Buritan kapal = stern of the ship @2022 |
Isnin, 11 April 2022.
Doha, Qatar (Offshore).
NO GOOGLE STREET IN VIETNAM
Tadi mamat UNG PTW sudah tunjuk dimana rumah keluarga beliau di Hanoi.
Google Map di Vietnam tidak sama seperti di Masai.
Seperti China, Vietnam juga tidak membenarkan google street.
Jadi tidak dapat melihat keadaan sekeliling jalan seperti di Masai.
Wak pun tunjuklah rumah wak di Masai.
Tapi gambar lama (2019).
Rumah wak pun belum dicat baharu lagi.
Tapi mamat UNG tertarik dengan perancangan perumahan di Msia.
Sangat teratur dengan taman permainan kanak2, sekolah dll.
Tidak berselerak seperti di Hanoi.
Walaupun Vietnam negara miskin, tapi ramai rakyat yg mempunyai kereta2 mewah.
Mamat UNG juga ada bertanya.
Pasal kos perubatan di Msia.
Wak bagi contoh pasal kes ibu melahirkan anak di hospital kerajaan.
Kalau kos bersalin di hospital swasta menjangkau rm3k.
Tapi kalau bersalin di hospital kerajaan hanya rm30 sahaja.
Dalam perkataan - Tiga puluh ringgit sahaja dan 00 sen.
Dia pun kagum.
Sebab itu ramai wanita Indon yg melahirkan dan tinggalkan bayi dihospital disebabkan tidak mampu membayar kos perubatan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.