Dec 24, 2019

A VIEW FROM THE HOSPITAL BED



Hari ketiga di hospital, tapi anak wedok seng cilik yg menemani bondanya tidur dihospital.
Doktor kata esok boleh pulang ke rumah.

Movie lalat. Gran Torino 2008.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 23, 2019

TONIGHT SHE SLEEPS HERE



Semoga dipermudahkan pembedahan isteri penulis (yg itu) esok pagi.
Amin ya robbal alamin.

Nota link lalat. Rectal bleeding.

Kemaskini lalat. Alhamdulillah. Urusan pembedahan berjalan lancar jam 10am tadi. Gambar dibawah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 22, 2019

MATA KACANG



Sudah lebih 13 tahun penulis bersama cikputih yg sudah berkarat tubuh badannya.
Cermin lampu hadapan pun sudah menjadi kuning dan lesu dan layu.

Dua pekan lepas penulis sudah menghantar cikputih ke bengkel cat.
Cat dengan warna yg sama seperti asal.
Sambil itu, cermin lampu hadapan juga sudah digosok bersih dengan cecair alkohol.

Pagi tadi penulis sudah ambil kembali cikputih yg bercat baharu.

Selepas itu penulis membuat nombor plat pendaftaran yg baharu.
Sambil menunggu, penulis pekena cendol md salleh depan maybank masai itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 21, 2019

SENALING



Tengahari tadi penulis sudah berlarian ke Kuala Pilah.
Untuk menjemput anak wedok penulis yg sedang belajar di kolej matrikulasi disitu.

Sebelum itu, sempat penulis bersolat jemuah di masjid Kariah Senaling.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 20, 2019

Dec 19, 2019

AUTOMATIC GEARBOX TRANSMISSION PROBLEM RECOVERY



Kereta anak lanang nampaknya sudah tiada masalah tersentak (jerking) lagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 18, 2019

FLEXI RED



Henfon cap aiyam penulis ada bekas untuk 2 kad sim.
Kad sim utama penulis pakai pasca bayar pelan data Celcom.
Kad sim kedua penulis pakai prabayar Maxis hotlink.

Pasal kad sim utama dengan Celcom penulis tiada masalah.
Dan penulis baru saja ambil iphone 11 baharu dgn bayaran ansuran selama 2 tahun.

Pasal kad sim kedua dengan Maxis penulis sudah pakai bertahun-tahun.
Dalam akaun ada baki duit rm400 lebih.
Daripada tidak digunakan, baik penulis naiktaraf ke pasca bayar Maxis.

Jadi semalam penulis sudah naiktaraf kad sim Maxis hotlink.
Ambil pelan yg paling murah iaitu rm30 sebulan sahaja.
Data pun ciput 1GB sahaja.

Sebenarnya penulis ada kad sim yg ketiga. Nombor ada seperti dlm gambar diatas. Tapi disebabkan lama tidak ditambahnilai jadinya kad sim itu sudah tamat tempoh. Tidak boleh dibuat panggilan atau sms. Hanya whatsapp sahaja tapi guna wifi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



KARIPAP MAKCIK DEPAN KUBUR P. RAMLEE SEMAKIN KECIL TAPI GELANG MAKCIK SEMAKIN BESAR

Nasi Lemak Depan Kubur P. Ramlee Jalan Ampang KLCC @2024   Rabu, 15 Mei 2024. Semalam wak perasan makcik dan pakcik nasi lemak depan kubu...