIDAY PRAYER AGAIN

Noon tadi wak terus turun  masuk ke kabin bilik.
Terlelap tidur dan terlupa pasal solat jumaat.
Astaghfirullah alazim.
Sudahlah minggu lepas tidak dapat bersama solat disebabkan surau penuh.
Minggu depan kalau dibenarkan pulang oleh Mgr Pak DDI.
Makanya wak tidak akan solat jumaat 3 kali berturut2.
Ehh, bukan sebelum2 ini pernah tidak solat lebih 3 bulan?

Nota lalat. 18/4/2022 Mukin semasa kawan2 membaca blog merapu ni wak pun dah smpi Masai ya.. aminn ya robbal Alamein 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 7, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 76

Supply Vessel @2022

 Thursday, 7 April 2020.
Doha, Qatar (Offshore).

Semalam sebelum pulang ke kabin bilik.
Mgr Pak DDI ada tanya.
Kalau ada kerja2 yg diperlukan semasa wak bercuti di gagang.
Wak kata boleh sahaja wak bekerja dari rumah (WFH).
Mgr Pak DDI ini seperti tarik2 tali pula mahu lepaskan wak pulang lusa ke gagang atau tidak.

Pagi tadi Mgr Pak DDI minta nombor ha-pe (handphone) si MAW di pelantar C.
Wak berikan.
Mgr Pak DDI mahu panggil MAW datang ke sini pula.
Tapi bila wak tanya MAW pasal kerja2 di pelantar C.
MAW kata, "sini lagi banyak kerja2,  wak."

Wak sekali lagi kata boleh tolong Work From Home.
Tapi nanti wak claim balik.
"Claim separuh lah, wak" cakap Mgr Pak DDI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 75

 Rabu, 6 April 2022. Doha, Qatar (Offshore).

ĂN THỊT CHÓ MEANS EATING DOGS
Tadi borak2 dgn mamat Vietnam UNG PTW itu seperti biasa.
UNG pernah kerja di Pengerang, jadi banyak dia tahu pasal Msia.
Dia pelik kenapa di Msia tidak banyak anjing berbanding kucing.
Wak terangkan anjing tidak dibenarkan dalam agama Islam seperti babi kecuali untuk menjaga kebun.
Di Vietnam mereka gemar makan anjing, ular, kala jengking dll. 
Begitu juga ramai pekerja Vietnam di Masai yg sanggup bunuh anjing liar untuk dimasak sup.

OFFSHORE AND REST DAY

Ejen WIN sudah tanya pasal jumlah hari kerja di offshore.
Juga jumlah hari berehat yg patut wak terima.
Wak pun sudah balas. 

SHOCK WITH G-SHOCK

Pagi2 tadi rakan² sekerja di kabin pejabat sudah bertanya.
Kalau² wak ada terima jam G-shock tadi malam.
Cara mereka bercakap itu seperti bergurau sahaja.
Jadi wak tidaklah ambil port sangat.
Tapi bila wak kembali ke kabin bilik.
Nampaklah atas meja yg si JON selalu guna.
Ada set ubat gigi dengan berus gigi sekali.
Kelmarin (bukan semalam) kan wak baru beli ubat gigi sepoh riyal di Campboss.
Dipendek cerita, usai berbuka puasa (iftar) tadi wak balik ke kabin bilik.
Boleh si JON tanya samada wak ada terima jam G-shock.
Malam tadi ada panggilan dari pihak keselamatan.
Mereka berikan hadiah sempena meraihkan keselamatan gitulah.
Dia cuba panggil wak semalam (jam 8.30pm) tapi wak kan sudah game over.
Maka usai solat maghrib wak terus naik ke atas ke kabin pejabat.
Tapi singgah dahulu di bilik HSE Safety.
Nasib baik ada Safety Officer SAM disitu.
Wak pun dapatlah set bagpack dan bungkusan hadiah lainnya termasuk jam G-shock yg tersebut.
Gembiralah sikit wak.
Tapi itulah, rasa rugi pula sudah terbeli ubat gigi sepoh riyal kelmarin kannns. 

Lagipun wak sudah berzaman tidak memakai jam tangan.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Apr 5, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 74

Looking at the boat @2022

 Isnin, 5 April 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

Kopiah wak tiba2 hilang.
Kali terakhir ada diatas kabin bilik tidur.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

BELAKANG RUMAH ADA KLCC 2024 DAN TOPI "BERAK" SEKARANG JADI TRENDING

Jalan Daud Kampung Baru @2024   Jumaat, 4 Mei 2024. Pagi sudah berlarian ke Jalan Daud. Wak cuba nasi lemak Kak Chuk. Tapi tiada lauk kerang...