May 4, 2023

JALAN2 KE BANDAR MAHARANI TANPA TUJUAN

Plus Highway heading south, near Bandar Ainsdale @2023

 

Khamis, 4 Mei 2023.
Hari Wesak.

Pagi2 pas subuh sepi-e.
Wak berlarian ke selatan tanahair.


Singgah di bandar Maharani. Muar 2023

  • Maharani Mural Lane.
  • Beca Gergasi Muar
  • Beraya rumah Amir (rakan mendaki Gunung Kinabalu 2013)
  • Murtabak Singapore JD Jalan Kesang
  • Tanjung Ketapang sunset

Nota lalat.
Tak best bila tempat makan medan selera di hentian bas itu berbau busuk sebab bersebelahan tandas awam yg kotor dan tersumbat. Huhu. Rasanya keadaan ini tipikal dikebanyakan hentian bas seluruh negara. Kasihan juga dengan peniaga2 medan selera yg sihat2 belaka disitu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mural Art Lanes Jalan Sisi @2023
Mural Art Lanes Jalan Sisi @2023
Mural Art Lanes Jalan Sisi @2023
Around Muar town and Kesang @2023
The Giant Trishaw (Beca Gergasi) Kesang @2023
Tanjung Ketapang Muar @2023
Tanjung Ketapang Muar @2023
Tanjung Ketapang Muar @2023
Tanjung Ketapang Muar @2023





Malam pula berjalan kaki di sekitar bandar Maharani. 
Muar Johor
Masjid Sultan Ismail Tanjung Agas Muar @2023


Night at Muar town @2023

This is JDT Johor Darul Takzim, Muar @2023


May 3, 2023

ORANG RAMAI SANGGUP BERATUR SEHINGGA 7 JAM DEMI NASI LEMAK AKKA INDIA INI


Kampung Dato' Abu Bakar Baginda @2023


Rabu, 3 Mei 2023.

Pagi2 wak sudah berlarian ke Puncak Jalil.
Walaupun gerai nasi lemak akka India ini bermula jam 9pagi.
Nampaknya sudah ramai orangramai beratur disitu.

Kelmarin kecoh juga disitu.
Bila ramai yg masih beratur.
Dan bila sampai giliran makanan pun habis.
Mengamuklah mereka yg sudah lama beratur.

Tapi bukanlah wak mahu mencuba nasi lemak itu.

Wak tangkap gambiran 2 3 keping sudah.
Selepas itu wak pun berlarian ke kantor.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Kampung Dato' Abu Bakar Baginda @2023

Kampung Dato' Abu Bakar Baginda @2023

 

Akka Nasi Lemak Puncak Jalil Seri Kembangan @2023

May 2, 2023

KERETA PERONDA LEBUHRAYA TERBAKAR BERDEKATAN LEBUHRAYA

 

A burning highway patrol car @2023

Selasa, 2 Mei 2023.

Hari ini bekerja di kantor Cyberjaya.
Dan cikputih potong barisan di bulatan berdekatan kerana macet tahap luarbiasa.

Ooh.
Kejadian semasa pulang dari kantor sore tadi.
Kereta peronda lebuhraya terbakar berdekatan susur keluar lebuhraya Mex.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 1, 2023

PERGI KE PULAU KETAM "DAY TRIP" CARA WAK

Terminal South Port Klang @2023

 

Isnin, 1 Mei 2023.
Hari Buruh.

PENGENALAN - PULAU KETAM

Pulau Ketam ialah sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia. Pulau ini diasaskan sekitar tahun 1880. Cara untuk sampai ke sini ialah dengan menaiki feri dari Pelabuhan Klang. Serta dihuni oleh nelayan-nelayan berbangsa Cina semenjak Perang Dunia Kedua berlaku. Perkampungan terapung asalnya lantai daripada papan kayu dan sekarang banyak sudah bertukar kepada berkonkrit lantainya. Tiada kereta atau pun motosikal di pulau ini yang ada hanyalah basikal dan basikal elektrik yg senyap. Pulau Ketam sudah lengkap dengan kemudahan asas dan merupakan penyumbang utama bahan mentah laut seperti ikan, ketam dan udang kepada kawasan Lembah Klang. Penduduk tempatan majoriti adalah kaum cina dari keturunan Teochew dan Hoklo (Hokkien). Tapi public toilet masih tahap atas pokok!

Apr 30, 2023

NASI LEMAK AKKA INDIA DI SERI KEMBANGAN JADI VIRAL, ORANGRAMAI SANGGUP BERATUR 7 JAM

Warung Bunian @2023
Jalan Sungai Merab

 Ahad, 30 April 2023.

Perhatian lalat.
Entri ini tiada kena mengena dengan tajuk nasi lemak Akka India yg tengah viral itu.
Disebabkan tular sehingga menimbulkan kekecohan dan huru hara.
Link: Malaysia Dateline

Apr 29, 2023

BACK TO KUALA LUMPUR AFTER LONG RAYA BREAK

 

Lontong Masai @2023

Sabtu, 29 April 2023.

Pagi2 tadi wak sudah berlarian ke pekan koboi Masai.
Menjamah lontong kegemaran wak itu dengan ghairah.

Selepas itu berlarian ke ibukota.
Bersama2 dengan anak wedok yg pulang ke hostelnya.
Dengan anak lanang yg memandu kereta cikmaibee pula.

Kesesakan lalulintas dimusim perayaan seperti yg dijangkakan.
Yg penting selamat tiba ke destinasi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Apr 28, 2023

MARATHON WATCHING THE AMAZING RACE EPISODE 34

New Apartments near Amansari Seri Alam @2023

Jumaat, 28 April 2023.

Intisari solat Jumaat.
Adab Ziarah dan Beraya. 

Usai solat jumaat petang tadi sudah berlarian ke Senai Airport.
Hantar anak lanang sekeluarga pulang ke Borneo.

Movie lalat.
The Amazing Race Season 34, Episode 1 - 12.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




Merissa & Sofea @2023

Apr 27, 2023

PROSES PECAH TANAH PUSAKA LOT PERTANIAN GERAN INDIVIDU 2023

At the surveyor office @2023

Khamis, 27 April 2023.

Tengahari wak sudah berlarian ke Larkin Perdana. Total Survey Consultant
Jumpa jurukur tanah pusaka di kampung wak itu. Mohamed bin Yem

Kali terakhir berurusan dengan jurukur tanah (surveyor) yg sama - 2017.
Itupun nasib baik wak teringat ada catat dalam blog ini.

Movie lalat.
Wild 2014.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 26, 2023

NASI LEMAK BUAH BIDARA DI PAGI BULAN SYAWAL

Missing Official Trailer @2023

 

Rabu, 26 April 2023.

Pagi2 tadi wak berlarian keluar.
Mencari sarapan nasi lemak sahaja.

Pastu melayan nonton wayang atas talian sahaja seharian.

Movie lalat.
Missing 2023.
Air 2023 (Matt Damon, Ben Affleck, Michael Jordan, Nike)
The Beast of War 1988.
The Last Full Measure 2019.
Nomadland 2020.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 25, 2023

THE PLACE BEYOND THE PINES

Jalan Sekolah @2023 Masai

Selasa, 25 April 2023.
4 Syawal 1440H.

Tidak kemana pun hari ini.

Movie lalat.
The Place Beyong The Pines 2012 - three linear stories: Luke, a motorcycle stunt rider who supports his family through a life of crime; Avery, an ambitious policeman who confronts his corrupt police department; and two troubled teenagers who explore the aftermath of Luke and Avery's actions fifteen years later. Ryan Gostling & Bradley Cooper.
Under The Tuscan Sun 2003. Diane Lane.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 24, 2023

4 SYAWAL 2023 - RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI VERSI RAHMAH

 

During blue hour just now @2023
A crescent moon and venus


Isnin, 24 April 2023.

Petang tadi adinda wak yg ragil sudah datang beraya.
Wak pesan KFC timba (bucket set) sahaja.
Mungkin disebabkan hariraya.
Hanya KFC Pasir Gudang sahaja yg terima pesanan untuk penghantaran.
KFC Lotus's dan Seri Alam yg berdekatan pun tidak mampu atau kehabisan bekalan ayam.
Itu yg kena tunggu sejam baru mamat penghantar makanan tiba.
Itupun mamat telefon dan komplen dengan nada tidak puas hati.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.