Mar 15, 2015

PERPUSTAKAAN SIR HENRY GURNEY



KADANG kadang saya melayan kebosanan hingga ke bandar Seremban yang tiada apa-apa yang menarik dan merakam gambar animasi air pancuran saja.




Mar 14, 2015

TODAY IS EINSTEIN'S BIRTHDAY



ALHAMDULILLAH, hari ini 14haribulan Mac 2015, bersamaan 23 JamadilAwal 1436 Hijrah. Anak lanang bocah cilik saya pun sudah berumur 8 tahun lah. Ayahnda mengucapkan semoga terus membesar menjadi anak yang soleh. Amin ya robbal alamin.

Nota lalat. Albert Eistein.



Mar 13, 2015

LAKI DAY - JUMAAT THE 13TH



MALAM Jumaat kelmarin saya sudah merempit ke Seremban, konon mencari ikan bakar sedap. Tersesat juga sehingga ke Damsyik begitu. Layanan yang terbaik, baru 5 minit buat pesanan, nasi briyani ayam wahid sudah terhidang.

Hari ini 13 haribulan hari jumaat. Tadi malam ialah malam jumaat. Omputih cakap 'unlucky day'. Jodoh rezeki ajal maut semua gusti Allah tentukan.







Mar 12, 2015

BILA CINTA MENJADI BENCI



Wah. Tajuk entri saya pun sudah seperti drama tv rantaian adaptasi novel seperti 'Teman Lelaki Upahan' dan 'Suami Sebelah Rumah' yang sedang ditayangkan disebelah petang. Ya, sebenarnya sudah lama saya tidak membaling bola bowling. Adalah lebih 5 tahun. Pencapaian membaling longkang pun masih tahap yang biasa-biasa saja. Main di Ampang Point saja sudah.

Mar 11, 2015

JAKARTA AIRPORT TAX IN RM



MINGGU lepas saya sudah menghantar anak bujang saya ke lapanganterbang KLIA2. Beliau hendak menonton konsert Metalica di Jakarta katanya. Selama ini setahu saya bayaran cukai lapangan terbang (baca: airport tax) Indonesia akan dibayar bila keluar dari bandara mereka. Tetapi saya pelik juga kerana anak bujang saya tidak boleh daftar masuk (baca: check in) di kiosk seperti biasa dan terpaksa ke kaunter untuk membuat bayaran cukai bandara terlebih dahulu.

Mar 10, 2015

JALAN DORAISAMY



MALAM kelmarin saya sudah merempit ke tengah bandaraya untuk bersantap sup tulang mamak tepi longkang saja. Malam yang panas kerana musim kemarau sekarang ini. Krisis politik air di Selangor pun belum berkesudahan.


Mar 9, 2015

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: LE TOUR DE LANGKAWI

Caleb Ewan | Le Tour de Langkawi | Pulau Langkawi | Kedah 2015

SEMALAM saya sudah pergi menangkap gambiran orang berlumba basikal. Memey penat seh. Amaran: ada 43 foto (tidak termasuk gambar bikini).

Nota wikipedia lalat. The Tour de Langkawi is a multiple stage bicycle race held in Malaysia. It is named after the archipelago Langkawi, where the first edition started and finished. The race has been held annually since 1996, primarily in the month of February. It usually consists of 10 day-long segments (stages) over 10 days.


















































































FALL INTO SLEEP IMMEDIATELY WITH HEAVY RAINSTORM & THUNDER SOUNDS

  Amasari Residence Resort @2024 Sabtu, 5 Mei 2024. Hari ini hujan turun dengan lebat anjing dan kucing. Tapi wak tidur kepenatan waktu itu....