Jul 21, 2020

NO MASK NO ENTRY



Semalam penulis hendak ke menara BSN.
Tapi pemandu grab tidak benarkan naik kereta.
Sebab penulis tidak pakai pelitup mulut dan hidung.
Yo wes.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 20, 2020

PANTAI SIRING & BATU TENGGEK



Pagi sarapan di Pantai Siring.
Nasi lemak telur mata.
Dan seafood celop tepung.

Petang ber"sanrais" di Batu Tenggek, Tanjung Bidara.
Eh silap. Petang bersanrais pulak. Patutnya ber"sunset". Hahaha. Ampunkan penulis ya. ;p

Fantun lalat. Kalo takut dilambong ombak, jgn berumahtanga byk2 ditefian fantaiii. Ammvoiii.

Pantun lalat. Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan; Buang emak buang saudara, Kerana kasih hamba turutkan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.












Jul 19, 2020

BUKIT ST PAUL



Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan nyawa saya serahkan.

Amvoiii.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




























Jul 18, 2020

THIS IS SUPER RING



Sekarang tengah seronok layan drama politik negara.
Drama di fesbuk pasal PM6, PM7, PM8 dan PM tepi sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 17, 2020

MERDEKA 118 TOWER



Assalamualaikum.
Salam jumaat.
Malam tadi malam jumaat.

Kemaskini lalat.
Selepas berbulan2 tidak bersolat jumaat berjemaah.
Akhirnya berjaya juga menunaikan fardhu kifayah hari ini.
Alhamdulillah.

Tapi kena halang di masjid India.
Sebab tidak bawa mykad. Aiyah.

Terpaksa berlarian ke masjid Jamek.
Alhamdulillah urusan dipermudahkan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.













Jul 16, 2020

MALAM JUMAAT - YASIN ATAU AL-KAHFI



Malam ini malam jumaat.

Kebiasaan membaca surah Yasin.
Tapi ramai ustaz bersependapat kata lebih afdhal baca surah al-Kahfi.
Link. FB Ustaz Azhar Idrus | Maulana Fakhrurrazi | Ustaz Kazim Elias

Nota lalat. Sekarang tgh dok hafaz surah at Takwir.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 15, 2020

TAJUL MULUK 2020



Petang tadi penulis sudah berlarian ke kedai buku Mukmin Jalan TAR.
Tiada niat pada mulanya.
Tapi terbeli juga buku klasik Tajul Muluk kulit baharu.
Kitab lama datuk nenek doeloe-doeloe.

Tiada yg menarik.
Sebab sudah ketinggalan zaman dan membawa kemunafikan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.









Jul 14, 2020

IXORA JUNGLE FLAME



Bunga jejarum Bunga siantan
di tangkai lagi sudah layu
Pantang dicabar anak jantan
Takut tidak musuh seribu

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 13, 2020

ROTI ARAB DAGING KAMBING



Minum petang di RnR Pagoh.
Roti arab yg lembut.
Daging kambing yg banyak minyak dan banyak lemak.

Singgah juga di Stadium Hang Jebat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Jul 12, 2020

JANGAN BELI HENFON HUAWEI




Jangan beli henfon Huawei.
Sebab tiada google bagai.
Sebab tiada gmail.
Sebab tiada youtube asli.

Demm.
Penulis terbeli juga.

Sebab utama kerana kecanggihan kamera Leicanya.

Kemaskini lalat. Selepas 2 minggu memakai henfon Huawei P40 Pro (RM3550).
Cuba pasang sendiri Playstore guna ajaran youtube. Tidak berjaya.
Akhirnya temujanji dengan budak motor LC godam dan pasang Playstore. (RM50).
Whatsapp pula bermasalah.
Hubungi khidmat pelanggan. 3 hari baru selesai.
Sekarang kembali kepada norma Android yg biasa.

Kemaskini Lalat.
2 Februari 2022.
Selepas pakai selama setahun 6 bulan.
Henfon Huawei P40 Pro masih gagah.
Gambar2 pun masih tidak mengecewakan.
Jatuh banyak kali atas batu gravel pun tidak retak, cuma calar.
- ditulis diatas Seafox Frontier Barge, al-Shaheen Complex offshore, Doha, Qatar.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





MISUNDERSTOOD



Cerita pasal nenas potong.
Ditengahari yg panas berdeting.
Bila ditanya harga kepada cewek indon yg jual ditepian longkang itu.
"Satu duah," katanya.
Jadi penulis berikan sahaja dua hinggit.
"Eh, bukan dua hinggitlah wak. Cuman satu hinggit dua pohsyen saja," katanya lagi.
"Masa satu dijual dua hinggit. Nanti orang lari ngga ada mau datang beli!" beritahu cewek.
Maksudnya, sepotong itu harganya ialah RM1.20.
Ooh, penulis senyum sahaja.
Dan cewek indon itu pun membalas senyuman penulis.

Cerita lain lalat.
Petang tadi sudah berlarian ke Midvalley JB, bukan Midvalley KL.
Sebab isteri penulis (yg itu) berguling2 beberapa pekan mahu makan nasi ayam penyet.
Makan petang dahulu di LC Catering Jalan Tebrau.
Weh, saperla tak sayang bini. Tapi ada kan. Khannnns.

Ooh. Pagi tadi penulis sudah hantar cikputih servis.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




SAKIT GEARBOX KEMBALI, RAYA HAJI NAK DEKAT DAH NI

  Menara Chulan Tower @2024 Selasa, 14 Mei 2024. Hari ini hantar cikputih ke bengkel. Sakit gearbox haruslah diubati.