Kampong Bharu @2024 |
Selasa, 23 Januari 2024.
Kerja potong rumput di Jalan Ampang seperti biasa.
Petang tadi mahu makan nasi ayam penyet di pekan Dengkil.
Tapi kedua2 restoran Indon itu tutup.
Kedai Bakso Jawa dan Warung Membawang.
Yo wes lah.
Batam Center Sunrise @2024 |
Isnin, 22 Januari 2024.
Hari ketiga dan terakhir di Batam.
Semalam (Ahad) kan sudah makan seafood di restoran Citra Utama 188. Link.
Kisah yg lepas pulang dari Batam via Changi Airport ke KLIA 2 - Link.
Pagi tadi hingga ke sore di galangan (shipyard).
Petang jam 5pm sudah berangkat pulang.
Sempat ambil gambar kumpulan di depan kapal yg kami kerjakan.
Jam 6.20pm sudah berlarian ke terminal feri disebelah rumah.
Jam 7.00pm sudah masuk ke balai berlepas.
Ingat mahu solat dulu di bilik musholla.
Tapi wak tengok ramai orang sudah mulai masuk ke dermaga untuk berangkat.
Batik Air from Subang Airport to Hang Nadim Airport @2024 |
Sabtu, 20 Januari 2024.
Kelmarin mgr AYU sudah kerah wak datang ke Batam lagi.
Datang hari Sabtu.
Dan pulang hari Senin.
Sebenarnya wak cadang datang ke Batam pada hari cuti Thaipusam.
Sebab ada banyak hari boleh berada di Batam.
Tapi mgr AYU kata dia mahu ke Jakarta pula.
KLCC View from Suke Highway after Ampang Toll Plaza @2024 |
Jumaat, 19 Januari 2024.
Pagi2 tadi wak parkir motorsikal di luar bangunan sahaja.
Dan singgah di gerai makcik nasi lemak depan kubur P. Ramlee.
Pagi ini, pertama kali disini wak pesan nasi lemak dan lauk rendang daging.
Biasanya wak pesan mee hoon dan lauk sambal sardin.
"Minggu depan cuti nak jalan kemana?"
"Hatyai lagi ke?"
"Dah selalu Hatyai," kata makcik.
KLCC view from Jalan Ampang this morning @2024 |
Khamis malam Jumaat, 18 Januari 2024.
Air untuk berwudhu di lantai bawah masih tiada.
Begitu juga kadang2 jaringan wifi didalam kantor juga tidak dapat dicapai.
Ooh.
Malam tadi wak teringin nak makan ayam goreng kunyit.
Tapi runner kata food truck Mat Rock di Bukit Indah sudah tiada.
Mungkin sudah pulang awal.
Bila dia ke Taman Kosas pun tidak ada juga.
Aiyah.
Movie lalat.
Divorce Italian Style 1961.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jalan Ampang this morning @2024 |
Rabu, 17 Januari 2024.
Pagi tadi sudah antri di gerai makcik nasi lemak depan kubur P. Ramlee.
Bila mahu bayar, wak tanyalah kemana cuti lama2 sangat.
Pakcik itu kata Surabaya tapi tidak berapa jelas.
"Haa, sudah bayar?"
Terkejut juga wak.
Sebab kelmarin pernah ada orang tolong bayarkan sarapan disini tanpa pengetahuan wak.
Link: Someone Paid For My Breakfast This Morning.
Lontong Masai, Zarahman @2024 |
Ahad, 14 Januari 2024.
Pagi2 sudah berlarian ke pekan koboi Masai.
Tujuan mahu makan lontong Masai itu.
Tengahari pula berlarian ke pasaraya besar Lotus's.
Petang jam 4.30 pula isteri wak sudah hantar ke terminal bas.
Boleh pula jem teruk gara2 ada acara tarian naga di tokong.
Sabtu, 30 November 2024. Semalam cuba hubungi Haji Bernard dalam fesbuknya. Rakan seangkatan mengerjakan haji tahun 2013 . Tapi dia sarank...