Feb 22, 2020

BERGADANG KE MASAI

On Lebuhraya Pasir Gudang highway at 2am @2020

Sabtu. Tiada yg menarik.
Cuma berlarian ke Midvalley Southkey JB.
Makan nasi ayam sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.












Feb 21, 2020

KFC RM20 PROMO TODAY ONLY!



Salam kawan2 semua2 lah.
Hari ini Khamis malam Jumaat.
Ghau ghau.

Ada promosi KFC ayam goreng Snack plate.
Hanya rm20 untuk hari ini sahaja. 20.02.20.
Baca dahulu terma dan syarat.
Dengar cerita, ramai datang ke restoran KFC kena beratur panjang diseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak!

Jangan cakap penulis tak bilang.
Sharing is caring ya.

Movie lalat. The Matrix 1999.
2. Rocky 1976.
3. Synecdoche, New York 2008.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 20, 2020

CHANGKAT TUNKU SUNRISE



Pagi2 gelap guliter pas Suboh sepi-e penulis sudah berlarian ke Bukit Tunku.
Konon mahu menangkap matahari terbit.
Tapi salahkan pada awan yg teballah sangat.

Penulis guna henfon cap ayam sahaja sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.














Feb 18, 2020

WAKTU LAWATAN HOSPITAL AMPANG YANG PATUT KAU TAHU



Waktu lawatan di Hospital Ampang ialah seperti berikut:
Isnin hingga Jumaat : 12.30pm - 2.00pm, 4.30pm - 7.00pm
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 12.30pm - 7.00pm
Perhatian & mohon maklum: Kanak2 di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk.

Untuk waktu lawatan di hospital Sultanah Aminah JB sila berubat di SINI.

Cerita lain lalat.
Pertama kali naik LRT di tahun 2020.
Dari hospital Ampang ke LRT Pandan Indah, tambang Grab rm8.
Tapi drebar matcha hantar ke LRT Cempaka, "lagi dekat wak," katanya.
Sebelum itu, drebar matcha merungut dengan tambang Grab yg murah dan pengambilan penumpang yg jauh.
"Ni pestaim saya drive pagi2 bawak Grab wak!" sambil membebel dengan keadaan trafik yg macet, "sama mcm petang waktu balik keje!"
Penulis dapat rasakan kekecewaan dan kesengsaraan itu.
"Dulu saya keje bonzer," beritahu matcha lagi.

Dari LRT Star Cempaka ke LRT Masjid Jamek.
Guna kad Touchngo, sampai ke LRT Glenmarie, tiket rm5.50 sahaja.

Jalan kaki dari stesen LRT Glenmarie ke padang memotong rumput selama 15 minit.
Peluh jantan pun tidak sempat mahu keluar.

Nota dalam LRT. Tidak dibenarkan merokok, makan dan minum. Demm.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Movie lalat. The French Connection 1971.
2. The Graduate 1967.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 17, 2020

SPIRAL STAIRS BNM



Tengahari panas berdeting penulis sudah berlarian ke muzium galeri seni Bank Negara Malaysia BNM itu.
Gara2 mahu menangkap gambiran tangga2 berpusar (baca, spiral stairs) yg cantik dan jeliter seperti dalam blog ciksal yg punya itu.

Penulis tidaklah lama di muzium itu kerana ada panggilan pulau yg lain. OTL
Bukanlah disebabkan henfon cap ayam penulis sudah kehausan bateri ya.
Tangkap dua tiga keping gambiran sudah.

Movie lalat. We Own the Night 2007.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



























Feb 15, 2020

BERUANG HILL



Pagi2 penulis sudah berlarian ke Bukit Beruang.













Kemudian petang penulis berlarian mencari topeng muka.
Ada farmasi yg hadkan sorang boleh beli 2 lai.
Ada farmasi yg benarkan 5 lai sorang sahaja.
Tapi selai tetap lapan poh sen.



Kemudian penulis berlarian mencari cendol.



Movie lalat. The Fall 2006.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



JEMUAHAN NANG SUNGEI WAY



Salam jumaat kawan2 penulis semua2 lah.

Hari ini penulis sudah bersolat jumaat di masjid ar Rahmah Sungai Way.
Tajuk khutbah: (entah, sbb penulis terlelap seketika pulak - terlebih makan pisang letteww) OTL

Movie lalat. Beast 2017.
2. Braven 2018.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Feb 14, 2020

POOR DASHCAM VIDEO QUALITY



Dalam kereta cikputih penulis sudah lama pasang video kamera (baca, dashcam) untuk keselamatan dan kesejahteraan.
Tapi gambarnya yg tidak berkualiti dan tidak tajam.
Nombor plat pendaftaran motor kapcai yg 2 awek sedang menunggang itu pun tidak jelas.
Tarikh yg tertera di skrin monitor itu pun tidak tepat walaupun sudah berkali2 diperbetulkan.
Penulis sedang berangan-anganan untuk tukar yg baharu.
Nantilah dahulu sebab sekarang poket pun asyik bocor sahaja.
Soru pun selalu missed. Gituu.

Cerita lalat berkaitan. Ustaz pesan kalau nak lancar menghafaz ayat2 quran dan tidak akan terlupa ayat2 yg sudah dihafaz haruslah kurangkan memandang benda2 maksiat dan yg kurang berfaedah. Contohnya awek yg sedang mengangkang atas motor itu. Astaghfirullahalazim.

Salam hari Jumaat kawan2 semua2 lah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Feb 13, 2020

SETEL



Pagi2 tadi semasa penulis mengisi minyak di stesen minyak Petronas Awan Besar.
Terperasan penulis ada ahkak Almeera isi minyak pakai apps Setel dalam henfonnya untuk buat bayaran dahulu.
Pastu ahkak pun kuar kereta Almeera hijau terus isi minyak.
Tapi dia tinggalkan sahaja hos minyak pada tangki kereta.
Dia kunci kereta Almeera hijau dan berjalan ke dalam kedai Mesra.
Canggih juga, getus hati penulis.
Tidak perlu beratur ke kaunter atau masukkan kad kredit dahulu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Unrelated image. Jajan roti 90sen dalam opis @2020

Feb 12, 2020

GOOD MORNING PUCHONG



Masjid as Salam taman tasik Puchong Perdana pagi tadi.
Matahari terbit (baca, sunrise) lah sangat.

Movie lalat. An Unfinished Life 2005.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



SAKIT GEARBOX KEMBALI, RAYA HAJI NAK DEKAT DAH NI

  Menara Chulan Tower @2024 Selasa, 14 Mei 2024. Hari ini hantar cikputih ke bengkel. Sakit gearbox haruslah diubati.