Feb 12, 2019

KELEBIHAN SURAH ALMULK


Text book used durng a short kuliah session @2019.

Pagi tadi tiba-tiba penulis dipanggil untuk menghadiri majlis doa selamat syarikat ini.
Selepas penerangan dan solat hajat berjemaah oleh ustaz, ada pula ceramah ringkas dari bank CIMB tentang Skim Pesara Awam (baca, Private Retirement Scheme).

Ustaz ada memberitahu kelebihan surah al Mulk ialah untuk meringankan siksaan kubur.

Nota lalat. Tadi sempat lagi penulis rakamkan suara penulis menghafal surah al Waqiah. Ya, suara asli penulis pada hari ini, 12 Februari 2019 untuk rujukan masa hadapan. Jangan kecam. Ini bukanlah doa pengasih.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 11, 2019

A STORM IS COMING

IOI Puchong Mall powerline and a MRT station @2019.

Seperti kata orang dulu-dulu.
Kalau takut dilambung ombak,
jangan berumah banyak-banyak ditepian pantai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 7, 2019

TOBLERONE

A toblerone chocolate candy from oversea @2019.

Pagi-pagi tadi,
ada rakan sekerja letak satu cokelat Toblerone atas meja penulis.
Tidak tahu siapa yg bermurah hati.

Begitu juga,
penulis letak sesikat pisang dan sejambak buah rambutan kuning di pantri.
Sebelum pulang tadi,
penulis lihat pisang dan rambutan sudah habis.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 4, 2019

HOW TO SET UNIVERSAL REMOTE CONTROL CODES WITH PANASONIC AIR CONDITIONER | CHUNGHOP K-1028E

K-1028E Universal A/c Remote @2019

Hujung minggu yg agak sibuk.

1. Perbetulkan pelampung tangki tandas - SIAP.

2. Tukarkan pengawal jarak jauh untuk penghawa dingin bilik yg sudah rosak - SIAP.

3. Tukarkan rumah lampu kalimantang di garaj kereta - KIV.

4. Buat pendua kunci gril pagar rumah - SIAP.

Untuk perbetulkan pengawal jarak jauh Universal Chunghop 1028E untuk penghawa dingin Panasonic, ceritanya begini. Penulis sudah beli pengawal jarak jauh itu tetapi kerana terlepas pandang bila penulis sudah membuang kotaknya yg terdapat arahan didalamnya terlebih dahulu. Bila dicuba sendiri, masih tidak berjaya. Tapi akhirnya, penulis terjumpa tiubawak (baca, youtube) di laman sesawang Hak Nuk Man. Memang ada tatacaranya. Kacang sahaja. [+ Pautan lain: IT Jungles ]

Sempat juga penulis melayan anak lanang bocah cilik menonton wayang tajuk "How To Train Your Dragon".

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aeon Tebrau City @2019

Feb 1, 2019

Jan 30, 2019

PROJECT GIFTS

A mandarin orange hold by me @2019.

Semalam ada jurutera projek memberikan sehelai baju T pada semua pekerja di pejabat. Walaupun penulis beritahu tidak pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam projek tersebut. "Ambil sajalah wak," paksa jurutera projek berjambang itu.

Pagi tadi pula, tiba-tiba ada sekotak cenderahati tertulis "DN - Demi Negara". Corak rekaan seperti mantan kerajaan sebelum ini.

Selepas itu ada pula, kerani projek berikan sebiji limau mandarin disetiap meja. Kecil sahaja saiz bentuk limau mandarin itu, tidak sebesar limau mandarin yang penulis beli semalamnya.

Nota lalat. Binatang untuk tahun baru cina tahun 2019 ini  ialah babi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 28, 2019

BACHELOR BREAKFAST

Plaza Tol @2019

Pagi tadi ada rakan sekerja bawa roti canai ke pantri pejabat. Jadi penulis pun menjamah lah juga. Dua keping roti canai cecah dengan sambal tumis sudah.

Sambil itu, kebetulan HAR (jurutera bujang) datang dan bersama-sama makan roti canai di meja. HAR tanya penulis sekarang tinggal dimana dan datang kerja menaiki apa. HAR tinggal di Kajang. Bila penulis tanya HAR bila nak kahwin, HAR jawab, "ramai sangat awek lah wak, tak tau mana satu nak dipilih." Pilih yang beragama kata ustaz, penulis berseloroh. Atau kalau susah sangat, pilih kesemuanya, penulis tambah dengan gelak-gelak.

Kamus lalat. "Bachelor breakfast" bermaksud makan sarapan sambil berdiri di dapur, bukan makan dan duduk dimeja makan seperti lazimnya.

Nota lalat. Sejak akhir-akhir ini, lorong Smartag di lebuhraya kadang-kadang tidak dapat kesan kotak smartag penulis yang diletak di atas dashboard kereta. Tapi sekarang penulis kena tekan butang "On" barulah dapat dikesan. Mungkin sudah sampai hayat untuk diganti baru. Tapi penulis diberitahu bahawa pihak Plus tidak lagi menjual kotak smartag itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Under Akleh flyover, Jalan Tun Razak @2019.

KARIPAP MAKCIK DEPAN KUBUR P. RAMLEE SEMAKIN KECIL TAPI GELANG MAKCIK SEMAKIN BESAR

Nasi Lemak Depan Kubur P. Ramlee Jalan Ampang KLCC @2024   Rabu, 15 Mei 2024. Semalam wak perasan makcik dan pakcik nasi lemak depan kubu...