Kereta cikputih yg ditinggalkan selama 2 purnama. Wak ingat mahu hantar ke bengkel. Penukaran gear yg masih terhenggot2. Tapi tiada masalah pula dengan penghawa dingin yg masih sejuk.
Nanti2 lah dulu.
Ooh. Tadi malam bila wak timbang berat sudah turun. Walaweh, tiba2 turun 4 kilo sebab makan telur rebus hari2. Tapi bila timbang semula pagi tadi selepas pekena nasi lemak ikan tongkol sepoh hinggit. Timbang jadi naik sekilo lebih pula. Aduhai.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nasi Lemak Maklong Ikan Tongkol Sepuluh Ringgit @2023
Hari terakhir bertugas di kantor potong rumput di sini. Petang sudah berlarian ke Blok M Plaza mall. Temen2 wak mahu belanja makan malam.
Makanan di restoran Oriental Dim Sum tidak pernah mengecewakan. Terimakasih temen2 wak.
Ooh. Semasa kawan2 blogger baca entri wak yg ini. Mungkin wak sudah pun terbang ke tanahair ya. Semoga dipermudahkan perjalananan wak dengan selamat. Aminn ya robbal alamein.
Masjid Raihaanul Hamiim Mampang Prapatan @2023 Jalan Kapten Tendean
Ahad, 5 Maret 2023.
Pagi sudah berlarian menziarah kawasan perkuburan Mampang Prapatan. Di Masjid Raihaanul Hamiim.
Kemudian berlarian naik taksi ke stasiun MRT Setiabudi. Car free day masih berlangsung di Jalan Besar Jakarta itu. Tujuan singgah di warung khemah Nasi Lemak Malaysia seperti biasa. Baru sahaja duduk sudah hujan lebat kembali. Ketika itu jam masih 10am siang. Kawasan jalan besar yg ditutup untuk kenderaan pun mula dilalui kenderaan. Sepatutnya jalan dibuka jam 11am.
Ooh. Wak pesan nasi lemak telur dengan roti canai kosong. Teh tarik manis potong kaki hangat satu.
Kemudian mahu ke Tanah Abang. Tapi bila ternampak bas 1N Transjakarta itu. Maka Cepat2 batalkan taksi atas talian yg sudah dipesan tadi. Walaupun taksi sudah tiba tapi di seberang Jalan pula.
Di Tanah Abang punyalah ramai orangramai. Dengan keadaan hujan yg kadang2 turun dengan lebat sekali.
Hari ini wak kerja di kantor potong rumput ya. Dengan bro NAZiri. Dari jam 9am sampai 3pm. Tengahari dapt makan Pizza Hut belanjawan Mgr AYU yg jauh dimata.
Sore tadi usai tidur di kost. Wak penasaran mahu naik bis angkutan umum JAK 31 itu. Mahu tahu dimana penghujungnya. Sebenarnya ada halte di depan kost tapi setelah tunggu 2 van berlalu kesemuanya penuh tapi. Terpaksa lah wak berlarian ke terminal bas Blok M. Itupun penuh juga. Tapi tidak lama.
Sejam kemudian selepas melambung2 seperti bas mini KL sahaja. Tiba di halte terakhir Jalan Ibnu Armah Pangkalan Jati. Solat maghrib di masjid berdekatan. Kemudian nongkrong di kafe Coffee Merindu. Wak pesan teh tawar sahaja. Wak perhatikan disini. Ramainya cewek2 yg masih chuantek dan muda jelita. Menghisap rokok seperti tiada apa2. Nak heran tapi nikan Indonesia.
Pulang wak rencana naik bas mini JAK 31 semula. Tapi turun berdekatan stesen MRT Fatmawati Indomaret. Dari MRT Fatmawati turun di Blok A. Dari Blok A berjalan kaki
Movie lalat. KKN di Desa Penari 2022.
Maksud KKN yakni Kuliah Kerja Nyata bagi pelajar universiti.
Tengahari tadi semasa turun dalam lif. Bro farHAN kata dia mahu bersolat jumaat di masjid Jaksaan Agung. Masjid Baitul Aidi terletak di sudut simpang depan kantor. Tapi untuk masuk terpaksa ikut laluan pintu utama yg dikawal ketat. Wak pun teringin ikut kerana ini adalah kali pertama ke sono.
Kan sudah dua pekan (minggu) hape (hp) wak tidak boleh digunakan. Tiada data internet. Dan hanya bergantung pada wifi gratis di kantor dan di kost sahaja.
Jadi petang tadi wak pun berlarian ke Gandaria City mall. Bersama2 bro asyRUL yg bermasalah yg sama.
"Hape wak ni udh diblokir," kata mamat Indon di kaunter myXL itu. "Kami akan aktipkan kembali."
Dimintanya passport. 10 minit sahaja siap urusan. Dan hape wak pun boleh digunakan seperti sedia kala.
Hari Khamis malam Jumaat kan wak sudah berlarian ke stadium Velodrome itu. Disebabkan beli tiket tapi tersalah tanggal (tarikh).
Temen2 wak yg bertiga pun sudah pergi ke sono malam tadi. Sebab mahu menonton dato Azizulhasni Awang bertanding. Beliau dapat pingat perak. Tahniah dan syabas.
Hari ini (Ahad) memang wak tidak rencana mahu kemana2. Tapi tadi sedang petugas kost kemas2 kamar wak. Tiba2 nampak bros asyRUL dengan NAZiri terpacak dilobi mahu ke sono lagi. Mereka sudah beli tiket. Mereka mahu tonton lagi dato masuk final.
Wak pun teringin untuk sertai mereka juga. Tapi dato Azizulhasni tewas dengan pelumba Israel laknatullah itu. Huhu. Pelumba2 yg lain pun kecundang juga.
Tiba di pintu masuk stadium. Wak cuba beli tiket online. Masa terkial2 itu. Bro asyRUL dan NAZiri keluar semula dari stadium. Sebab tiada pelumba Malaysia yg masuk acara akhir.
Dan sesungguhnya kami bergegas ke belakang stadium. Di pintu laluan VIP dan peserta2. Mereka tahu disebabkan mereka sudah berswafoto dato tadi malam. Jumpa dato Azizulhasni dan pelumba2 lain. Pegawai imigresen yg baru tiba pun ada menyibuk disitu.