Feb 17, 2018
CUTI BODO CINO
Jumaat, 16 Februari 2018. Tahun Baru Cina.
Sempat balik kampung, penulis berjumpa abang ipar (suami arwah kakak penulis) pasal urusan penjagaan kebun sekangkang kera dan upah penjualan buah cempedak. Agak lumayan juga. Sambil memetik buah rambutan yang sudah lama masak ranum menjadi hitam. Dan memetik buah limau nipis itu.
Sabtu pula penulis sempat menghadiri jemputan kahwin bekas rakan asrama di Taman Scientex Kulai (bukan Taman Scientex Pasir Gudang ya). Kesesakan lalulintas dari plaza tol Skudai menghala utara yang agak luarbiasa sempena cuti raya cina.
Kamus lalat. Bodo = raya, Cino = Cina
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Dec 25, 2017
Dec 18, 2017
ROS MAHAL
The Tun Razak Exchange, TRX, is an iconic 70-acre development in the heart of Kuala Lumpur that is set to become a leading centre for international finance and business. Tun Razak Exchange is located in on the eastern edge of Kuala Lumpur's central business district, sandwiched between Bukit Bintang, Pudu, Cochrane, Kampung Pandan and Ampang Hilir. The Royal Selangor Golf Club is across Jalan Tun Razak, as well as RHB Bank's national headquarters and Zouk KL. [ Wikipedia 2017. ] |
Arakian diceriterakan orang akan satu bangunan mercu tanda baharu yang sedang dalam pembinaan dengan gigihnya. Tun Razak Exchange (TRX) atau Menara Najib untuk isteri yang amat dicintai seperti bangunan "Taj Mahal" di Indon. Tiadalah bangunan lain yang lebih tinggi daripada menara berkembar Petronas KLCC itu kecuali menara ini juga. Kemudiannya akan dinamakan "Ros Mahal" juga adanya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nov 12, 2017
Nov 3, 2017
THIS IS THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG
Today is my last day working here in MMHE Yard, Pasir Gudang. Bye-bye, au revoir. |
Pejam celik pejam celik tidak sedar rupanya penulis memotong rumput di padang yg tandus ini hampir setahun juga. Alhamdulillah. Esok mula bertanam tebu semula. Kata orang,
Tuai padi antara masakNota lalat. Ini adalah entri terakhir penulis buat masa ini. Jumpa kawan-kawan dilain masa dan dilain waktu dan ketika. InsyaAllah.
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nov 2, 2017
NASI ARAB AL HANIN BAYAR SESUKA HATI
Nasi Arab Al-Hanin Taman Rinting. |
Esok adalah hari terakhir penulis bertugas memotong rumput di sini. Tengahari tadi, ada rakan sekerja penulis yang ingin belanja makan nasi arab bayar sesuka hati, katanya. Terimakasih daun keladi. Amin
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Thanks kawan-kawan, Azemi, Wak Kamsol, Zaime, John. |
Pay as you feel. |
Nov 1, 2017
MY FIRST GRANDCHILD
My first granddaughter and grandchild was born yesterday, 31 October 2017 in Hospital Kuching, Sarawak. Photo credit: aDm |
Alhamdulillah, pagi tadi penulis mendapat berita gembira dari anak lanang yang sedang berada di seberang Laut Cina Selatan yang sedang menemani isteri beliau menjalani operasi caesar. Dalam jam 11.11pagi, cucu pertama wedok penulis, Mihrimah Sophia, telah selamat disambut. Alhamdulillah sekali lagi. Amin.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Oct 30, 2017
BERENANG-RENANG KE TEPIAN
Pagi Ahad yang biasa-biasa. Penulis telah berenang-renang ke tepian tambak untuk kali kedua pada bulan ini. Untuk membeli suratkhabar dan sebongkah berlian.
Untuk baca entri pada awal bulan: Today I Took A Wrong Turn.
Nota kemaskini lalat. Kelmarin, penulis telah membuat pemeriksaan dara setelah 3 bulan makan ubat kolesterol setiap hari. Keputusan kadar kolesterol kembali normal. Entri yg dulu: Blood and Urine Screening Test.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Oct 29, 2017
BUAI LAJU-LAJU SAMPAI TANJUNG BUAI
Kelmarin penulis telah berlarian ke Tanjung Buai. Kali terakhir penulis sampai disini pada tahun 2011: Tanjung Buai, Buai Laju Laju.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
THEN & NOW: NO 66 JALAN SEREMBAN TAMPIN NEGERI SEMBILAN
Sila goyangkan inul untuk lihat dulu (2012) dan sekarang (2017). Lokasi: No. 66 Jalan Seremban Tampin Negeri Sembilan. |
Hari ini Ahad, 29 Oktober 2017. Harijadi anak lanang remaja itu.
Semalam, penulis telah berlarian ke asrama anak lanang itu untuk bawa keluar makan di pekan Tampin. Makan piza di pekan Tampin sudah.
Untuk entri sebelum ini: 2009 | 2012 | 2014.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Chicken Wing, Pizza Hut at Tampin Negeri Sembilan @2017. |
The birthday boy. |
Oct 28, 2017
JANGAN MENZALIMI DIRI SENDIRI
Sila goyangkan inul untuk lihat sebelum dan selepas tingkap di'tinted'. Cikputih. |
Kelmarin penulis sempat lagi menghantar cikputih intan payung itu ke pusat accessories kereta untuk dicuci kedua-dua lampu besar hadapan. Seterusnya, penulis menukar radio, pasang tinted tingkap baru dan perbaiki getah pintu yang sudah rosak. Terasa rabak poket sepender suar penulis. Aduhai.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...