Nov 10, 2020

I SLEEP HERE TONIGHT

 


Tetiba tersadai ditengah-tengah lebuhraya pula.
Talipinggang cikputih putus.
Cikputih masih boleh berlarian dengan berhati-hati.
Walau tanpa penghawa dingin dan tanpa power steering.

Semoga cikputih dapat diperbaiki talipinggangnya esok.
Amin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Hari kedua di bengkel kereta.
Talipinggang cikputih yg baharu sudah dipasang.
Tapi masalah pulley compressor untuk penghawa dingin pula.
Pulley dan compressor sudah diganti dengan yg recond.
Tapi masih tidak berfungsi walaupun hari sudah senja.

Tengoklah esok macamana.

Ooh. Mesyuarat tingkap harus juga dijalankan seperti biasa.
Tiada alasan untuk tidak berlarian atas talian kan.

Blog bukanlah hakmllik kekal.

Nov 9, 2020

50 YEARS AND 1 MONTH AGO

Gambar lama diwarnakan menggunakan apps Colorized.
Ini adalah satu-satunya gambar paling lama yg penulis ada dalam simpanan.
Alfatihah untuk keluarga yg sudah tiada.

Nota. Itu tulisan arwah ayahanda.
Memang cantik dan kemas tulisannya.

Movie lalat. The Ballad of Buster Scruggs 2018.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 8, 2020

KUALA MASAI & SENIBONG SUNSET

Pantai Senibong view of Singapore @2020
Sebenarnya minggu ini mesyuarat tingkap berlangsung disebelah petang.
Sebab Mister Boss R sudah terbang ke negeri pasir berdengung.
Sepatutnya penulis bertugas memotong rumput diseberang tambak itu.
Tapi sekarang kan musim PKP.
Mungkin tahun depan boleh terbang juga ke negeri pasir berdengung.
Amin.

Usai mesyuarat tingkap tadi, penulis terus berlarian ke pantai kuala itu.
Tapi tidak sempat mengejar dan menangkap matahari terbenam tadi.
Lagipun awan tebal di ufuk barat.
Yo wes.

Nota. Penulis perasan warna tembok jeti itu sudah dicat biru.
Gambar lama - 2017 & 2013.

Updated. 10 Nov 2021. Alhamdulillah. Cita2 wak nak menjejak kaki di negeri pasir berdengung ini akhirnya dimakbulkan Illahi.   

Movie lalat. Hachiko: A Dog's Tale 2009.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 7, 2020

OBSOLETE HOME PHONE

Seperti juga langganan Astro.
Telefon yg penulis sudah guna sejak berpuluh tahun akhirnya telah dipotong dengan selamat.

Ehh. Apa2 pun sarapan dahulu yg ringan2.
Bismillah.

Movie lalat. The Gift 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Solat jumaat di masjid berdekatan.
Tajuk: Kasih Sayang Rasulullah Kepada Umatnya.
Dapat percuma sebotol air Drive.

Nov 6, 2020

KETAM KETAM


Tadi ternampak dalam kumpulan Malaysiaku Dulu Dulu Official.
Sudah bertahun-tahun tidak buat.
Penulis pun cuba ketamkan jari-jari tangan.
Huhu. Jari-jari sudah gemuk dan sudah kematu pula.

Movie lalat. Never Forever 2007 (18SX).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 5, 2020

HACKS

Gula-gula Hacks ini penulis suka kemam dan kulum dalam mulut.
Sejak zaman bebudak dulu2 lagi.
Pedas dan ubat tahan mengantuk bila memandu kereta.
Teringat arwah ayahanda penulis pun suka beli.

Peribahasa lalat.
Umpama gula di dalam mulut - Maksud: Pekerjaan yang mudah dilakukan (sesuatu yang sudah dikuasai).

Movie lalat. Small Town Crime 2017.
2. Most Wanted (Target Number One) 2020.
3. Life of a King 2013.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 4, 2020

GOING OUT ALONE

Malam kelaparan haruslah keluar cari makanan.

Makan roti bakar, telur setengah masak 2 jibik sudah.
Bukan kedai mamak ya.

Movie lalat. The Invitation 2015.
2. I Can Only Imagine 2018.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 3, 2020

ASTRO & HUJAN

Hari ini hujan turun agak lebat.
Bila pandang keluar tingkap, nampaklah piring astro.
Dua jibik okay.
Kenangan melanggan astro di rumah hinggap.
Rasanya sudah lebih 3 tahun penulis potong langganan astro.

Begitu juga dengan talian telefon telekom dirumah yg penulis telah potong.

Sekarang zaman internet laju unifi kan.

Akan datang tidak tahu zaman apa.

Movie lalat. Tomb Raider 2018.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 2, 2020

HAW FLAKES JAJAN BEBUDAK DULU DULU


Tadi baru perasan.
Jajan asam Haw Flakes ini penulis sudah beli lama di Tesco.
Budak2 jamni mana tahu dan minat jajan ini.

Ooh.
Tengahari tadi sempat lagi berlarian cuci kereta maibee biru itu.

Cerita lain.
Bulan lepas kan sudah dikorek tanah didepan rumah hinggap.
Kontraktor syarikat air perbaiki paip yg bocor.
Hari ini juga kontraktor yg sama korek lagi.
Kali ini bukan setakat rumah hinggap penulis sahaja.
Tapi keseluruhan taman.
Sudah sampai hayat paip2 yg lama itu.

Movie lalat. Love and Monsters 2020.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

 


Nov 1, 2020

KYOCHON

Tengahari penulis sudah berlarian ke Midvalley JB.
Bukan Midvalley KL ya.

Makan kepak dan peha ayam di restoran korea.
Sebab anak lanang yg baru menyambut harijadinya kelmarin.

Hari ini juga harijadi satu2nya cucu penulis yg jauh dimata itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 31, 2020

INTERSTATE TRAVEL

Pagi tadi usai mesyuarat tingkap (guna Skype), penulis minta sekretari N bukan nama sebenar untuk sediakan surat izin dari syarikat untuk rentas negeri.
Sejurus terima surat syarikat dari Sekretari N bukan nama sebenar, penulis pun berlarian balik ke rumah hinggap jauh nun di selatan tanahair.

Cuma penulis ditahan di sekatan jalanraya susur masuk lebuhraya Plus UPM.
Belum sempat penulis tunjukkan surat izin dari emel Sekretari N bukan nama sebenar, abam polis pun suruh terus berlarian.

Ooh, sempat lagi penulis singgah di bandar Senai, limpas bandar Kulai.

Nota lalat. Ini adalah entri terakhir penulis bulan Oktober ini.
Jumpa kawan2 di bulan hadapan ya.
Jumpa disana, disana.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

SAKIT GEARBOX KEMBALI, RAYA HAJI NAK DEKAT DAH NI

  Menara Chulan Tower @2024 Selasa, 14 Mei 2024. Hari ini hantar cikputih ke bengkel. Sakit gearbox haruslah diubati.