Jun 20, 2021

CAR WASH IS CLOSED TOO

Please hover your mouse to see before and after edit.


Nota lalat.
Entri ini sengaja penulis lambatkan.
Dua minggu kebelakang.
Harak maklong.

Hari minggu pun tidak keluar kemana2.
Mahu cuci kereta diluar pun tidak boleh.
Gara2 PKP dilanjutkan lagi.

Movie lalat. Sicario 2015.
2. Sicario 2 2018.
3. Confidential: Secret Market 1974.
4. The Good Neighbour 2019.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 19, 2021

MEMENTO IN SHORT

Salam kengkawan penulis semua2 lah.
Filem thriller tahap tak masuk akal: MEMENTO 2000.
Ditulis dan diarahkan oleh Christopher Nolan.
Rotten Tomatoes = 93%

Guy Pearce berperanan sebagai lelaki yang, akibat kecederaan, mengalami amnesia anterograde (ketidakupayaan untuk membentuk memori baru) dan kehilangan ingatan jangka pendek kira-kira setiap lima belas minit. Dia mencari orang-orang yang menyerangnya, merogol dan membunuh isterinya, menggunakan sistem gambar Polaroid dan tatoo yang rumit untuk mengesan maklumat yang dia tidak ingat.

Filem ini disajikan sebagai dua urutan adegan yang berlainan yang disisipkan sepanajang filem ini: satu siri dalam warna hitam-putih yang ditunjukkan secara kronologi, dan satu rangkaian urutan warna yang ditunjukkan dalam urutan terbalik (mensimulasikan keadaan mental protagonis kepada penonton) . Kedua-dua urutan bertemu di akhir filem, menghasilkan satu naratif yang lengkap dan padu. 
Komen penulis. Filem lebih 20 tahun yg penulis dh tonton byk kali tapi masih keliru jalan cerita sbb dipaparkan kedepan dan kebelakang. Jadi penulis dh gigihkan diri utk snapshot dan letak skrip untuk scene yg penting mengikut turutan jln cerita. Akhirnya pun penulis masih kurang faham kenapa si Teddy itu dibunuh walopon bukan dia sipembunuh isteri dia.
Maka terimalahhhhhh... semoga bermanfaat utk kawan2 semua. ;p

HOW TO DRIVE TRACTOR FOR THE FIRST TIME

Please hover your mouse to see before and after edit.


Hari minggu tidaklah keluar kemana-mana.

Movie lalat. Dachra 2018.
2. The Neighbour 2019.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 18, 2021

BEACHING YOUR BOAT

Please hover your mouse to see before and after edit.


Petang penulis sudah berlarian ke tefian fantai.
Tapi awal pula mahu tunggu matahari tenggelam di ufuk barat.
Ambil dua tiga gambiran bot nelayan sudah.

Movie lalat. Shawshank Redemption 1994.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 17, 2021

KALAU ROBOH KOTA MELAKA

Please hover your mouse to see before and after edit.


Petang penulis berlarian ke banda hilir pula.
Keadaan suasana di dataran pahlawan seperti padang jarak padang tekukur.
Sungguh senyap sunyi.

Movie lalat. The Unknown Woman 2006.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 16, 2021

KABHI KHUSHI KABHIE GHAM IN 3 MINUTES

Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001) 
Kadangkala Gembira, kadangkala Sedih
Filem epik hindustan Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001).
Filem dibintangi Amitabh Bachan, Jaya Bachchan, Sharukh Khan, Kajol, Hrithik roshan, Kareena Kapoor dan Rani Mukerji.

Sebenarnya penulis sudah lama mahu menonton.
Biasa kalau siaran di TV memanglah tidak pernah habis tonton.
Tayangan 3 jam adalah sangat panjang.

Tapi hari ini penulis berjaya tonton dari mula sampai habis.
Siap buat ringkasan komik untuk tatapan kawan2.
Mungkin ada juga seperti penulis.
Malas nak tonton kerana masa yg lama.

Harap keratan komik filem Kabhi Khushi Kabhie Gham ini membantu.
Dari 3 jam, boleh baca komik tak sampai 3 minit.

Sinopsis cerita. Kena bacalah komik dibawah. Amaran spoiler.
Rotten Tomatoes = 100%
Komen penulis. Cerita kekeluargaan pasal anak angkat yg dibuang dari rumah kerana berkahwin dengan anak dara kampungan.
Kalau dalam masyarakat Melayu mesti bapak angkat yg kaya raya itu tidak akan ambil kembali anak angkat kann.
Lagipun dia sudah ada anak kandung sendiri untuk uruskan perniagaan dan harta karun.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

SAWAH PADI CLOUDY SUNRISE

Please hover your mouse to see before and after edit. Sawah Padi Tangga Batu, Melaka Tengah


Rabu, 16 Jun 2021.

Pagi2 penulis sudah berlarian ke tefian sawah.
Ambil dua tiga gambiran sawah padi dan lalang sahaja.

Movie lalat. War of the Planet of Apes 2017.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 15, 2021

MERENTAS NEGERI DAN BERSUNSET

Please hover your mouse to see before and after edit.


Petang sudah berlarian ke tefian fantai.
Ambil dua tiga keping gambiran matahari terbenam sudah.

Movie lalat. Dawn of the Planet of the Apes 2014.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 14, 2021

CARA ATASI AIRLOCK DALAM PAIP AIR

Please hover your mouse to see before and after edit.



Isnin, 14 Jun 2021.

Kelmarin penulis dikejutkan dengan bil air yg tiba2 melonjak tinggi.

Jadi penulis sudah panggil tukang paip (baca, plumber).
Tukang paip datang pagi tadi jam 10.

Rupanya paip diluar pagar telah bocor.
Tukang paip korek pakai tangan sahaja.
Bila diperiksa, cuma sesiku (elbow) yg bocor.

Upah tukang paip untuk kerja yg tidak sampai sejam ialah rm150.
Aduhai.

Bila tukang paip pulang.
Penulis lihat tangki atas siling sudah kotor sangat.
Jadi penulis buangkan air dahulu.
Untuk cuci cincai sahaja.

Tapi bila penulis isi kembali tangki sehingga penuh.
Pili air tidak keluar air pula didalam bilik air.

Mula2 ingat mahu panggil semula tukang paip yg tadi.
Tapi dengan upah yg mahal, penulis pun buat sendiri.
Penulis buka youtube. Baca tajuk, "AirLock. Cara Mengatasi Air Perlahan Disebabkan Angin Dalam Paip. Cara Kuatkan / Lajukan Tekanan Air".
Terimakasih atas panduan.
Cara mudah disebabkan kunci-udara dalam paip dengan melepaskan air di tahap yg paling rendah.
Untuk lebih pemahaman, bolehlah masuk ke portal tersebut.

Movie lalat. Rise of the Planet of Apes 2011.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 13, 2021

KOREK LUBANG TAMPAL LUBANG

Please hover your mouse to see before and after edit.


Penulis terlupa hari ini hari Ahad.
Patutlah semalam bank tidak buka.

Ooh.
Semalam penulis lagha pula melayan tiktok.
Antara tiktok popular: Nizam Janda, Ataata, Jenda McLover.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 12, 2021

RAKYAT JOHOR PERSOAL KENAPA BIL AIR MELAMBUNG TINGGI

Please hover your mouse to see before and after edit.


Hari ini penulis dikejutkan dengan bil air yg melambung tinggi.
Bukan biasa2 mencanak naik sehingga 10 kali ganda.
Cuba telefon Talian Mesra (lah sangap) tapi tidak bertugas.

Link: Rakyat Johor persoal kenapa bil air melambung tinggi.
Movie lalat. World War Z 2013.
2. Raazi 2018.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

 

SAKIT GEARBOX KEMBALI, RAYA HAJI NAK DEKAT DAH NI

  Menara Chulan Tower @2024 Selasa, 14 Mei 2024. Hari ini hantar cikputih ke bengkel. Sakit gearbox haruslah diubati.