Sep 21, 2019

WHERE IN THE WORLD IS BUKIT KEMBARA


Start of hiking Bukit Kembara ...

Minggu lepas, penulis sudah merentasi Taman Tasik Tun Jeanne Abdullah itu.

Pagi tadi penulis pun mendaki Bukit Kembara berhampiran rumah merpati penulis yg itu.
Ini adalah pendakian kali kedua.
Kali yg pertama beberapa tahun yg lampau.
Itupun tidak sampai ke tasik simpanan.
Sebenarnya sudah lebih 5 tahun penulis tidak mendaki bukit dan gunung ganang sejak turun dari Gunung Kinabalu. Mendaki gunung daik bercabang dua itu cerita lalat lain. Ehemm

Ini juga adalah pendakian permulaan untuk memanaskan badan membuang lemak2 sahaja.

Statistik Bukit Kembara 2019
Ampang Jaya, Selangor, Malaysia
Sep 21, 2019 6:58 AM Hiking/Backpacking
Distance 3.8 km
Duration (Total) 1h 43m 34s
Duration (Active) 1h 40m 45s
Duration (Paused) 2m 49s
Avg Speed 2.2 km/h
Highest Point 241 m
Total Ascent 204 m
Difficulty Easy

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Bukit Kembara Waypoint B-3 ...



Ahpek with shortpant also can hike liaoo...

At the summit (244 meter) after 20 minutes of hiking ...

Many people have lost their ways if they start the hiking from the TAR ...

Easy track indeed ...

Beautiful view on the reservoir .. this where I met 2 ahmois ...

Empangan Tasik Hijau @2019

Reststop at the Empangan Tasik Hijau

Bukit Kembara A-5 ...

The blocking log ...

The little waterfall ...

Approaching the summit again ...

Bukit Kembara summit at 244 meter above sea level ...



Going down from the summit...

A big boulder on your way ...

Back to starting point ... only a third of water I drank

Me myself .. oops perott

After the hike., haruslah membawang ....

The trail statistics on Bukit Kembara Ampang .. you never lost @2019

Sep 20, 2019

BUAH PRUNE ATASI SEMBELIT



Bukanlah penulis sedang mengalami sembelit.
Cuma kadang-kadang baik juga mencuci perut yg semakin membesar kann.
Luaran dan dalaman.
Makan buah prune sudah.
Memang mujarab.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

FRIDAY HAZY SKY



Selamat pagi jumaat kawan kawan semua lah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 19, 2019

MY OLD EGO



Skuter penulis yg sudah berusia lebih 16 tahun.
Masih ganteng mengharungi Jalan Ampang.

Tapi skuter seperti ini tidak boleh berlarian jarak jauh.
Leh kecut kematu telo.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 18, 2019

JAMBATAN TERTINGGI



Kalau berlarian dari Lebuhraya Lekas ke Kuala Pilah, ada jambatan kedua tertinggi.

Jadinya kelmarin penulis sudah berlarian diatas jambatan tertinggi negara.
Kena lalu Rawang Bypass.
Kalau tersasar boleh buat pusingan U 3.4km dihadapan Templer Park. Aiyah.

Gambar kurang jelas tapii.
Sebab pemanduan yg laju.
Dan tidak boleh berhenti dibahu jalan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 17, 2019

UNIFI



Sudah lama penulis potong tallian internet streamyx dan astro.

Dan sejak dua menjak ini, isteri penulis (yg itu) asyik memohon untuk dipasang talian unifi pula. Nak muaturun movie katanya. Weh saperlar tak sayang bini kan? Khannns.

Jadi dipendekkan cerita penulis pun pasanglah juga talian unifi kelmarin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 15, 2019

BLOOD SCREENING TEST



Pagi tadi selepas berlarian membelanja barangan dapur di Tesco, penulis pun berlarian terus ke klinik.
Sudah lebih 2 tahun, maka penulis pun haruslah membuat pemeriksaan dara dan kencing.

Doc cucuk tangan kanan.
Tiga balang dara.
Nanti kencing setengah botol, kata doc.
Iyela doc.

Selepas berjumpa doktor, barulah penulis membatalkan puasa sejak tadi malam.

Semoga keputusan kesihatan penulis sentiasa ditahap baik. Aminn ya robbalalamin.

Updated. LDL cholesterol 3.2 (<2.6) Older links: Kolesterol

Cerita lain lalat pasal kesihatan.
Minggu lepas ada kawan2 sebaya penulis yg mengalami masalah kesihatan.
1. S bukan nama sebenar keluarkan batu karang sendiri dengan minum air kelapa yg dibakar.Takut pergi ke hospital untuk dimasukkan tiub tanpa bius dan dipaksa bugil depan nurse yg jeliter, katanya.
2. Kawan kepada T bukan nama sebenar dimasukkan ke wad IJN berdekatan tempat memotong rumput itu. Sakit jantung katanya. Suka makan sup daging dan internal organ binatang.
3. Kawan tugasan lama, Shuko, baru 48 tahun telah meninggal dunia kerana sakit jantung secara tiba2. Kebetulan anak lanang Shuko bertugas dipadang yg sama dan sempat menghantar beliau ke Hospital Pusrawi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

TAMAN TASEK TUN JEANNE ABDULLAH



Sore semalam penulis sudah pun berlarian ke Taman Tasek Tun Jeanne Abdullah (Seri Alam Jungle Park) itu.
Dibelakang rumah hinggap.
Alone matcham biasa.

Penulis tahu pun tempat riadah ini dari kumpulan whatsapp taman setempat rumah hinggap penulis (yg itu).
Tapi bila sudah tiba di penghujung jalan, berhampiran ladang kelapa sawit, penulis kesesatan.
Jadi penulis pun pulang ke pangkal jalan.
Lagipun hari sudah senja.

Lain kali harus diripit.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

























Sep 14, 2019

MIDVALLEY SOUTHKEY TO FOREST CITY



Tengahari tadi penulis sudah berlarian ke pusat belibelah yg baru, Midvalley Southkey.
Membeli pakaian untuk anak lanang dan wedok dan diri sendiri.

Kemudian penulis pun berlarian ke Forest City.
Jalan-jalan cuci mata sahaja.
Didalam kekabusan jerebu yg melanda.

Blog bukanlah hakmilik kekal.















SAKIT GEARBOX KEMBALI, RAYA HAJI NAK DEKAT DAH NI

  Menara Chulan Tower @2024 Selasa, 14 Mei 2024. Hari ini hantar cikputih ke bengkel. Sakit gearbox haruslah diubati.