|
Persimpangan Taman Rinting, Masai. |
MINGGU ini, cuti sekolah sudah pun bermula. Anak lanang penulis yang bakal mengambil peperiksaan SPM pun mengikuti penulis ke ibukota.
Menaiki bas ekspres, keretapi LRT dan teksi yang mengambil masa keseluruhan 7 jam.
Di stesen LRT Chan Sow Lin itu pun penulis boleh tersilap menaiki keretapi yang sepatutnya ke Ampang. Nasib baiklah penulis perasan dan tersasar satu stesen saja. Kesilapan itu pun sudah membuang masa 40 minit.
Nota lalat. Gambiran lalat diatas tidak penulis sengaja kan.
Nota lalat lain. Updated. Semalam (malam Selasa), penulis telah diajak oleh anak lanang itu untuk makan sate di Satay Station, Bukit Belacan. Sambil itu kami dihidangkan dengan cerita lama di kaca televisyen, filem bertajuk 'Batu Belah Batu Bertangkup.' Adegan yang sempat penulis lihat ialah dari si Kantan, suami si Tanjung, mati ditengah hutan, sewaktu anak-anak mereka masih kecil, ini menjadikan Si Tanjung hidup tidak keruan, dan hilang tempat bergantung. Sejujurnya, penulis tidak pernah menonton filem klasik 'Batu Belah Batu Bertangkup' ini dan hanya mendengar kisahnya dari mulut ke mulut, hati ke hati (amvoiii).
Pada suatu hari, Si Tanjung telah berjaya mengail seekor ikan tembakul sementelah dia mengidam telur ikan tersebut. Disuruhnya Si Melur merebus telur ikan itu sementara dia pergi
mandi ke kubur si Kantan. Apabila telur itu masak, sebahagiannya diberikan kepada Si Pekan dan sebahagian lagi disimpan untuk ibunya. Si Pekan menangis kerana dia ingin makan lagi telur ikan bahagian ibunya sehingga memaksa kakaknya memberikan telur itu kepadanya. Si Melur mendapat sebiji telur ayam untuk mengantikan telur ikan sebagai lauk ibunya. Perbuatan Si Pekan membuatkan Si Tanjung merajuk, terkilan dan amat terkecil hati.
Tanpa memikir panjang dan membuat keputusan terburu-buru, Si Tanjung akhirnya lari meninggalkan rumah, sambil memanggil-manggil nama "Batu Belah Batu Bertangkup, aku kempunan telor tembakul" untuk memakan dan menelannya. Walaupun dirayu belas kasihan dengan tangisan oleh Si Bunga Melur yang terus berlari sambil
mendukung menarik tangan Si Pekan. (Sempat lagi si Tanjung menyediakan susu badannya diatas daun dan ditinggalkan untuk si Pekan menyusu.) Sebagai kanak-kanak, langkahnya tidak secepat ibunya. Sampai di pintu gua batu itu, ibunya sudah ditelan oleh batu itu, Si Melur pun jatuh pengsan.
Sewaktu pengsan, Si Bunga Melur sedang bermimpi didatangi seorang (nenek) tua menasihatinya supaya tidak pulang lagi ke rumahnya. Sebaliknya disuruh mengambil tujuh helai rambut ibunya yang terjulur itu serta membawa telur ayam yang mahu dibuat lauk ibunya itu. Dia hendaklah berjalan mengikut arah kakinya dan membakar sehelai daripada rambut ibunya setiap kali hendak tidur. Si Melur mendukung Si Pekan meredah hutan belukar dan semak samun sehingga sampai bertemu dengan Nenek Kebayan yang tertarik dan bersimpati dengan penderitaan mereka berdua. (Itu sajalah yang penulis sempat tonton sebelum penulis membayar bil dan pulang.)
Nota lalat. Cerita Batu Belah Batu Bertangkap ini membuktikan bahawa memang ada ibu yang tidak sayangkan anak mak kann. Kanns. Dan sehingga sekarang pun penulis tidak tahu kesudahan cerita berkenaan. Mungkin penulis akan mencari cd atau muat-turun filemnya nanti.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
|
Somewhere between Bandar Tasik Selatan and Cheras. |