May 13, 2023

TOLONG JANGAN INJAK SAYA NANTI SAYA MATI

McDonald's Jalan Tebrau @2023

 

Sabtu, 13 Mei 2023.

Tengahari wak sudah berlarian ke Gelang Patah.
Tujuan jalan2 tengok stadium bolasepak JDT itu.

Kali terakhir pernah sampai tapi di pintu luar sahaja - 2020.

Ooh sebelum itu kena hantar isteri wak (yg itu).
Ada janji buat seri muka di Aeon Tebrau City Mall katanya.

Ooh lagi.
Tadi bila ondway balik nak ambil mQ.
Tiba2 wak tengok bateri henfon cap aiyam wak tinggal 9 peratus sahaja.
Aiyah.
Wak tidak membawa kabel pengecaj.
Bank kuasa (powerbank) juga wak tertinggal.
Terpaksa matikan Waze dan Google maps.
Dan matikan kesemua apps yg berjoget di belakang.
Siap2 whatsapp mQ tunggu di Center Court tempat tadi hantar.

Kamus lalat.
Tolong Jangan Injak Saya, maksudnya Please Do Not Step Me.
Link: You Step You Die (2009).

Movie lalat.
The Mother 2023 (JLo)
The Forgotten Battle 2020 (Dutch)

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Sultan Ibrahim Stadium Gelang Patah @2023
Sultan Ibrahim Stadium Gelang Patah @2023
Do Not Step On The Grass!
Sultan Ibrahim Stadium Gelang Patah @2023
Sultan Ibrahim Stadium Gelang Patah @2023
Sultan Ibrahim Stadium Gelang Patah @2023
Sultan Ibrahim Stadium Gelang Patah @2023
Sultan Ibrahim Stadium Gelang Patah @2023

May 12, 2023

SHERU IS A LION

 

Lontong Masai @023

Friday, 12 Mei 2023.

Pagi2 sudah berlarian mencari lontong Masai.

Kemudian sebelum tengahari sudah pergi lagi ke restoran Zarahman itu.
Pesan nasi beriani ayam.


Movie lalat.
Lion 2016.
Emergency Declaration 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 11, 2023

ROTI BAKAR DAN TELUR SETENGAH MASAK LAIN KEDAI

 

Roti bakar and Teh O Kurang Manis @2023

Khamis, 11 Mei 2023.

Petang sudah berlarian ke selatan tanahair.

Tiba di RnR Machap.
Wak mahu pesan set roti bakar siap dengan telur setengah masak.
Tidak seperti ditempat lain.
Di sini tiada kedai yg menjual set itu.
Walaupun begitu, ada kedai yg jual roti bakar.
Dan 2 biji telur setengah masak secara berasingan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 10, 2023

MOON PHASE WANING GIBBOUS IN THE MORNING CLEAR BLUE SKY

Morning sunrise @2023

 

Rabu, 10 Mei 2023.

Tengahari tadi malas pula mahu makan nasi campur.
Jadi wak pesan mee kari sahaja.
Gambar mee kari ga ada ya buk. ;p

Movie lalat.
Scent of a Woman 1992 (Al Pacino)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Waning Gibbous moon phase @2023

May 9, 2023

SUDDENLY SHE CANNOT BE CONTACTED

Sunrise to Dengkil @2023

 

Selasa, 9 Mei 2023.

Seharian di kantor hari ini.

Masalah peribodi orang atasan pun wak kena libatkan diri.
Sungguh tidak adil kann.

Movie lalat. 
The Covenant 2023.
Memory 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Meeting room looking outside @2023

May 8, 2023

WHAT TIME IS TRAFFIC IS THE WORST IN THE MORNING

 

Morning rush hour around 8.30am @2023

Isnin, 8 Mei 2023.

Tengahari tadi wak makan nasi campur sahaja.
Gerai khemah dibawah pokok.

Sempat juga noon nap sepoh minit.

Movie lalat.
The Lost City 2022 (Sandra Bullock)
The Contractor 2022

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 7, 2023

PANTAI ACHEH PULAU INDAH BERDEKATAN PULAU KETAM

Identical Twins Wedding - Raudhah & Raihan binti Abdul Hayi
Laman Mazmida Klang @2023

Ahad, 7 Mei 2023.

Tengahari sudah berlarian ke Klang.
Menyantuni rakan sekolah menengah ada majlis perkahwinan anak2nya.
Puteri2 kembar seiras disanding serentak.

Kebetulan wak tersua juga rakan yg lain - Man dengan isteri beliau. Rahman + Norzehan

Usai dari majlis kahwin.
Wak pun apa lagi berlarian ke Pulau Indah.
Yg terletak berdekatan Pulau Ketam yg sudah berwisata minggu lepas juga.
Terjah2 ke Pantai Acheh sehingga Anglers Resort. 
Jalan tanah merah dan batu gravel yg hancur.

Movie lalat.
Chaco 2020 (Bolivia, Spanish)

Blog bukanlah hakmilik kekal.


May 6, 2023

TIADA LAGI KERIS MELAYU TEGAK BERDIRI DI TUGU PERINGATAN KELAMAH

Looking at Segamat KTM Railway @2023

 

Sabtu, 6 Mei 2023.

Pagi tadi bersarapan di Restoran RZ.lagi sekali.
Sebab tiada kedai mamak dan restoran Melayu lain.
Selepas itu wak terus berlarian ke Jambatan Putus Buluh Kasap.
Kali terakhir wak tiba di sini lebih 14 tahun lepas- Okt 2009.

Sejarah Jambatan Buloh Kasap.
Jambatan bersejarah semasa Perang Dunia Kedua.
Terletak di Pekan Buloh Kasap, Segamat, Johor, Malaysia.
Dibinia oleh kerajaan British pada tahun 1926 dan siap 1930.
Semasa Perang Jepun, ianya diletupkan oleh tentera British pada 20/1/1942.
Tujuan menghalang kemaraan tentera Jepun menuju Singapura.

Kemudian meneruskan perlarian ke Gemenceh.
Singgah di tugu peringatan perang Sungai Kelamah.
Ada lencongan disebabkan kerja2 pembuatan jambatan yg baharu.

Ooh.
Kali terakhir kemari -Mei 2009.
Ketika itu wak nampak ada replika keris gergasi yg sudah terkulai layu.

Sejarah Tugu Peringatan Sungai Kelamah.
Tugu dibina memperingati bekas tentera Australia dan Jepun yg terkorban.
Pertempuran berlaku pada 14/1/1941.

Nota. Papan tanda yang didirikan oleh Kementerian Pelancongan telah meletakkan tarikh yg salah 1941 dan ejaan Australia yg salah.

Kemudian dari situ wak akhirnya beraya di Taman Enstek. Shahrol

Movie lalat.
Lady Chatterley's Lover (2022)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jambatan Putus Buloh Kasap Segamat @2023
Jambatan Putus Buloh Kasap Segamat @2023
Jambatan Putus Buloh Kasap Segamat @2023
Tugu Peringatan Perang Sungai Kelamah @2023
Japanese vs Australian 1942
Tugu Peringatan Perang Sungai Kelamah @2023
Japanese vs Australian 1942
Tugu Peringatan Perang Sungai Kelamah @2023
Japanese vs Australian 1942

May 5, 2023

THE LOVING SISTERS (ADIKKU SAYANG) MUAR BY JULIA VOLCHKOVA

Jalan Bulatan Bakri @2023 Muar

 

Jumaat, 5 Mei 2023.

Pagi2 selepas sarapan lontong.
Wak berlarian ke bulatan yg ada mural terbesar.

"The Loving Sisters" atau Adikku Sayang.
Dilukis oleh pelukis dari Rusia, cik Julia Volchkova.
Pelukis yg sama melukis mural di Port Klang yg wak tangkap gambar kelmarin.
Pelukis Julia, meksalleh yg jelitter yg uncle Gedek pernah jumpa di SINI.

Tengahari sudah berlarian ke bandar Segar Amat pula. Segamat
Singgah makan tengahari di kedai makan RZ yg viral itu. 
Bersebelah kedai kain Nagoya Textiles.

Sebelum itu, limpas Kampung Parit Ponorogo.
Bandar kabupaten Ponorogo yg asli di Jerman wak pun sudah kesampaian kelmarin - DISINI.

Selepas itu barulah check-in hotel OYO. Neo Pegasus Segamat
Tiba2 cikkak kaunter kata ada masalah dengan OYO.
Ini bukanlah kali pertama bermasalah dengan OYO.
Diminta tambahan harga penginapan.
Poyo je kann.

Yg terdahulu kesilapan dan ketidak profesionalan OYO Kuala Tahan masih tiada penyelesaian.

Petang wak berlarian nonton wayang bioskop di Superstar Cinema berdekatan.
Cerita Super Mario Bros. Movie tidaklah mengecewakan sangat.
Santai2 sahaja sambil makan popcorn yg terbesar.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Jalan Bulatan Bakri @2023 Muar
Jalan Bulatan Bakri @2023 Muar
Parit Ponorogo Ledang @2023
The Super Mario Bros. Movie @2023

May 4, 2023

JALAN2 KE BANDAR MAHARANI TANPA TUJUAN

Plus Highway heading south, near Bandar Ainsdale @2023

 

Khamis, 4 Mei 2023.
Hari Wesak.

Pagi2 pas subuh sepi-e.
Wak berlarian ke selatan tanahair.


Singgah di bandar Maharani. Muar 2023

  • Maharani Mural Lane.
  • Beca Gergasi Muar
  • Beraya rumah Amir (rakan mendaki Gunung Kinabalu 2013)
  • Murtabak Singapore JD Jalan Kesang
  • Tanjung Ketapang sunset

Nota lalat.
Tak best bila tempat makan medan selera di hentian bas itu berbau busuk sebab bersebelahan tandas awam yg kotor dan tersumbat. Huhu. Rasanya keadaan ini tipikal dikebanyakan hentian bas seluruh negara. Kasihan juga dengan peniaga2 medan selera yg sihat2 belaka disitu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mural Art Lanes Jalan Sisi @2023
Mural Art Lanes Jalan Sisi @2023
Mural Art Lanes Jalan Sisi @2023
Around Muar town and Kesang @2023
The Giant Trishaw (Beca Gergasi) Kesang @2023
Tanjung Ketapang Muar @2023
Tanjung Ketapang Muar @2023
Tanjung Ketapang Muar @2023
Tanjung Ketapang Muar @2023





Malam pula berjalan kaki di sekitar bandar Maharani. 
Muar Johor
Masjid Sultan Ismail Tanjung Agas Muar @2023


Night at Muar town @2023

This is JDT Johor Darul Takzim, Muar @2023


May 3, 2023

ORANG RAMAI SANGGUP BERATUR SEHINGGA 7 JAM DEMI NASI LEMAK AKKA INDIA INI


Kampung Dato' Abu Bakar Baginda @2023


Rabu, 3 Mei 2023.

Pagi2 wak sudah berlarian ke Puncak Jalil.
Walaupun gerai nasi lemak akka India ini bermula jam 9pagi.
Nampaknya sudah ramai orangramai beratur disitu.

Kelmarin kecoh juga disitu.
Bila ramai yg masih beratur.
Dan bila sampai giliran makanan pun habis.
Mengamuklah mereka yg sudah lama beratur.

Tapi bukanlah wak mahu mencuba nasi lemak itu.

Wak tangkap gambiran 2 3 keping sudah.
Selepas itu wak pun berlarian ke kantor.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Kampung Dato' Abu Bakar Baginda @2023

Kampung Dato' Abu Bakar Baginda @2023

 

Akka Nasi Lemak Puncak Jalil Seri Kembangan @2023

MUTIARA RINI FREEHOLD APARTMENT FOR SALE 2025

  Adakah anda masih mencari rumah idaman anda Berhampir dengan Second Link telah melancarkan projek baharu Lokasi yang sangat Cantik Anda...