![]() |
| Saudagar Nanas Agrofarm @2023 Bangi |
Isnin, 11 September 2023.
Pagi2 wak sudah berlarian ke ladang Saudagar Nanas itu.
Wak pesan nasi lemak telur goreng dan lempeng.
Telur setengah masak dan air suam sahaja.
![]() |
| Pulasan at Jalan Bukit Dugang @2023 Sungai Merab Bangi |
Ahad, 10 September 2023.
Pagi2 sudah berlarian mencari nasi dagang.
Tapi kedai makan Makang Cyberjaya tutup pula hari Ahad.
Petang berlarian pula ke pekan Dengkil.
Pulang singgah beli apam balik (murtabak manis) - tiada foto.
Dan beli setangkai buah pulasan (rm10).
Fakta lalat.
Buah Pulasan - nama saintifiknya Nephelium mutabile ialah sejenis buah tropika yang menyerupai bentuk dan rasa seperti buah rambutan (Nephelium lappaceum). Tetapi biji buah pulasan adalah lebih keras, dan isinya agak kering dan kasar berbanding buah rambutan. Buah ini dikenali sebagai maritam di Brunei dan Kalimantan, dan bulala di Filipina. Buah pulasan ini tidak terdapat di pulau Jawa termasuk kota Jakarta atau Surabaya. Ianya terkenal di kerajaan Johor, Riau Lingga.
Movie lalat.
Wake in Fright 1971.
Half & Half 2022.
Gold 2022.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Mantin is a town in Seremban District, Negeri Sembilan, Malaysia. @2023 |
Sabtu, 9 September 2023.
Pagi2 tadi wak berlarian ke pekan Semenyih.
Singgah di kedai mamak.
Wak pesan roti canai, kuah kari kambing.
Telur setengah masak 2 biji dan air teh 0 kurang manis.
Kemudian berlarian ke pekan Mantin pula.
Ikut lebuhraya Lekas.
Tiba2 mgr AYU panggil wak.
Mula2 wak tak jawab sebab merajuk.
Ada kah patut disuruh kerja bilamana sedang bercuti.
Sejarah lalat.
"Mantin, Negeri Sembilan - Menurut cerita orang-orang tua di kawasan Pekan Mantin, asal nama pekan ini ialah 'Many Tin'. Nama ini diberi oleh penjajah British berikutan banyaknya bijih timah di kawasan ini. Ketika itu, ramai imigran dari negara China telah berhijrah ke sini untuk menjadi buruh di lombong bijih timah."
Movie lalat.
1. The Dive 2023.
2. The Old Guard 2020 - (note. unfinished watching)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Mantin is a town in Seremban District, Negeri Sembilan, Malaysia. @2023 |
![]() |
| Mantin is a town in Seremban District, Negeri Sembilan, Malaysia. @2023 |
![]() |
| Liksterine 750ml @2023 |
Jumaat, 8 September 2023.
Hari ini kerja di kantor potong rumput.
Setengah hari.
Ada kecelaruan di pihak pengurusan dan Jabatan Sumber Manusia (HR).
Tiada notis mengatakan syarikat akan bayar baki cuti yg tinggal.
Ooh.
Semalam ke pasaraya Hero itu.
Harga 2 botol Listerin ialah RM45.70.
Tapi bila periksa harga atas talian cuma RM30.
Aiyah.
Movie lalat.
Slow West 2015.
Fetih 1453 2012.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| A new Transcend external hardisk @2023 |
Rabu, 6 September 2023.
Pagi tadi sebelum ke kantor potong rumput.
Wak singgah beli nasi lemak Maklong di Itik Salai.
Selepas itu berlarian ke Bandar Puteri Puchong.
Petang wak berlarian ke bandar Dengkil.
Singgah isi minyak di Petron Dengkil Elite Highway.
Tiba2 ada budak berbaju vest.
Mohon derma melalui waqaf buku.
Selalunya wakaf al-quran kan.
"Dah banyak sangatlah wak orang wakaf quran nih,"
"Banyak dah lambakan quran di seluruh negara,"
Membuatkan wak terfikir 2 3 minit.
"Bukankah kita wakafkan wang ringgit, bukan naskhah buku yg sebenarnya?"
Hmm.
Sejarah lalat.
"Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.
Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar."
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Donation RM20 to waqafbuku.com @2023 |
![]() |
| Scammer Whatsapp Message Promises @2023 |
Selasa, 5 September 2023.
Minggu lepas ada dapat emel dari pemburu pekerja (job hunter).
Wak balas emel minah ni yg mahu tawar kerja separuh masa.
Dipendek cerita.
Minah ni sudah serahkan perhubungan kepada minah satu lagi.
Nama melayu ala ala arab, Dinindah.
"I born in KL, but now growing up in Singapore," katanya dalam whatsapp.
![]() |
| Plus Highway heading north @2023 |
Ahad, 3 September 2023.
Air tin Geng Skyfruit yg wak pesan atas talian sudah tiba.
Bayaran COD. Lazada rm36.86 termasuk penghantaran untuk 4 tin. Satu tin berharga rm8.50.
Tapi wak sudah tiada dirumah pula.
Movie midnight lalat.
Gran Turismo 2023.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Gran Turismo midnight show @2023 Aeon Tebrau City |
![]() |
| Full moon this morning @2023 |
Sabtu, 2 September 2023.
Kelmarin wak ada pesan air tin Geng Skyfruit yg berkuasa tinggi itu.
Disebabkan tiada jualan di negeri yg aman makmur ini.
Maka wak pesan atas talian sahaja.
Ooh.
Ramai yg tanya pasal air tin Geng Skyfruit itu.
Kelmarin wak ada buat entri >> LINK.
Kata dalam notis penghantaran bermula 1 Sept, yakni semalam.
Harap2 boleh tiba di rumah hinggap wak ini hari ini.
Updated.
Air tin Geng Skyfruit tiba pada 3hb Sept.
Sehari awal seperti yg dijadualkan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Restoran Zarahman Masai @2023 |
Jumaat, 1 September 2023.
Jam 10 pagi wak sudah berlarian ke warung lontong.
Hari ini (Jumaat) ada menu nasi beriani.
Tapi nasi beriani dimulakan jam 10.30.
Wak tunggu punya tunggu.
Sampai jam 10.50 baru kuali nasi beriani tiba di tempat hidangan.
Sebelumnya istri wak pesan 4 bungkus nasi beriani daging (lembu).
Boleh pula mamat pelayan kata tiada daging hari ini.
Pelik juga.
Cuma nasi beriani ayam.
"Memang takde daging ke harini?"
"Orang dah pesan dari semalam wak,"
"Ooh, kalo gitu, ayam lah 5,"
200 jam kemudian ...
"Wak, kambing ada,"
"Kejap, wak tanya istri wak,"
"Ooh, dia nak kambing 4 juga,"
"Dan ayam 1 bungkus je,"
Tengahari bersolat jumaat berjemaah di Masjid Jamek Bandar Seri Alam.
Bersama anak lanang.
Kamus lalat.
Titik jenuh - Biasanya titik jenuh wanita terjadi ketika mempunyai hubungan yang stabil ataupun pekerjaan yang monoton. Di titik tertentu wanita akan merasa jenuh. Hidup yang dijalani terasa kosong dan hampa.
Artikel ini telah tayang di Kompas.com dengan judul "Cara Mengatasi Titik Jenuh Wanita dan Tanda-Tandanya, Kaum Pria Wajib Tahu!", Klik untuk baca: https://buku.kompas.com/read/2893/cara-mengatasi-titik-jenuh-wanita-dan-tanda-tandanya-kaum-pria-wajib-tahu.
Kompascom+ baca berita tanpa iklan: https://kmp.im/plus6
Download aplikasi: https://kmp.im/app6
Blog bukanlah hakmilik kekal.