Dec 29, 2020

MENGIDAM ROJAK PETIS SEKALI DENGAN BUAH MATA KUCING

Rojak petis
Mengidamlah sangat. Hahaha.

Sebenarnya, ramai orang keliru dan salah faham mengenai mana buah mata kucing dan mana buah longan.
Ramai orang menyangka buah longan adalah buah mata kucing.
Buah mata kucing buah tempatan, manakala buah longan adalah buah import, walaupun kini mula ditanam di Malaysia.
Orang kata, pokok mata kucing banyak terdapat di Kampung Redong, Johor.
Kampung Redong terkenal sebagai lokasi yang menghasilkan buah mata kucing dengn banyak untuk negeri Johor semenjak dulu lagi.
Nantilah kalau penulis ada masa penulis akan berlarian kesana.

Ehh. Sebenarnya penulis mahu cerita pasal rojak petis.
Susah juga mahu cari rojak petis di lembah klang ini.
Tapi nasib baik juga ada orang sebut2 di mukabuku (baca, facebook).
Dapatlah penulis menjamah rojak petis (rm5) dari Taman Delima.
Terlanjur penulis pun beli buah mata kucing (RM10 sekilo) juga.
Dan beli juga cucur udang utagha (rm6) - tiada dlm gambar.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 28, 2020

THE LAST FULL MOON OF THE DECADE


Pada bulan Disember, dari seluruh dunia, matahari terbit dan terbenam paling jauh ke selatan dari timur dan barat untuk tahun ini. Untuk Hemisfera Utara, matahari terbit dan matahari terbenam di selatan ini membawa siang dan malam yang pendek; dan di Hemisfera Selatan, matahari terbit dan matahari terbenam di selatan ini menemani hari-hari yang panjang dan malam-malam yang pendek.

Apa lah yg penulis ini merepek.?

Movie lalat. Danny Collins 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 27, 2020

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: GOHTONG JAYA


Petang penulis sudah berlarian naik bukit.
Dalam hujan lebat dan ribut.
Berkabus tebal diatas sana.

Movie lalat. Take Shelter 2011.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Ohh.
Dan mengambil gambiran dalam kabus tebal dengan tiada maksud tersirat atau kepentingan apa-apa.

Dec 26, 2020

HUJAN DINANTI SUDAH TIBA


Ingatkan panas hingga ke petang.
Rupanya hujan ditengah hari.

Sudah bersua hujan dinanti
Turunnya hujan inilah masa;
Hujan mencurah legalah hati,
Damailah jiwa sejuk terasa.

Movie lalat. Manta Ray (Siam: Kraben Rahu) 2018.
2. The Nice Guys 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 25, 2020

HUKUM MENGUCAP MERRY CHRISTMAS


Hari ini hari natal (Krismas) 2020.

Dari kecil penulis diajar agar tidak memuliakan perayaan agama lain.
Tidak mengucap Merry Christmas.
Walau perbuatan itu cuma satu bentuk penghargaan dan tanda penghormatan serta mengambil hati dan perasaan atas dasar sesama manusia tanpa bertujuan mengiktiraf kebenaran agama lain.
Dan sekarang terpaksalah ucapkan, terutama pada kaum kerabat ipar duai di rumah panjang di seberang lautan disana.
Juga tidak mengambil gambar2 hiasan pokok2 krismas walaupun cantik2 belaka.
Namun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat hukum mengucapkan "Merry Christmas" adalah HARUS.

Walaupun hari cuti umum, penulis tetap bertugas memotong rumput seperti biasa.
Tapi tiada mesyuarat tingkap seperti biasa.

Pasal gambar KLCC diatas.
Kelihatan bangunan menara Lion (sekarang Citibank) di Jalan Ampang.
Bangunan tempat penulis mula2 bertugas di ibukota.
24 tahun yg lampau.
Hari pertama, parkir kereta di Ampang Park.
Sekarang bangunan Ampang Park sudah diroboh untuk dimajukan.
Parkir rm21 sehari yg amat mahal pada masa itu.
Itu cuma kenangan.
Tapi cuma bertahan 2 minggu sahaja.
Ada rezeki yg lebih baik daripada itu.

Ooh. Hari ini penulis cuba bersolat jumaat di masjid berdekatan.
Tapi masjid di bukit belacan ini pun masih belum dibuka untuk umum.
Yo wes.

Movie lalat. Tango & Cash 1989.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 24, 2020

HOW DO YOU FEEL TODAY?


Penulis ternampak poster yg ditampal didinding lif.
Lif di rumah bukit Belacan.

Ini adalah roda emosi (baca, wheel of emotion), alat yang digunakan dalam terapi untuk membantu orang menangani emosi yang sukar dan untuk mempromosikan kecerdasan emosi dan kesedaran diri.

Memasukkan emosi anda ke dalam kata-kata membantu memahami diri anda dengan lebih baik dan mengatasi hasil yang membawa perubahan positif.

Movie lalat. The Handmaiden (Korean: 아가씨) 2016.
2. A Taxi Driver (Korean: 택시운전사) 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
LONTONG AMPANG JAYA
Pagi2 penulis teringin makan lontong.
Teringin juga mahu makan roti canai sekali.

Dec 23, 2020

TUTORIAL: HOW TO ADD ANIMATED PHOTO INTO BLOG ENTRY


Oops, sori ya.
Ada gangguan (baca, glitches) pada gambar animasi penulis diatas.

Kelmarin ada rakan bloger, Eza Boom Boom, bertanya,

"cantiknya tempat tu. Macam mana eh awak letak gambar boleh gerak-gerak dalam blog. Tertanya-tanya Eza. Hihi. Terima kasih in advance andai sudi ajarkan :)"


Ok Okay. Penulis cuba terangkan secara ikhlas dan ringkas ya.
Mudah sahaja.
Ambil gambar video.
Kemudian simpan dalam format GIF.
Kemudian muat naik dalam blogger seperti format gambar yg lain.

Unrelated lalat. Gambar pokok bukit Belacan di bawah.

Movie lalat. The Life Aquatic with Steve Zissou 2004.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KARIPAP MAKCIK DEPAN KUBUR P. RAMLEE SEMAKIN KECIL TAPI GELANG MAKCIK SEMAKIN BESAR

Nasi Lemak Depan Kubur P. Ramlee Jalan Ampang KLCC @2024   Rabu, 15 Mei 2024. Semalam wak perasan makcik dan pakcik nasi lemak depan kubu...