Apr 17, 2022

ONE LAST NIGHT IN DOHA

West Bay @2022

 Ahad, 17 April 2022.
West Bay City Center, Doha.

ORANGES WITH LEAVES

Semalam makanan yg mamat Indonn janjikan lambat sampai.
Tapi wak sudah sediakan air tin Mountain Dew, dan buah limau berdaun.
Jadi tidaklah gelabah sangat.
Wak pun bercadang mahu keluar ke Souq Waqif dan makan KFC.

Usai solat maghrib wak pun keluar.
Dan nampak bungkusan sudah sampai diatas meja diluar.
Mamat itupun tidak jemput wak makan.
Yo wes lah.

Di City Centre mall wak singgah di mekdi dahulu.
Ingat mahu tapau double cheeseburger dan terus ke Souq Waqif.
Wak cuba set lagi pengeluaran wang guna kad atm Maybank.
Tapi bila wak cuba dimesin atm tidak boleh pula.
Dua kali wak cuba tau takper.

Siang semalam semasa wak hubungi Customer service Maybank ada notis gangguan ATM.
Terpaksalah wak batalkan hajat mahu ke Souq Waqif.

WASHING AND DRYER MACHINE
Sebelum keluar tadi wak masukkan baju spender kotor dalam mesin basuh.
Mesin yg agak berlainan sedikit dari bilik apartment yg wak pernah duduki sebelum ini.
Mesin tunjuk masa lebih 7 jam untuk cucian kering.

Bila wak balik dari mall dan lepak2 dalam bilik.
Tiba2 mamat Indonn EDY boleh tegur wak sebab cucian masih ada 6 jam lagi.
Dia ingatkan wak salah set.
Biasa dia buat sejam saja untuk cucian dan jemur spender lembab dalam bilik air.
Tapi wak beritahu bahawa spender wak akan kering dan mulus.

HEAVY SMOKERS IN THE ROOM

Dalam apartment wak tinggal sekarang ini.
Kesemuanya ada 5 orang Indonn selain wak.
Dan wak tidur sebilik double beds dgn EDY. 
2 daripada mereka adalah non-muslim dan hisap rokok sewenang2nya.
Dan salah seorang senyap sahaja.
Dan seorang lagi muka ketat dan suka cari kesalahan wak.
Maka berasap sahajalah dalam apartment.
Tidak mengapa, wak tinggal sehari sahaja tinggal di sini.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI 2024

  Masjid Jamek Bandar Seri Alam @2024 Rabu, 10 April 2024. Selamat hariraya aidilfitri 2024. Maaf lahir batin dari wak yg jauh dimata. Pagi2...