Jun 22, 2020

MAKAM ANAK DARA



Tengahari panas berdeting penulis telah berlari-larian mahu ziarah makam keramat.

Panjat bukit (atau pulau?) sampai keatas.
Tapi pintu pagar ditutup dan dimangga pula. Yo wes.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




"SUDAH-SUDAHLAH DI PENGHUJUNG USIA REBUT NAMA"



Dr Maza perli Tun M.

“Dinasour dikatakan telah pupus. Itupun jika benar, satu rahmat ALLAH yang besar buat manusia.

“Andainya usia dinasour dipanjangkan sehingga kini, mungkin akan mengundang banyak masalah kepada kita.

“Manusia apabila usia lanjut tanpa ketakwaan, mungkin mengundang banyak masalah kepada manusia lain,” katanya.

Mohd Asri turut memuatkan doa Saidina Umar al-Khattab ketika pulang dari menunaikan haji.
Doa berkenaan bermaksud:

“Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang-belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fltnah”.

"Maka, sudah-sudahlah di penghujung usia. Sehingga bila ingin merebut nama di dunia fana! Berhentilah! Lazimilah tikar sejadah.."

Sumber: Instagram Dr Maza
Nota lalat. Peringatan untuk diri sendiri.



Jun 21, 2020

TEH O AIRCOND



Petang2 ngombe teh o panas kurang manis dengan aircond ditepi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




Jun 19, 2020

TANDAS CANGGIH



Disclaimer. Ini mungkin entri remeh.

Walaupun penulis orang kampung asli yg guna tandas cangkung.
Tapi bila guna tandas duduk tidaklah sampai penulis pijak tempat duduk dengan kasut.

Sekarang ini di tempat memotong rumput ini, penulis kena belajar cara guna tandas air semburan bidet itu pula.

Ada orang kata jamban di Jepun itu sudah lama guna semburan air seperti ini.
Tapi seingat penulislah, jamban cangkung di Jepun dorang guna terbalik.
Sila bayangkan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 17, 2020

KL TOWER 2020

Menara Kuala Lumpur KL Tower @2020

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A view from Jakel at Capsquare Mall @2020

A view from Parking Depan Balai Polis Dang Wangi @2020

KL sunrise this morning @2020

Jun 16, 2020

DK ILLUSTRATED FACTFINDER



Buku rujukan ensiklopedia pengetahuan am yg penulis beli pada tahun 1999.
Kulit buku pun sudah hilang entah kemana.

Dengan kemajuan canggih internet dihujung jari.
Juga dengan kehadiran youtube dan wikipedia.
Tiada lagi terbitan buku terbaharu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.











Jun 15, 2020

KUNDOR BEACH



Petang tadi penulis sudah berlarian ke tepian pantai.
Tangkap gambiran matahari terbenam guna henfon cap ayam sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 14, 2020

DURIAN MURAHAN



Beli durian murah ditepi longkang rm12 sekilo sudah.
Kalau musang king atau d24 paling kurang pun rm35 sekilo.

Petang.
Jalan-jalan singgah Kedai Lima untuk lihat stadium terbaharu JDT itu.
Stadium Sultan Ibrahim berdekatan pekan Lima Kedai.
Ambil gambiran dari luar pagar sudah.
Alone matcham biasa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 13, 2020

PARKING DEPAN BALAI POLIS DANG WANGI



Hari pertama bertugas memotong rumput di pejabat yg baharu. WFO.
Setelah dua bulan lebih penulis memotong rumput dari rumah. WFH.

Dan bersama-sama dengan superintendent dari luar pantai.
Yg selama ini dikenali suara masing2 dari mesyuarat tingkap Skype sahaja.





DRIVE LIKE A LADY

Pagi-pagi sudah tiba seperti dijangkakan.

Penulis parkir di depan balai polis, di kawasan terbuka. RM6 sekali masuk.
Superitendent Lim (bukan nama sebenar) parkir dibawah bangunan. RM3.50 sejam.
Jadi tadi Superitendent Lim hendak keluarkan keretanya dan parkir didepan balai polis juga.
"Kete mewah baru pon nak jimat parking," getus hati penulis.
Penulis ikut juga sebab kena ambil tetikus yg tertinggal dalam cikputih.
Kalau tiada tetikus bagaimana hendak memotong rumput kan?

Punyalah lemah lembut Superintendent Lim memandu kereta itu.
"Wak jangan marah naa, ni keleta bahalu waiff saya punyah," beritahunya.
"Saya tak suka reverse," katanya lagi.
"Wak mesti pakai seatbelt," sambil menjeling dan tunggu penulis pasangkan belt sendiri.
"Saya kelije offshore 20 tawon, ni keleta bahalu waiff bawak pon dekat2 saja," Superintendent Lim borak2.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Jun 12, 2020

KARIPAP MAKCIK DEPAN KUBUR P. RAMLEE SEMAKIN KECIL TAPI GELANG MAKCIK SEMAKIN BESAR

Nasi Lemak Depan Kubur P. Ramlee Jalan Ampang KLCC @2024   Rabu, 15 Mei 2024. Semalam wak perasan makcik dan pakcik nasi lemak depan kubu...